25 June 2013

Melayu?

Aku serius tak paham.. Yang korang nak gado2.. Bising2.. Boikot barang/kedai/pasaraya kaum tu, kaum ni.. Ada apa semua dengan bangsa? Yang membeza kita semua adalah iman, akidah & takwa! Korang pernah terfikir tak yang korang kutuk2 tu mungkin ibu/bapa/keluarga seseorang.. Biarlah ape org nak kata, yang penting tunjukkan pada mereka yang korang ni individu muslim yang baik!

Ye, aku bangga aku Melayu.. Tapi aku tak berapa bangga sangat bila ada Melayu yang terover nak bangkitkan racial isu kat sini.. Korang sedar tak semua manusia di dunia ni semua dijadikan baik belaka.. Kita sendiri yang pilih jalan hidup sama ada nak terus jadi baik atau tidak.. Ini terpakai jugak kepada semua kaum di dunia..

Kita mesti ingat ade jugak kaum Melayu yg jahat, same goes to Indian & Chinese.. Lagi2 dalam dunia sekarang ni.. Kita ni sebuk nak cari salah kaum lain.. Lepas tu pakat2 suh boikot brg diaorg.. Kan Allah berfirman: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

So, dah terang lagi bersuluh.. Kalau btul kita nak lawan diaorg, why not btulkan dulu niat dan muhasabah diri.. Lawan dengan bersungguh2, istiqamah.. Buat bisnes bukan hanya utk dpt untung, tapi untuk majukan ekonomi orang Islam dan Melayu..

Harus diingat, islam ni utk semua.. Ada cina islam, india islam.. Nenek husband aku pun cina Islam ok.. So, korang jgn nak sesedap mulut nak hina kaum lain sbb mereka dah jadi keturunan anak cucu aku! Baikla korang tutup mulut korang nih.. Buat kerja yg berfaedah lagi dpt pahala.. Tingkatkan iman dan slalukan istigfar.. Asik ingat kita ni je la baik, kaum yg slalu kene tindas.. Tapi sendiri tak sedar.. Melayu yang tindas Melayu selama ni.. Asikla Melayu Melayu Melayu.. Dalam kubur malaikat tak tanye 'Apa bangsa kamu wahai si polan bin si polan?' tapi malaikat akan tanye.. 'Apa AGAMAMU?'

So kepada Melayu yang takut sgtla tanah tumpah ni jatuh kat org bukan melayu.. Dan takut tanah nenek moyang ni tergadai dek kerakusan orang bukan melayu.. Kan Allah kata, USAHA & DOA! Mulai dari sekarang, jom sama-sama jadi individu yang baik kpd keluarga & komuniti.. Jadi pemimpin yang baik kepada rakyat.. Insya Allah, kejayaan pasti milik Islam dan Melayu.

Jgnla asik salahkan orang je ye.. Peringatan utk diri sendiri gak nih.. Daa~

24 June 2013

Chocolate Moist Cupcakes.. :)

Sabtu lepas, sementara menunggu En. Hubby balik from work.. I ingat nak buat chocolate moist cupcakes.. Kebetulan, Afeef masih lagi tidur dgn nyenyaknye pagi Sabtu tu.. So, sempatla buat cupcakes ni dari buang masa ngadap hp je.. Huhu..

Seperti biase, aku share resepi.. ;)

Chocolate Moist Cupcakes

Bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(Campurkan semua bahan A dan ayak 2 kali)

Bahan B:
1 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan gula
1 cawan susu cair
2 biji telur

Bahan C:
1 cawan air panas

Cara-Cara:
1. Pre-heat oven 180 darjah.
2. Campurkan Bahan B dalam bekas dan gaul perlahan-lahan hingga sebati.
3. Masukkan Bahan A sedikit demi sedikit dalam Bahan B dan gaul hingga sebati.
4. Masukkan Bahan C dan gaul lagi hingga sebati.
5. Masukkan adunan dalam cawan cupcakes (beli yang tebal ye kerana adunan agak cair). Nak letak dlm tin pembakar pon bole. Masukkan dlm 1/2 cawan sahaja. Nanti adunan akan naik. Bakar sehingga masak selama 30 minit.
6. Sejukkan dan hiaskan dengan topping chocolate.

** Gaul bahan adunan tu satu arah sahaja ye. Untuk pastikan cupcakes masak, aku gune pencungkil gigi. Cucuk setiap cupcakes. If bersih, maknanye dah masak la tu..

Topping Chocolate

Bahan-Bahan:
1 cawan coklat masakan
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar minyak jagung
1 sudu mentega
1/2 cawan gula kastor

Cara-Cara:
1. Campur semua bahan dan masak atas api perlahan. Gaul hingga sebati dan kelihatan berkilat.
2. Tutup api. Sejukkan sebentar dan sapukan atas cupcakes yang telah siap tadi.
3. Taburkan chocolate rice jika suka.

21 June 2013

You Are Invited...

20 June 2013

Sagu Gula Melaka.. Love Love

Sempat gak prepare dessert utk family in laws masa masak mee udang haritu.. Senang je kot nk buat dessert ni.. Sagu gula melaka..

Aku share sket resepi..

Sagu:
2 cawan sagu biji (warna putih)
5 cawan air
2 helai daun pandan simpul
Pewarna merah & hijau

Cara-Cara:
1. Rendam biji sagu lebih kurang 1/2 jam. Kemudian toskan.
2. Didihkan air bersama daun pandan dan masukkan sagu biji.
3. Masak hingga sagu bertukar jernih. Tutup api dan biarkan seketika.
4. Tuang sagu dalam tapis dan lalukan di bawah air paip yang mengalir untuk buang kanji.
5. Bahagikan sagu kepada 2 bahagian. Titiskan warna merah & hijau. Kacaukan.
6. Masukkan ke dalam acuan. Sejukkan dalam peti sejuk.

Untuk Manisan:
1 ketul gula melaka
1 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan simpul

Cara-Cara:
1. Campur semua bahan, masak hingga gula larut dan sejukkan.

Untuk Santan:
3 cawan santan
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan simpul

Cara-Cara:
1. Campur santan, garam, daun pandan dan gula dan masak hingga mendidih. Tapis & sejukkan.

Oh.. Kursus dan Mee Udang!

Salam syg semua.. Baru sempat update blog harini..

Bz sepanjang minggu lepas dengan kursus.. Kursus ape.. Fail Meja & Manual Prosedur Kerja 3 hari 2 malam kat De Palma Ampang, Selangor.



Balik je dari kursus, En. Hubby & I plan nak jemput family in laws makan2 kt umah kteorg.... Menunya mee udang.. Kebetulan kteorg bli udang besar2 haritu kat Kuala Selangor.. Sekilo udang dlm RM35. Murah la kot.. Sbb slalu kt pasar sampai RM60 sekilo.

So ini la dia hasilnya.. Udang xnampak sbb tenggelam dalam kuah.. Hehe..





Ni nk share resepi Mee Udang ala Mummy Afeef..

Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning (dicelur)
1 kilo udang besar
12 ketul tauhu kering (dipotong 2)
2 batang serai (diketuk)
Garam/gula secukup rasa
Minyak masak

Bahan Kisar:
4 ulas bawang besar
6 ulas bawang putih
1 genggam udang kering
20 ekor udang kecil (dibuang kulit)
1 senduk cili boh
5 biji cili padi hijau
2 kiub tomyam (aku guna brand Maggi)

Bahan Hiasan:
Kangkung (dicelur)
6 biji telur (direbus)
5 ketul tauhu basah (digoreng & dipotong kecil)
Bawang goreng

Cara-cara:
1. Buang kulit udang kecil. Masukkan kulit udang dalam periuk & campurkan 2 liter air. Rebuskan hingga mendidih. Ketepikan.
2. Kisar bawang besar, bawang putih, udang kering, isi udang kecil (yang telah dibuang kulit), cili boh, cili padi & kiub tomyam. Tumiskan dengan minyak dalam periuk lain.
3. Bila bahan tumisan naik bau & sedikit garing, masukkan air rebusan kulit udang tadi.
4. Masukkan serai, garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan udang besar dan tauhu kering yang telah dipotong. Masak kuah hingga mendidih.
6. Sediakan mangkuk, masukkan mee yang telah dicelur, kuah udang yang siap dimasak dan bahan hiasan. Hidangkan.

Nota: Mee udang ni utk 10 orang makan.. Aku sediakan gak sambal sotong kering utk makan ngan mee udang tuh.. Terpulangla ikut citarasa masing2 ye.. ;)

10 June 2013

Cendol Durian Borhan

Pagi Sabtu Hubby, Afeef & I follow my in laws pegi wedding @ Kuala Selangor.. On the way balik, teringin nak try Cendol Durian.. So, Kami singgahla Cendol Durian Borhan.. Ramai giler orang.. Antara menunya:

Cendol + Durian
Cendol + Pulut
Cendol + Keladi
Cendol + Jagung
Mee Kari
Laksa

Kiteorg makan cendol je.. Kedai ni di area Tanjung Karang --> Kuala Selangor -->Klang.. Senang nak jumpa, tepi jalan je..

\





Kitch Kafe @ Bandar Bukit Raja, Klang

Morning u alls.. Harini nak blog ttg this new restaurant in town.. Rasenye baru kot sbb aku ngan family baru tau pasal restaurant nih.. Hehe..

Last saturday aku and family mertua pergi try makan kat sana.. Speciality kat sini ialah nasi bakar.. Dengan macam2 lauk.. Tmpt dia sgt cozy..

Ok, ini gambar yang aku sempat snap.. Price sgt ok.. Foods pun ok.. Aku bagi 3 stars.. ;)








Sloppy Joe


Nasi Bakar + Buttered Chicken


Cantonese Kueh Teow


Zuppa Soup


Roast Chicken


Tauhu Bakar

Kitch Kafe by Kush
27G, Jalan Tiara 2B, Bandar Baru Klang,
41150 Klang, Selangor.
Buka: 8.00 pg hingga 11.00 mlm (setiap hari)
No. Tel: 012-380 7120

05 June 2013

Laman Grill: Steak & Bar-B-Que

Haritu adek & husband dia blanje kteorg makan2.. Sempena bonus & menyampaikan good news.. My baby sister pregnant again! Yeeehaaa.. Congrats to both Enaz & Aizat.. Smoga diberkati Allah selalu..

So, sempena itu kteorg satu family kluar makan2 kat Laman Grill.. En. Hubby je takde.. Keje.. Restoran ni kepunyaan Chef Zubir.. Ala, chef yg jadi juri Masterchef Malaysia tuh.. Ni antara makanan yang kteorg order.. Platting dia sgt cantek.. Mcm mkn kat hotel.. Harga pada aku so so la.. Ye la dengan nama Chef Zubir kan, mestila mahal sket.. Makanannya ok, aku bagi 3.5 stars! :)


Australian Baby Lamb Foreshank


New Version Marbled ‘Chicken Chop’


Meat Lover’s Combo Platter


Carbonara


Beef Steak ‘Paillard’ & ‘Schnitzel’

Laman Grill @ Shah Alam
G33, Blok 5, Laman Seri Business Park,
Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40000 Shah Alam, Selangor.
Dibuka pukul 11.00pg – 11.00mlm (setiap hari)
No. Tel: 03-5523 7386

Kek Batik.. Marvelous!

Malam tadi sempat buat kek batik.. Utk jamuan opis Jumaat ni.. Buat awal2.. Masuk peti ais.. So by the time bwk kluar dari peti ais, the cake will be just nice! Hopefully la kan..

Ni aku share resepi.. Takdela susah sgt kot.. Aku buat dlm 20 minit je.. :)

Bahan-Bahan:
200 gram butter
1 tin susu pekat manis
2 sudu makan serbuk koko
3 sudu makan serbuk milo
2 biji telur
1 cawan susu segar (low fat milk)
2 bungkus biskut marrie (aku gune brand munchy's)

Cara Membuatnya:
A. Cairkan butter. Lepas tu masukkan susu pekat. Kacau dengan api perlahan. Then, masukkan pula serbuk koko, milo & telur. Kacau lagi (aku guna hand whisker) sampai pekat sket. Padam api.
B. Patah-patahkan biskut marie tadi. Lepas tu masukkan dalam adunan A. Masukkan susu segar & gaulkan semua hingga sebati.
C. Masukkan adunan yang dah digaul dalam loyang/bekas & taburkan chocolate rice jika suka.
D. Sejukkan dalam peti ais.

Tu je.. Senang kan? Huhu.. Ni la hasilnya..

04 June 2013

S Shamsuddin Meninggal Dunia.. Al Fatihah..



Pelakon komedi era P.Ramlee dan 50han S Shamsuddin atau dikenali dengan panggilan Sudin meninggal dunia di rumahnya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura pada pukul 10.56 pagi ini, menurut sumber anaknya Noredah.

“Kira-kira jam 11 pagi arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya. Kini jenazah arwah masih berada di Hospital Universiti Singapura.

“Arwah akan dikebumikan esok pada jam 11 pagi di Pusara Abadi, Singapura,” jelas Husin Syaaban seorang rakan artis arwah di Singapura.

Shamsudin atau Sahamsudin bin Dali dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura pada 1 Januari 1929. Bapa beliau, Dali bin Kechik berasal dari Melaka, manakala ibu beliau, Khatijah binti Haji Ahmad berasal dari Geylang Singapura.

S. Shamsuddin kemudiaannya berkahwin dengan Puteh binti Esmoon pada tahun 1954 dan dikurniakan tujuh orang anak hasil dari perkahwinan mereka.

S. Shamsudin atau Sudin melakukan pelbagai pekerjaan kasar untuk membantu keluarga beliau sebelum menceburi dunia perfileman. Antara lakonannya yang berjaya mencuit hati ialah Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok serta lakonan lain beliau adalah Antara Dua Darjat dan Panggilan Pulau.

Semoga jasa Allahyarham akan kita kenang sampai bila-bila dan semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

:: SUMBER DARI ABGTEROR.COM ::

Choc Chip Muffin! Yummyyy!!

Ok, tak sempat nak snap ikan siakap masak steam lemon. Lepas masak terus je makan.. Reramai plak tuh.. Makan sampai lebam katanye.. Hehe..

So, sempat snap gambar chocolate chip muffin yang aku buat (test) utk birthday party Afeef.. Tadaaaa!! Ni la dia hasilnya..





Aku share resepi sket.. Hehe

Bahan A:
1 cawan butter / 125g butter (cairkan)
2 cawan susu segar (aku guna nestle low fat milk)
2 biji telur dipukul
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B:
3 cawan tepung gandum diayak
1/2 cawan serbuk koko diayak
1/2 sudu teh soda bicarbonate
2 sudu teh baking powder
2 cawan gula
chocolate chips (ikut suka berapa byk)

Cara Membuatnya:
1. Pre-heat oven 180'C.
2. Campurkan semua bahan B dalam satu bekas.
3. Masukkan semua bahan A dalam adunan bahan B.
4. Gaul semua menggunakan spatula/hand whisker/sudu.
5. Sudukan adunan tadi dalam muffin cups. 3/4 je. Guna sudu kecil ye. Nanti muffin akan naik.
6. Letakla choc chip atas cup tu (tambahan) klau nak lagi rich.
7. Then, bakar dalam 25 minit, 180'C depends on oven masing-masing.
8. Kalau nak tau masak ke tak muffin tu, try cucuk ngan lidi pencungkil gigi. kalo clear, masakla tuh.

Ok, tu je.. Selamat mencuba.. ;)
Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts