07 February 2013

Ya Allah, Kau Lindungilah Kami..

Dugaan untuk kami sekeluarga. Moga Allah berikan kami kekuatan menghadapinya. Ya Allah, Kau lindungilah kami sekeluarga.

Terima kasih PDRM atas komitmen dan keprihatinan anda! Kami hargai usaha yang anda lakukan!

4 lelaki berparang pecah masuk banglo

Klang, 6 Feb: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila banglonya dipecah masuk empat penjenayah bersenjatakan parang dalam kejadian di Bukit Jati, Kota Raja, di sini, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa berusia 30 tahun sedang tidur bersama empat ahli keluarga lain sebelum didatangi kumpulan lelaki terbabit.

Difahamkan, kumpulan terbabit memakai sarung tangan dan bertopeng sebelum melarikan wang tunai RM2,000, barang kemas kira-kira RM7,000, telefon bimbit, jam tangan dan komputer riba.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, suspek memecah masuk rumah itu dengan memotong jeriji besi tingkap di bahagian dapur.

Katanya, mangsa yang juga seorang pegawai teknologi maklumat tidak mengalami sebarang kecederaan dan membuat laporan polis sejurus kejadian.

“Susulan laporan itu kami menahan lelaki warga Indonesia berusia 37 tahun, dipercayai seorang daripada ahli kumpulan itu di depan sebuah premis pertukaran wang asing di Taman Sri Andalas pada jam 3.45 petang.

“Ketika ditahan, suspek yang berasal dari Lombok, Indonesia itu dipercayai baru saja selesai membuat penghantaran wang berjumlah 15 juta rupiah ke kampung halaman berdasarkan penemuan resit penghantaran,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, di sini, semalam.

Mohamad berkata, hasil pemeriksaan awal, polis turut merampas wang tunai pelbagai mata wang membabitkan RM450, RP100, 000, AS$5 dan SAR10 selain merampas seutas rantai emas, loket dan telefon bimbit.

Katanya, siasatan terhadap suspek juga mendapati dia pernah dipenjara 10 tahun di negara ini kerana kesalahan samun.

Sumber: Harian Metro, 6 Feb 2013
Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts