25 June 2013

Melayu?

Aku serius tak paham.. Yang korang nak gado2.. Bising2.. Boikot barang/kedai/pasaraya kaum tu, kaum ni.. Ada apa semua dengan bangsa? Yang membeza kita semua adalah iman, akidah & takwa! Korang pernah terfikir tak yang korang kutuk2 tu mungkin ibu/bapa/keluarga seseorang.. Biarlah ape org nak kata, yang penting tunjukkan pada mereka yang korang ni individu muslim yang baik!

Ye, aku bangga aku Melayu.. Tapi aku tak berapa bangga sangat bila ada Melayu yang terover nak bangkitkan racial isu kat sini.. Korang sedar tak semua manusia di dunia ni semua dijadikan baik belaka.. Kita sendiri yang pilih jalan hidup sama ada nak terus jadi baik atau tidak.. Ini terpakai jugak kepada semua kaum di dunia..

Kita mesti ingat ade jugak kaum Melayu yg jahat, same goes to Indian & Chinese.. Lagi2 dalam dunia sekarang ni.. Kita ni sebuk nak cari salah kaum lain.. Lepas tu pakat2 suh boikot brg diaorg.. Kan Allah berfirman: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

So, dah terang lagi bersuluh.. Kalau btul kita nak lawan diaorg, why not btulkan dulu niat dan muhasabah diri.. Lawan dengan bersungguh2, istiqamah.. Buat bisnes bukan hanya utk dpt untung, tapi untuk majukan ekonomi orang Islam dan Melayu..

Harus diingat, islam ni utk semua.. Ada cina islam, india islam.. Nenek husband aku pun cina Islam ok.. So, korang jgn nak sesedap mulut nak hina kaum lain sbb mereka dah jadi keturunan anak cucu aku! Baikla korang tutup mulut korang nih.. Buat kerja yg berfaedah lagi dpt pahala.. Tingkatkan iman dan slalukan istigfar.. Asik ingat kita ni je la baik, kaum yg slalu kene tindas.. Tapi sendiri tak sedar.. Melayu yang tindas Melayu selama ni.. Asikla Melayu Melayu Melayu.. Dalam kubur malaikat tak tanye 'Apa bangsa kamu wahai si polan bin si polan?' tapi malaikat akan tanye.. 'Apa AGAMAMU?'

So kepada Melayu yang takut sgtla tanah tumpah ni jatuh kat org bukan melayu.. Dan takut tanah nenek moyang ni tergadai dek kerakusan orang bukan melayu.. Kan Allah kata, USAHA & DOA! Mulai dari sekarang, jom sama-sama jadi individu yang baik kpd keluarga & komuniti.. Jadi pemimpin yang baik kepada rakyat.. Insya Allah, kejayaan pasti milik Islam dan Melayu.

Jgnla asik salahkan orang je ye.. Peringatan utk diri sendiri gak nih.. Daa~

0 comments:

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts