20 June 2013

Sagu Gula Melaka.. Love Love

Sempat gak prepare dessert utk family in laws masa masak mee udang haritu.. Senang je kot nk buat dessert ni.. Sagu gula melaka..

Aku share sket resepi..

Sagu:
2 cawan sagu biji (warna putih)
5 cawan air
2 helai daun pandan simpul
Pewarna merah & hijau

Cara-Cara:
1. Rendam biji sagu lebih kurang 1/2 jam. Kemudian toskan.
2. Didihkan air bersama daun pandan dan masukkan sagu biji.
3. Masak hingga sagu bertukar jernih. Tutup api dan biarkan seketika.
4. Tuang sagu dalam tapis dan lalukan di bawah air paip yang mengalir untuk buang kanji.
5. Bahagikan sagu kepada 2 bahagian. Titiskan warna merah & hijau. Kacaukan.
6. Masukkan ke dalam acuan. Sejukkan dalam peti sejuk.

Untuk Manisan:
1 ketul gula melaka
1 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan simpul

Cara-Cara:
1. Campur semua bahan, masak hingga gula larut dan sejukkan.

Untuk Santan:
3 cawan santan
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan simpul

Cara-Cara:
1. Campur santan, garam, daun pandan dan gula dan masak hingga mendidih. Tapis & sejukkan.

0 comments:

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts