14 July 2014

Pray for GAZA

Ya Allah,
Kau lindungilah mereka,
Kau lindungilah anak-anak mereka.

Sekiranya mereka syahid,
Kau damailah mereka di syurgaMu.

Kau tabahlah hati-hati mereka,
Perjuangan mereka dijalanMu.

Dan kau zionist,
Matilah kau dalam keadaan PALING HINA.

Ingatlah,
Janji Allah itu pasti!

Maafkan aku,
Aku tak mampu sampai ke sana,
Tapi doaku sentiasa untuk kamu para pejuang Palestin.

11 July 2014

1 Ramadan Yang Barakah..

Alhamdulillah, 1 Ramadan 1435H bersamaan 29 Jun 2014 merupakan hari ulangtahun kelahiran yg ke-3 putera hati kami, Afeef Irham bin Azarul 'Ariff.

Semoga menjadi anak yg soleh, harta terhebat buat kami di dunia & akhirat. InsyaAllah.

Semoga Allah merahmati & melindungimu wahai anak. Syg kamu selalu.

Homemade Yee Mee Sizzling

Salam Ramadan 2014..

Baru sempat nak update blog. Tp harini taknak cerita pjg2.. Just nak share resepi yee mee sizzling yang aku masak buka puasa with hubby Selasa lepas.. Jom tgk!



YEE MEE SIZZLING

Bahan-bahannya:

2 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - dicincang halus
1/4 ekor ayam - dipotong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 2
6 batang sayur pak choy (baby sawi)
4 biji cili kering - dipotong 2
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan cili boh
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak zaitun
3 sudu makan tepung jagung + secawan air (bancuh)
3 sudu minyak untuk menumis
4 cawan air
2 biji telur

Cara-caranya:

1. Tumis bawang putih, cili kering, halia dan cili boh hingga wangi dalam periuk.
2. Masukkan ayam dan goreng hingga ayam agak masak.
3. Kemudian masukkan 4 cawan air. Tambah sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
4. Masukkan cendawan dan biarkan 2-3 minit.
5. Masukkan bancuhan air tepung jagung. Gaul perlahan-lahan hingga kuah pekat.
6. Masukkan minyak zaitun, gaul dan tutup api.
7. Panaskan hot plate atas api. Susun 1 gulung yee mee, sayur pak choy dan pecahkan sebiji telur atas hot plate.
8. Masukkan 2 senduk kuah sizzling tadi atas mee. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api.

Selamat mencuba dan selamat buka puasa!~
Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts