13 August 2012

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri. Salam Sayang utk Semua!~

Alhamdulillah, ni raya ke-2 bersama hubby & little boy afeef.. sgt teruja sbb afeef dah boleh jalan.. mummy loves u very much!!~

Plan ngan hubby raye thn ni nak masak nasik mandi, ayam panggang & dalca. Hopefully semuanya akan berjalan lancar & afeef akan duduk dendiam bila mummy dah start masak..

Actually tak cuti pjg pun raye thn ni, sbb en. husben sendiri tak apply cuti. Bagi can org lain katenye. Maklumla, kteorg xde kg. Huhu.. Mulia sungguh hati hubbyku ini..

Jom, nak share resepi nasi mandy dari Chef Sabri.

Bahan-bahan:
4 cawan Beras Basmahthi Panjang- di basuh berasingan
4 cawan Air/ air rebusan daging
1/2 Cawan Minyak Sapi ( Ghee) atau Minyak Jagung
1 sdm Serbuk jintan Manis
1 sdm Serbuk Jintan Putih
1 sdm Serbuk Ketumbar
1/2 sdk serbuk kunyit
1 inci kulit kayu manis
4 biji Buah pelaga
3 ktm Bunga Lawang
3 ktm Bunga cengkih
2 sdm Gula
1 sdm Garam
1 sdm Serbuk perasa Ayam

Cara:
1. Masukan semua bahan-bahan kecuali air kedalam periuk nasi, kemudian kacau hingga rata.
2. Tuang Air kedalam periuk. kemudian tanak nasi seperti biasa.

TIP: UNTUK MENAMBAHKAN AROMA PADA NASI BOLEH MASUKAN IKATAN DAUN PANDAN, HIRISAN HALIA, HIRISAN BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH.

NASI MANDY INI BOLEH DI HIDANG DENGAN AYAM PANGGANG ATAU KAMBING PANGGANG BEREMPAH DAN TOMATO SALSA.

0 comments:

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts