04 June 2013

S Shamsuddin Meninggal Dunia.. Al Fatihah..



Pelakon komedi era P.Ramlee dan 50han S Shamsuddin atau dikenali dengan panggilan Sudin meninggal dunia di rumahnya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura pada pukul 10.56 pagi ini, menurut sumber anaknya Noredah.

“Kira-kira jam 11 pagi arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya. Kini jenazah arwah masih berada di Hospital Universiti Singapura.

“Arwah akan dikebumikan esok pada jam 11 pagi di Pusara Abadi, Singapura,” jelas Husin Syaaban seorang rakan artis arwah di Singapura.

Shamsudin atau Sahamsudin bin Dali dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura pada 1 Januari 1929. Bapa beliau, Dali bin Kechik berasal dari Melaka, manakala ibu beliau, Khatijah binti Haji Ahmad berasal dari Geylang Singapura.

S. Shamsuddin kemudiaannya berkahwin dengan Puteh binti Esmoon pada tahun 1954 dan dikurniakan tujuh orang anak hasil dari perkahwinan mereka.

S. Shamsudin atau Sudin melakukan pelbagai pekerjaan kasar untuk membantu keluarga beliau sebelum menceburi dunia perfileman. Antara lakonannya yang berjaya mencuit hati ialah Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok serta lakonan lain beliau adalah Antara Dua Darjat dan Panggilan Pulau.

Semoga jasa Allahyarham akan kita kenang sampai bila-bila dan semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

:: SUMBER DARI ABGTEROR.COM ::

0 comments:

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts