04 June 2013

Choc Chip Muffin! Yummyyy!!

Ok, tak sempat nak snap ikan siakap masak steam lemon. Lepas masak terus je makan.. Reramai plak tuh.. Makan sampai lebam katanye.. Hehe..

So, sempat snap gambar chocolate chip muffin yang aku buat (test) utk birthday party Afeef.. Tadaaaa!! Ni la dia hasilnya..





Aku share resepi sket.. Hehe

Bahan A:
1 cawan butter / 125g butter (cairkan)
2 cawan susu segar (aku guna nestle low fat milk)
2 biji telur dipukul
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B:
3 cawan tepung gandum diayak
1/2 cawan serbuk koko diayak
1/2 sudu teh soda bicarbonate
2 sudu teh baking powder
2 cawan gula
chocolate chips (ikut suka berapa byk)

Cara Membuatnya:
1. Pre-heat oven 180'C.
2. Campurkan semua bahan B dalam satu bekas.
3. Masukkan semua bahan A dalam adunan bahan B.
4. Gaul semua menggunakan spatula/hand whisker/sudu.
5. Sudukan adunan tadi dalam muffin cups. 3/4 je. Guna sudu kecil ye. Nanti muffin akan naik.
6. Letakla choc chip atas cup tu (tambahan) klau nak lagi rich.
7. Then, bakar dalam 25 minit, 180'C depends on oven masing-masing.
8. Kalau nak tau masak ke tak muffin tu, try cucuk ngan lidi pencungkil gigi. kalo clear, masakla tuh.

Ok, tu je.. Selamat mencuba.. ;)

0 comments:

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts