19 May 2014

Lawatan ke Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz dan Istana Alam Shah, Klang

Pada 6 Mei 2014 lepas, aku berpeluang melawat Galeri Diraja Klang & Istana Alam Shah Klang. Lawatan dianjurkan oleh Jabatan Korporat & Kemasyarakatan, MPK. Lawatan disertai oleh ahli Majlis, wakil-wakil Jabatan MPK, jemputan daripada PBT Selangor dan agensi kerajaan lain.

First time menjejakkan kaki dalam Galeri dan Istana Diraja ok! Sangat kagum. Untungnye jadi anak raja. Hehe. Jom tgk gambar!

Ni gambar di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Klang.










Ni pulak gambar di Istana Alam Shah, Klang.













Kari Ikan Jenahak

Semalam, my dear hasben bawak balik ikan Jenahak yang di pancing sendiri kat Port Klang. Almaklumla, keje kat port. Senangla nak mancing ikan. Besar gak ikan dia, aku anggar dalam 1.5kg. Dengan berbekalkan umpan sotong kurita rm8, en. hasben berjaya memancing 2 ekor ikan Jenahak laut.

Balik umah je dia pujuk aku masak kari. Ikan fresh & kari! Yummy.. So skang nak share resepi kari ikan Jenahak, mummyAfeef's style.

Bahan:
1 ekor ikan Jenahak (potong 2)

Bahan tumis/kuah:
2 ulas bawang merah (racik halus)
1 ulas bawang putih (racik halus)
1/2 inci halia (racik halus)
1 tangkai daun kari
1/2 cawan santan
1 cawan air
3 sudu rempah kari (dicampur sedikit air)
2 sudu cili boh

Bahan hiasan/sayur:
5 batang bendi
1 biji tomato (potong 4)
1 batang cili merah (dipotong 2)

Lain-lain:
Minyak
Gula dan garam

Cara-cara:
1. Panaskan api, masukkan minyak.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari dan cili boh. Tumis hingga garing.
4. Kemudian, masukkan santan dan air. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau dan tunggu hingga mendidih.
5. Selepas kuah mendidih, masukkan ikan. Tutup kuali/periuk. Kecilkan api. Biarkan lebih kurang 10 minit.
6. Bila ikan telah masak, masukkan bendi, tomato dan cili merah.
7. Hidangkan.




15 May 2014

Chocolate

Today is a pretty bad day for me. Ya Allah, peliharalah imanku & tabahkanlah hatiku..

So, it's a chocolate time.. A delicious cure to a bad day.. Insya Allah..

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts