11 September 2012

Pasta Goreng

Ok, harini nak kongsi resepi pasta goreng.. Ni resepi sendiri.. Kebetulan ade jamuan raya ofis plak Khamis ni.. So, bawak ni je la.. Resepi ni lebih kurang utk 15 org makan..

Bahan-bahan:
2 paket San Remo spirals pasta
1 paket sosej ayam blackpaper - potong bulat (ikut suka la kalau nak tukar ayam/udang/fish ball/sotong etc)
2 biji cili begala (merah & hijau) - potong kiub kecil
1 tin sliced mushroom
3 helai bay leaves
1/2 sudu teh mix herbs (ni bli kat tesco je dlm botol kecil)
1 senduk cili boh (kalau nak lebih pedas, lebihkan cili boh ikut citarasa)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 kiub stok ayam
2 sudu makan cili sos
Garam secukup rasa

Cara memasak:
Rebus pasta dalam air dan toskan. Jangan terlalu masak nanti pasta akan jadi terlalu lembik bila digoreng.

Kisar bawang besar, bawang putih, cili boh & kiub ayam tadi. Kemudian tumis semua bahan kisar tadi. Bila naik bau, masukkan sosej, cili begala dan mushroom. Kacau hingga sebati. Bila sosej masak, masukkan pasta yang telah ditoskan. Masukkan sekali bay leaves, mix herbs, cili sos dan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati.

Siap dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba!~

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts