04 August 2014

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum..

Baru sempat nak update cerita pasal raya. Bz sgt2. Byk sgt jemputan open house, kenduri kawen dan sewaktu dengannya. So, xmo cerita bnyk2. Tgk gambar je la. Jom~








14 July 2014

Pray for GAZA

Ya Allah,
Kau lindungilah mereka,
Kau lindungilah anak-anak mereka.

Sekiranya mereka syahid,
Kau damailah mereka di syurgaMu.

Kau tabahlah hati-hati mereka,
Perjuangan mereka dijalanMu.

Dan kau zionist,
Matilah kau dalam keadaan PALING HINA.

Ingatlah,
Janji Allah itu pasti!

Maafkan aku,
Aku tak mampu sampai ke sana,
Tapi doaku sentiasa untuk kamu para pejuang Palestin.

11 July 2014

1 Ramadan Yang Barakah..

Alhamdulillah, 1 Ramadan 1435H bersamaan 29 Jun 2014 merupakan hari ulangtahun kelahiran yg ke-3 putera hati kami, Afeef Irham bin Azarul 'Ariff.

Semoga menjadi anak yg soleh, harta terhebat buat kami di dunia & akhirat. InsyaAllah.

Semoga Allah merahmati & melindungimu wahai anak. Syg kamu selalu.

Homemade Yee Mee Sizzling

Salam Ramadan 2014..

Baru sempat nak update blog. Tp harini taknak cerita pjg2.. Just nak share resepi yee mee sizzling yang aku masak buka puasa with hubby Selasa lepas.. Jom tgk!



YEE MEE SIZZLING

Bahan-bahannya:

2 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - dicincang halus
1/4 ekor ayam - dipotong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 2
6 batang sayur pak choy (baby sawi)
4 biji cili kering - dipotong 2
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan cili boh
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak zaitun
3 sudu makan tepung jagung + secawan air (bancuh)
3 sudu minyak untuk menumis
4 cawan air
2 biji telur

Cara-caranya:

1. Tumis bawang putih, cili kering, halia dan cili boh hingga wangi dalam periuk.
2. Masukkan ayam dan goreng hingga ayam agak masak.
3. Kemudian masukkan 4 cawan air. Tambah sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
4. Masukkan cendawan dan biarkan 2-3 minit.
5. Masukkan bancuhan air tepung jagung. Gaul perlahan-lahan hingga kuah pekat.
6. Masukkan minyak zaitun, gaul dan tutup api.
7. Panaskan hot plate atas api. Susun 1 gulung yee mee, sayur pak choy dan pecahkan sebiji telur atas hot plate.
8. Masukkan 2 senduk kuah sizzling tadi atas mee. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api.

Selamat mencuba dan selamat buka puasa!~

19 May 2014

Lawatan ke Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz dan Istana Alam Shah, Klang

Pada 6 Mei 2014 lepas, aku berpeluang melawat Galeri Diraja Klang & Istana Alam Shah Klang. Lawatan dianjurkan oleh Jabatan Korporat & Kemasyarakatan, MPK. Lawatan disertai oleh ahli Majlis, wakil-wakil Jabatan MPK, jemputan daripada PBT Selangor dan agensi kerajaan lain.

First time menjejakkan kaki dalam Galeri dan Istana Diraja ok! Sangat kagum. Untungnye jadi anak raja. Hehe. Jom tgk gambar!

Ni gambar di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Klang.










Ni pulak gambar di Istana Alam Shah, Klang.













Kari Ikan Jenahak

Semalam, my dear hasben bawak balik ikan Jenahak yang di pancing sendiri kat Port Klang. Almaklumla, keje kat port. Senangla nak mancing ikan. Besar gak ikan dia, aku anggar dalam 1.5kg. Dengan berbekalkan umpan sotong kurita rm8, en. hasben berjaya memancing 2 ekor ikan Jenahak laut.

Balik umah je dia pujuk aku masak kari. Ikan fresh & kari! Yummy.. So skang nak share resepi kari ikan Jenahak, mummyAfeef's style.

Bahan:
1 ekor ikan Jenahak (potong 2)

Bahan tumis/kuah:
2 ulas bawang merah (racik halus)
1 ulas bawang putih (racik halus)
1/2 inci halia (racik halus)
1 tangkai daun kari
1/2 cawan santan
1 cawan air
3 sudu rempah kari (dicampur sedikit air)
2 sudu cili boh

Bahan hiasan/sayur:
5 batang bendi
1 biji tomato (potong 4)
1 batang cili merah (dipotong 2)

Lain-lain:
Minyak
Gula dan garam

Cara-cara:
1. Panaskan api, masukkan minyak.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari dan cili boh. Tumis hingga garing.
4. Kemudian, masukkan santan dan air. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau dan tunggu hingga mendidih.
5. Selepas kuah mendidih, masukkan ikan. Tutup kuali/periuk. Kecilkan api. Biarkan lebih kurang 10 minit.
6. Bila ikan telah masak, masukkan bendi, tomato dan cili merah.
7. Hidangkan.




15 May 2014

Chocolate

Today is a pretty bad day for me. Ya Allah, peliharalah imanku & tabahkanlah hatiku..

So, it's a chocolate time.. A delicious cure to a bad day.. Insya Allah..

23 April 2014

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Semalam (22 April 2013), Majlis Perbandaran Klang telah menjayakan program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit peringkat negeri Selangor. Setiap Jabatan diwajibkan untuk membaca selama 10 minit bermula pukul 10.00 pagi hingga 10.10 pagi.

Jabatan Teknologi Maklumat (jabatan aku) mengambil inisiatif untuk menjalankan program ini dengan idea dan kreativiti yang berbeza. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua kakitangan dalam menjayakan program ini. Jom tgk gambar!~








08 April 2014

Pray for Mesir..

Satu berita sedih bagi umat islam seluruh dunia.. Seramai 539 saudara kita di Mesir dihukum mati. Doaku untuk mereka (syahid Allah), semoga syurga ganjaran mereka. Al fatihah. Amin... Ya Allah, kegilaan apakah ini? Kau lindungilah kami Ya Allah...

"Di antara orang-orang mu'min itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya).

Agar Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu kerana kebenarannya, dan mengazab orang munafiq jika Dia kehendaki, atau menerima taubat mereka. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." [Al Ahzab : 23,24]

Allahu Akbar!

01 April 2014

Fun @ Sungai Congkak

Last weekend, aku bawak Afeef mandi manda di Sg. Congkak. Daddy xdpt ikut sbb kje. So, aku pegi ngan adik & adik ipar aku.

Kteorg gerak dalam pukul 7.30 pagi. Sampai dlm 9.00 pagi camtu. Time sampai, tak ramai orang lagi. So, senangla kiteorg pilih 'port'.

Kiteorg bawak makanan simple2 je. Nasi lemak bungkus & sandwich. Sbb plan nak lepak sini sampai pkul 12 tgh hari je.

Sg. congkak ni sesuai utk budak2. Sbb airnya tak dalam & kawasannya landai. Seronok betul Afeef main air ngan adik Mikhail. Oh ye, masuk sini kne bayar ye. RM1 bagi dewasa. Budak free. Jom tgk gambar anak2 main air!~









Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts