23 July 2013

Iftar @ Fullhouse, Setia City Mall

Last Saturday, our little family berbuka puasa di Fullhouse, Setia City Mall.. Ditemani oleh adik, Aizat & little Suri.. So, Afeef ade kwn that day.. Hehe..

Lame giler tak makan kat sini.. First time dtg sini Cik Farah blanje.. Tapi kt branch Sunway Pyramid la.. For Ramadan ni, Fullhouse ade menyediakan set makan berbuka puasa.. Harga sgt berbaloi dgn ape yg kteorg makan.. Sgt yummmyyyy ok!!!

Aku & Hubby pilih menu ala carte. While adik & Aizat order yg set ramadan.. Jom tgk ape kiteorg mkn.. Hehe..










Cream Sauce Spaghetti
Beef Bacon Carbonara
RM18.90


Mashed Potato
RM5.90


Herbal Tyme Emulsion Chicken Chop
RM16.90


Deep Fried Chicken Wing
RM8.90


Sea Coconut & Soda Red Apple Peppermint
RM5.90 & RM6.90















22 July 2013

MPK Paramotor Precision International Championship 2013

Majlis Perbandaran Klang mengalu-alukan penyertaan ahli sukan paramator untuk menyertai MPK Paramotor Precision International Championship 2013 yang akan berlangsung pada 27 hingga 29 September ini di Pantai Aceh, Pulau Indah, Klang, Selangor.

Tarikh tutup penyertaan: 1 September 2013.

Untuk maklumat lanjut, sila e-mel ke: paramotor@myjaring.net / msiappdg@streamyx.com atau hubungi Lt. Kol. (B) Basir di talian 019-2167526.

Layari Facebook atau Blog rasmi MPK Paramotor Precision International Championship 2013 di sini:

Facebook: MPK Paramotor Precision International Championship 2013

Blog: MPK Paramotor Precision International Championship 2013

18 July 2013

Siakap Steam Lemon for Buka Puasa

Smalam, balik keje je trus g dapur.. Prepare utk masak buka puasa.. En. Hubby teringin nak makan Ikan Siakap Steam Lemon..

Ikan aku dah bli kat NSK.. Sekor RM6.90 je bersaiz sederhana. Okla, utk 3 org makan.. Afeef pun bkn mkn sgt.. Huhu..

So, aku share resepi..

Bahan-Bahan:
Ikan siakap saiz sederhana
1 liter air

Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 batang serai
1 biji lemon
1 kiub perisa ayam (aku guna brand Maggi)
1 sudu besar gula
1/3 sudu teh garam halus

Bahan Hiasan:
10 biji mix fish/sotong/ketam balls
1 biji tomato
1/2 bungkus white mushroom

Cara-Cara:
1. Campur semua bahan kisar dan kisar hingga hancur.
2. Gaulkan dengan ikan siakap. Perap selama 30 minit.

Cara Steam:
1. Letak ikan yang telah diperap tadi atas steam tray.
2. Dalam inner pot, masukkan fish/sotong/ketam balls, tomato, mushroom & air.
3. Kukus ikan sehingga masak.
4. Hidangkan ikan dalam pinggan & senduk sup atas ikan berserta bahan-bahan hiasan yang telah di masak dlm inner pot tadi.

**Aku guna multicooker+steamer Faber seperti ni:




Al Fatihah...

Semoga arwah Kak Wid & anaknya ditempatkan di kalangan orang² yang beriman.. Amin.. Al fatihah..

Kepada pemandu Proton Persona PJW 9537 sila serah diri!



17 July 2013

Afeef... Tidur Please.....

Fuuhh.. Penat + ngantuk..

Afeef dah dekat seminggu tido pkul 3 pagi.. Malam tadi, bayangkan langsung tak tido.. Pkul 7 pagi tadi baru tido.. Korang pnah alami tak problem ni dengan anak korang?

Aku check badan dia, ok je.. Takdela plak nampak tanda2 demam ke.. Risau plak aku.. Dia plak nampak cam biase, tak penat & tak ngantuk.. Main je the whole time.. Lepas main, tengok upin ipin tak pun transformers..

Rasenye kne bawak g klinik ni.. Risau risau.. Dalam pada risau tu.. Meh tgk gambar dia lepak ngan daddy malam sebelum kejadian yang dia tak tido satu malam tu..


Daddy baca comic, Afeef layan tab! Paling penting, gaya mau sama eh.. Like father like son! Luv them both! :*

15 July 2013

Home made Pizza!!

Last Saturday aku plan nak buat pizza.. Asik beli je.. Ape kate buat sendiri.. Tak susah pun.. Lagipun bahan-bahan sume ade kat dapur umah.. Hehe..

Bole la nanti buat berbuka puasa dgn family tersayang.. Kann.. So, dengan jayanye aku buat 2 pan pizza untuk buka puasa Sabtu lepas..

Ni aku share resepi yang mudah & ringkas! Tadaa~

Roti Pizza

Bahan-Bahan:
2 sudu teh serbuk yis (aku gune brand mauripan)
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan air suam
2 cawan tepung
2 sudu besar minyak zaitun

Cara-Cara:
1. Campur yis, gula, garam dan air suam dalam mangkuk. Kacau perlahan. Tutup mangkuk tersebut. Ketepikan selama 5 minit atau hingga buih muncul di permukaan mangkuk.

2. Ayak tepung dalam mangkuk lain. Masukkan campuran yis tadi dan minyak zaitun. Adun bahan tadi hingga menjadi doh yang lembut. Taburkan sedikit tepung untuk menguli. Uli selama 10 minit atau hingga kenyal. Letak dalam mangkuk yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun. Tutup mangkuk tersebut. Biarkan selama 25 hingga 30 minit atau hingga doh telah kembang 2 kali ganda.

3. Bila doh kembang, bahagikan doh kepada 2 bahagian. Uli lagi hingga lembut. Kemudian gunakan rolling pin (penggelek) dan gelek doh hingga sedikit nipis & leper. Resepi roti pizza ni akan dpt 2 pan pizza bersaiz lebih kurang 8 inci..

Pizza Topping

Bahan-Bahan:
10 batang sosej ayam (dipotong nipis)
1 tin cendawan butang (aku beli yang siap potong je)
1 botol sos pasta
serbuk oregano
keju cheddar
keju mozarella

Cara-Cara:
1. Pre heat oven pada 210C
2. Sapu dulang pembakar dengan sedikit minyak zaitun.
3. Letakkan adunan roti pizza yang leper tadi atas dulung pembakar. Sapu sedikit minyak zaitun atas roti.
4. Sapukan pula 3 sudu sos pasta (aku guna Prego je) dan taburkan sebuk oregano.
5. Taburkan campuran keju cheddar & mozarella. Ikut suka berapa byk.
6. Taburkan cendawan, sosej dan kemudian keju lagi. Lapiskan lagi dengan 1 sudu sos pasta.
7. Bakar selama 30 minit.

** Topping pizza ni adalah utk 2 pan pizza ye.. So, sume bahan sila bahagi 2.. ;)






Penat..

Smalam g jalan2 cari sampin Afeef.. Pegi jln taiping, klang je.. Hubby keje, terpaksela ajak adik & wifenye temankan.. Org tengah ramai, semuanye sebuk shopping utk raye.. Takut la plak nak jln ber2 ngan Afeef je kan.. Seb baik diaorg temankan..

Agaknye lama sangat tunggu mummy shopping, Afeef dah tertido.. Anak adik aku, Mikhail pun terlelap same.. Sori ye baby.. Penat baby tunggu mummy shopping..

Ape yg aku beli?
- Sampin Afeef
- Butang melayu pink utk Afeef
- Blouse utk mummy

Jom tgk gambar Afeef & Mikhail tido tunggu mummy shopping.. Siann anak mummy..

12 July 2013

Ikan Bakar Bubu @ Sek 7, Shah Alam

Last Sunday, aku ngan family in laws makan2 kat satu restoran ni.. Ikan Bakar Bubu! Shafiq & Atikah blanje.. TQ korang!! Semoge pjg umur & murah rezeki..

Actually, ade org teringin nak makan kerang bakar.. Tapi sedey, kiteorg lambat 5 minit je! Kerang bakar kat restoran tu baru je abes!! Huhuhu.. Walaubagaimanapun, kiteorg berjaya gak dapatkan kerang bakar kat satu lagi restoran area Klang, Warna Seafood! Sgt yummy ok!

So, kesimpulannye.. Satu malan 2 restoran! Hoyeeehhh!! Ok, taknak membebel.. Jom tgk gambar!! Lalala~

Restoran Ikan Bakar Bubu




Ikan Siakap Bakar


Lala Masak Pedas & Sotong Goreng Tepung


Kailan Ikan Masin


Tomyam Campur




Makanan kat restoran ni sgt sedaps ok.. Sume lauk fresh!! Paling sedap: Ikan Siakap Bakar!! Aku bagi 3.5 bintang..

Lepas perut kenyang, misi mencari kerang bakar plak!! Huhu.. So pegi la satu restoran kat area Kg. Jawa, Klang. Yang aku sebut kt atas tadi, Warna Seafood.. Kerang bakar & sos pencicah kat sini sangat awesome! 3 bintang utk kerang bakarnye.. Hehe..


Penuh dah perut! Lepas makan kerang terus balik umah.. Tidur dlm kekenyangan.. Terima kasih Allah atas rezeki yang melimpah ruah! ;)

Simple Strawberry Shake

Kan aritu pegi kursus kat cameron.. So, aku TERbeli la banyak strawberry.. Huhu.. Last-last sampai sini strawberry tu dah terlebih ranum..

Ape lagi, buat shake je la yg paling senang & cepat sebelum strawberry tu busuk.. Walaupun simple, aku share je la resepi.. Hehe..

Bahan-Bahan:
15 biji strawberry fresh
1 1/2 cawan fresh milk (low fat milk)
1/2 cawan air sejuk
1 sudu gula

Cara-Cara:
Kisar semua bahan. Hidangkan dlm gelas & hiaskan dengan sebiji strawberry di atas. Nak letak aiskrim pun bole. Ikut suka masing2..

09 July 2013

Kursus BCM @ Cameron Highlands

Last week kteorg berkesempatan menghadiri bengkel BCM (Business Continuity Management) yang berlangsung selama 3 hari 2 malan di Equatorial Hotel, Cameron Highlands..

Dah lame sebenarnye tak sampai Cameron nih.. Alang2 dh sampai, kiteorg jalan2 la gak.. Menikmati pemandangan.. So, hari ni nak share gambar je.. Huhu..











01 July 2013

Chicken & Lamb Mandy @ Al Rawsha

Smalam sempat makan2 kat Al Rawsha Restaurant kt area bulatan Kg. Pandan.. Angah blanje! Tq ngahh!! Hehe..

Makan chicken + lamb mandy.. Sedapss sgt!!!

Actually branch dia ade satu kat I-City Shah Alam.. Kteorg pun baru tau.. Penat gak la jln jejauh smalam.. Huhu.. Aku sempat snap 2,3 gambar utk tatapan semua..

Check it out! ;)









Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts