03 October 2012

Aku Nak Kurus!

Alhamdulillah, start 24 Ogos aritu aku dh azam nak kuruskan badan. Dan sampai ahad lepas aku berjaya kurangkan berat badan dalam 8kg. Satu usaha yang aku kira cukup berjaya.

So, aku ingatkan pada diri aku jgn lagi toleh ke belakang. Sbb di masa ada usaha di situ ade jalan.

Berat badan aku sebelum kahwin Okt 2010 = 62kg. Semasa mengandung berat badan naik mendadak hingga 96kg. Selepas bersalin, aku turun 85kg. Berat 85kg tu maintan sampai hari raya 2012. Lepas raye aku naik 3 kilo. Total 88kg.

Aku fed up. Perut buncit. Pipi tembam. Jeans dari saiz 29 naik saiz 36. Baju kurung dari saiz M naik ke XL. Yang paling aku regret, nak dukung Afeef pun mengah. Lagi la kalau dia ajak main kejar-kejar. Kesian dia sbb kadang2 bukan aku taknak layan. Tp sebab tak larat nak lari. Semput!

Aku nekad. Start 24 Ogos aritu aku start diet dengan mengurangkan jumlah karbo dalam kuantiti makanan. Diet ni juga dikenali sebagai Diet Atkins.

Diet Atkins ni adalah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan kita akan mula menyusut.

Selain tu, aku minum susu SUNLAC. Kalau orang lain lebih minat dengan SD2 atau herbalife, aku plak mampu beli SUNLAC je. Aku beli kat Mydin je. Harga 700 gram hanya RM17.90 kalau nak dibandingkan dengan SD2 atau pun Herbalife. Kandungan nutrien juga lebih kurang sama. Apepun, terpulangla kepada tuan punya badan.


So far, alhamdulillah mmg berkesan. Tp diingatkan, penurunan berat badan bukan bergantung kepada susu tu semata. Ia adalah makanan tambahan (supplement) yang membantu agar perut tidak terlalu kosong sekiranya kita mengurangkan pengambilan makanan harian.

En. Hubby turut bagi semangat. Dia skarang rajin belikan Jus Powerberries brand Peel Fresh. Antara berries dalam tu adalah acai berry yang dikatakan mempunyai keupayaan utk membakar lemak dengan cepat. No sugar added plak tu. Sesuai bagi sesape penggemar jus buah-buahan seperti aku. Hehe.


Okla, setakat ni je nak berkongsi ngan korang. Nanti aku share menu makan seharian. Take care korang.

** Aku nak kurus & sihat utk family aku, terutama little Afeef. So, aku bole main kejar2 ngan dia tanpa rase semput mcm sekarang! :)

0 comments:

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts