01 July 2013

Ikan Siakap Masak Pedas Thai Style

Ok, hari ni tak brape ade mood. Ade beberapa ekor langau merayap kat ofis ni..

So, nak share resepi simple je la...

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap (saiz sederhana)
2 sudu teh serbuk kunyit
minyak masak
garam
gula

Bahan Tumis:
1 biji bawang besar - dipotong dadu
5 ulas bawang putih - dipotong dadu
10 biji cili padi hijau – dihiris
4 sudu cili boh
2 batang serai – dipotong 3
5 helai daun limau purut

Bahan Hiasan:
4 tangkai daun ketumbar
1 biji tomato – dihiris

Cara-cara 1. Gaul ikan bersama serbuk kunyit dan sedikit garam.Goreng hingga garing. Ketepikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili giling sampai naik bau.
3. Masukkan cili padi,daun limau purut dan serai.
4. Masukkan 1 cawan air, garam & gula secukup rasa. Gaul dan tutup api.
5. Curah sambal tadi atas ikan dan hiaskan dengan tomato daun ketumbar.



**Snap gambar ni sbelum letak daun ketumbar & tomato.. Harap maklum... Hehe.. ;)

0 comments:

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts