15 July 2013

Home made Pizza!!

Last Saturday aku plan nak buat pizza.. Asik beli je.. Ape kate buat sendiri.. Tak susah pun.. Lagipun bahan-bahan sume ade kat dapur umah.. Hehe..

Bole la nanti buat berbuka puasa dgn family tersayang.. Kann.. So, dengan jayanye aku buat 2 pan pizza untuk buka puasa Sabtu lepas..

Ni aku share resepi yang mudah & ringkas! Tadaa~

Roti Pizza

Bahan-Bahan:
2 sudu teh serbuk yis (aku gune brand mauripan)
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan air suam
2 cawan tepung
2 sudu besar minyak zaitun

Cara-Cara:
1. Campur yis, gula, garam dan air suam dalam mangkuk. Kacau perlahan. Tutup mangkuk tersebut. Ketepikan selama 5 minit atau hingga buih muncul di permukaan mangkuk.

2. Ayak tepung dalam mangkuk lain. Masukkan campuran yis tadi dan minyak zaitun. Adun bahan tadi hingga menjadi doh yang lembut. Taburkan sedikit tepung untuk menguli. Uli selama 10 minit atau hingga kenyal. Letak dalam mangkuk yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun. Tutup mangkuk tersebut. Biarkan selama 25 hingga 30 minit atau hingga doh telah kembang 2 kali ganda.

3. Bila doh kembang, bahagikan doh kepada 2 bahagian. Uli lagi hingga lembut. Kemudian gunakan rolling pin (penggelek) dan gelek doh hingga sedikit nipis & leper. Resepi roti pizza ni akan dpt 2 pan pizza bersaiz lebih kurang 8 inci..

Pizza Topping

Bahan-Bahan:
10 batang sosej ayam (dipotong nipis)
1 tin cendawan butang (aku beli yang siap potong je)
1 botol sos pasta
serbuk oregano
keju cheddar
keju mozarella

Cara-Cara:
1. Pre heat oven pada 210C
2. Sapu dulang pembakar dengan sedikit minyak zaitun.
3. Letakkan adunan roti pizza yang leper tadi atas dulung pembakar. Sapu sedikit minyak zaitun atas roti.
4. Sapukan pula 3 sudu sos pasta (aku guna Prego je) dan taburkan sebuk oregano.
5. Taburkan campuran keju cheddar & mozarella. Ikut suka berapa byk.
6. Taburkan cendawan, sosej dan kemudian keju lagi. Lapiskan lagi dengan 1 sudu sos pasta.
7. Bakar selama 30 minit.

** Topping pizza ni adalah utk 2 pan pizza ye.. So, sume bahan sila bahagi 2.. ;)






0 comments:

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts