24 June 2013

Chocolate Moist Cupcakes.. :)

Sabtu lepas, sementara menunggu En. Hubby balik from work.. I ingat nak buat chocolate moist cupcakes.. Kebetulan, Afeef masih lagi tidur dgn nyenyaknye pagi Sabtu tu.. So, sempatla buat cupcakes ni dari buang masa ngadap hp je.. Huhu..

Seperti biase, aku share resepi.. ;)

Chocolate Moist Cupcakes

Bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(Campurkan semua bahan A dan ayak 2 kali)

Bahan B:
1 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan gula
1 cawan susu cair
2 biji telur

Bahan C:
1 cawan air panas

Cara-Cara:
1. Pre-heat oven 180 darjah.
2. Campurkan Bahan B dalam bekas dan gaul perlahan-lahan hingga sebati.
3. Masukkan Bahan A sedikit demi sedikit dalam Bahan B dan gaul hingga sebati.
4. Masukkan Bahan C dan gaul lagi hingga sebati.
5. Masukkan adunan dalam cawan cupcakes (beli yang tebal ye kerana adunan agak cair). Nak letak dlm tin pembakar pon bole. Masukkan dlm 1/2 cawan sahaja. Nanti adunan akan naik. Bakar sehingga masak selama 30 minit.
6. Sejukkan dan hiaskan dengan topping chocolate.

** Gaul bahan adunan tu satu arah sahaja ye. Untuk pastikan cupcakes masak, aku gune pencungkil gigi. Cucuk setiap cupcakes. If bersih, maknanye dah masak la tu..

Topping Chocolate

Bahan-Bahan:
1 cawan coklat masakan
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar minyak jagung
1 sudu mentega
1/2 cawan gula kastor

Cara-Cara:
1. Campur semua bahan dan masak atas api perlahan. Gaul hingga sebati dan kelihatan berkilat.
2. Tutup api. Sejukkan sebentar dan sapukan atas cupcakes yang telah siap tadi.
3. Taburkan chocolate rice jika suka.

0 comments:

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts