28 August 2013

Dendeng Daging

Raya haritu En. Suami teringin nak mkn dendeng daging.. So, aku dgn rela hati masakkan dendeng utk si dia.. En. Suami pun sgt ringan tulang membantu di dapur.. Hehe.. Tq hubby..

So, skarang nak share resepi. Insya Allah sedap & menepati citarasa anda.. :)

Bahan-Bahan:
1 kg daging lembu

Bahan Perap:
1 sudu besar kicap pekat ABC
5 sudu besar kicap lemak manis Tamin
3 sudu besar cili boh

Bahan Kisar:
25 tangkai cili kering
3 ulas bawang besar
2 inc halia
6 ulas bawang putih
* semua bahan di atas hendaklah digoreng terlebih dahulu sebelum dikisar
1 1/2 sudu teh biji jintan manis
1 1/2 sudu teh biji jintan putih
1 1/2 sudu teh biji ketumbar

Bahan Tumis:
5 biji buah pelaga
3 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih

Cara-Cara:
1. Daging dipotong nipis kemudian direbus.
2. Setelah daging lembut, toskan dan tumbuk-tumbuk daging tersebut.
3. Gaul daging tadi dengan kicap pekat/lemak manis & cili boh. Perap selama 1-2 jam.
4. Goreng daging yang telah diperap. Ketepikan.
5. Tumis buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih hingga naik bau.
6. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis lagi hingga naik bau dan agak garing.
7. Masukkan daging yg telah digoreng tadi.
8. Tambah garam (jika perlu). Kacau hingga sebati. Hidangkan.

Biskut Coco Crunch

Ok, biskut coco crunch plak.. Ni pun aku buat utk raya thn ni.. Resepi seperti di bawah:

Bahan-Bahan:
250 gm mentega
180 gm gula
2 biji kuning telur
300 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
100 gm coco crunch (dikisar halus)
50 g chocolate chip

Cara-Cara:
1. Pre-heat oven pada suhu 180'C.
2. Ayak tepung gandum, tepung jagung, baking powder & soda bikarbonat.
3. Campurkan coco crunch yg telah dikisar & coklat chip dalam adunan tepung no. 2. Ketepikan.
4. Pukul mentega & gula hingga sebati. Masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga sebati.
5. Masukkan semua adunan tepung tadi ke dalam adunan mentega/gula/telur.
6. Gaul semua adunan dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
7. Ambil doh, gentel bulat & tekankan dengan coco cruch di atasnya.
8. Bakar selama 35 minit atau hingga masak.

Taraaa.. Hasilnya seperti di bawah:

Biskut Nestum Chocolate Chip

Selamat Hari Raya!!!

Lambat update blog sbb masih sibuk beraya & berjamuan makan.. Huhu..

So, entry pertama selepas hari raya ialah Biskut Nestum Chocolate Chip. Ni salah satu biskut yang aku buat utk raya thn ni. Resepi seperti di bawah:

Bahan-Bahan:
250 gm butter
100 gm coklat chip
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
3 cawan nestum
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara-Cara:
1. Pre-heat oven pada suhu 180'C.
2. Ayak tepung gandum & tepung jagung. Ketepikan.
3. Pukul butter dengan gula hingga putih.
4. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau hingga sebati (guna spatula).
5. Masukkan tepung yang telah diayak dalam adunan butter/gula. Gaulkan.
6. Masukkan pula nestum & coklat chip dalam adunan no. 5. Gaul & uli hingga sebati.
7. Bentukkan biskut (ikut suka) & bakar dalam oven selama 25 minit.

Selamat mencuba!!

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts