20 June 2013

Oh.. Kursus dan Mee Udang!

Salam syg semua.. Baru sempat update blog harini..

Bz sepanjang minggu lepas dengan kursus.. Kursus ape.. Fail Meja & Manual Prosedur Kerja 3 hari 2 malam kat De Palma Ampang, Selangor.



Balik je dari kursus, En. Hubby & I plan nak jemput family in laws makan2 kt umah kteorg.... Menunya mee udang.. Kebetulan kteorg bli udang besar2 haritu kat Kuala Selangor.. Sekilo udang dlm RM35. Murah la kot.. Sbb slalu kt pasar sampai RM60 sekilo.

So ini la dia hasilnya.. Udang xnampak sbb tenggelam dalam kuah.. Hehe..





Ni nk share resepi Mee Udang ala Mummy Afeef..

Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning (dicelur)
1 kilo udang besar
12 ketul tauhu kering (dipotong 2)
2 batang serai (diketuk)
Garam/gula secukup rasa
Minyak masak

Bahan Kisar:
4 ulas bawang besar
6 ulas bawang putih
1 genggam udang kering
20 ekor udang kecil (dibuang kulit)
1 senduk cili boh
5 biji cili padi hijau
2 kiub tomyam (aku guna brand Maggi)

Bahan Hiasan:
Kangkung (dicelur)
6 biji telur (direbus)
5 ketul tauhu basah (digoreng & dipotong kecil)
Bawang goreng

Cara-cara:
1. Buang kulit udang kecil. Masukkan kulit udang dalam periuk & campurkan 2 liter air. Rebuskan hingga mendidih. Ketepikan.
2. Kisar bawang besar, bawang putih, udang kering, isi udang kecil (yang telah dibuang kulit), cili boh, cili padi & kiub tomyam. Tumiskan dengan minyak dalam periuk lain.
3. Bila bahan tumisan naik bau & sedikit garing, masukkan air rebusan kulit udang tadi.
4. Masukkan serai, garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan udang besar dan tauhu kering yang telah dipotong. Masak kuah hingga mendidih.
6. Sediakan mangkuk, masukkan mee yang telah dicelur, kuah udang yang siap dimasak dan bahan hiasan. Hidangkan.

Nota: Mee udang ni utk 10 orang makan.. Aku sediakan gak sambal sotong kering utk makan ngan mee udang tuh.. Terpulangla ikut citarasa masing2 ye.. ;)

2 comments:

Anonymous said...

Mee udang mummy Afeef memang yang terbaik! Tak sabar nak cuba resipi ni - Mariezka

Diyana Hj. Sabdin said...

Haha.. TQ Kak Ngah.. Nanti bile2 kita buat gathering makan2 lagi.. ;)

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts