22 August 2012

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri utk semua.

Mohon maaf zahir dan batin daripada kami sekeluarga, sekiranya ada salah & silap sepanjang perkenalan kita. Semoga syawal ini memberi kebahagiaan, mengeratkan lagi silaturrahim dan mendapat keberkatanNYA. insya Allah. [^_^]

Thn ni Afeef raya ngan mummy je berdua kat umah atuk nenek.. Daddy tak dpt cuti raya thn ni.. Tapi takpe, raya tetap best sbb thn ni sume org ada kat umah nenek..

Thn depan daddy janji nak cuti pjg time raya.. Apepun, Afeef looks very handsome in pink baju melayu.. Mummy and daddy love u very much!!

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

17 August 2012

Iftar @ Mr. Steak House, Laman Sari

The best iftar this ramadan.. Akhirnya tercapai gak hasrat nak berbuka puasa reramai.. Geng JTM is the best.. Terima kasih kpd Mr. Organizer, En. Sazali.. Insya Allah, pjg umur kite buat lagi bulan puasa thn depan..

Ni kali kedua sebenarnya aku mkn kat Mr. Steak House ni.. First time pegi ngan family, tp kali ni ngan warga JTM plak..

Ape yang best sgt sbb ni first time kteorg gathering reramai.. Walaupun xsemua yg dpt join, kire okla utk kali pertama kteorg berbuka puasa bersama.. Bawa anak-anak.. Afeef pun seronok dapat jumpe kawan-kawan.. Hehe.. Mummy & daddy seronok dapat makan.. Hahaha..

Ok, Mr. Steak House ni terletak di Laman Sari, Sek. 13, Shah Alam. Sederet dengan bangunan PTPL lama.. Tempatnya agak cozy.. Selesa la utk family.. Afeef teruja giler dapat lari-lari dengan suka hati.. Maklumla, baru 'dapat kaki'..

Food yg diorg serve mostly western.. Smalam, aku ngan hubby order:
Mix Steak (Beef + Chicken in blackpaper sauce with baked potato, coleslaw, baked beans, bread dan fresh tomato) = RM 16.90

Steak Combo (Beef + Lamb + Prawn in blackpaper sauce with baked potato, coleslaw, baked beans, bread dan fresh tomato) = RM 17.90

Drinks, kiteorg order:
Honeydew juice = RM 5.00
Apple juice = RM 5.00



15 August 2012

Shopping @ Sogo

Minggu ke-2 ramadan aku sempat pegi Sogo. Taula Sogo, musim raya ke tak tetap ramai orang.. Dalam pkul 10.30 pagi Sabtu kteorg sampat depan Sogo tu, dah takde parking!! Huhu.. So, kteorg knela parking kat CIMB.. Bkn lame pun nak ke Sogo tu.. Mmg plan nak beli periuk utk masak raya ni & pinggan mangkuk.. Maklumla, rumah baru byk yg perlu disediakan.

Sampai2 je Sogo kteorg terus ke tingkat 5 kot.. Untuk kitchen ware & dinnerware.. Mmg SOgo tgh buat sale.. Ade sampai 70% sale utk sume brg² tu.. En. Hubby tgkkan Afeef dlm stroller, aku plak dh startkan pencarian.. Huhu.. Pilih punye pilih, last2 aku berkenan giler ngan kitchen ware brand ENDO nih.. Harga tak mahal la kan mcm MAXIM, Greenpan.. Yang kteorg beli ada 7 pcs dlm 1 set (RM 209.00)..

Set dinnerware plak kiteorg beli brand BORMIOLI ROCCO.. Nak beli corelle mahal la plak.. Tak mampu lagi.. So, kiterg amik yg murah sket je la.. 1 set ada 19 pcs (RM249.00)..

Gambar kt bwh ni bkn exactly brg yang aku beli.. Just hiasan.. Hehe.. Okla, tu je nak cite.. Hehe.. Excited lebih!



14 August 2012

Austin Chase, Plaza Masalam

Alhamdulillah, tinggal 5 hari je lagi nak sambut raya.. Insya Allah, thn ni beraya di rumah baru.. Hehe..

Smalam, kali pertama dlm bulan ramadan ni berbuka puasa di luar bersama en. hubby & little afeef.. Kteorg makan kat Austin Chase, Plaza Masalam, Shah Alam..

First time makan situ.. Menu sume western.. Kire okla.. Harga sorang dlm RM48++ (buffet)..

Menu:
Lasagna
Spaghetti carbonara
Spaghetti tuna
Butter rice
Lamb chop
Chicken chop
Potato salad
Fruit & vege salad
Fried chicken
French fries
Onion ring
Fish and chips
Grilled chicken & fish
Chicken porridge
Croissant
Cakes
Orange juice & root beer
Hot drinks

Bole la try kalau nak.. For me, makanan dia bole tahan. Aku bagi 3 stars out of 5! Hehe..

13 August 2012

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri. Salam Sayang utk Semua!~

Alhamdulillah, ni raya ke-2 bersama hubby & little boy afeef.. sgt teruja sbb afeef dah boleh jalan.. mummy loves u very much!!~

Plan ngan hubby raye thn ni nak masak nasik mandi, ayam panggang & dalca. Hopefully semuanya akan berjalan lancar & afeef akan duduk dendiam bila mummy dah start masak..

Actually tak cuti pjg pun raye thn ni, sbb en. husben sendiri tak apply cuti. Bagi can org lain katenye. Maklumla, kteorg xde kg. Huhu.. Mulia sungguh hati hubbyku ini..

Jom, nak share resepi nasi mandy dari Chef Sabri.

Bahan-bahan:
4 cawan Beras Basmahthi Panjang- di basuh berasingan
4 cawan Air/ air rebusan daging
1/2 Cawan Minyak Sapi ( Ghee) atau Minyak Jagung
1 sdm Serbuk jintan Manis
1 sdm Serbuk Jintan Putih
1 sdm Serbuk Ketumbar
1/2 sdk serbuk kunyit
1 inci kulit kayu manis
4 biji Buah pelaga
3 ktm Bunga Lawang
3 ktm Bunga cengkih
2 sdm Gula
1 sdm Garam
1 sdm Serbuk perasa Ayam

Cara:
1. Masukan semua bahan-bahan kecuali air kedalam periuk nasi, kemudian kacau hingga rata.
2. Tuang Air kedalam periuk. kemudian tanak nasi seperti biasa.

TIP: UNTUK MENAMBAHKAN AROMA PADA NASI BOLEH MASUKAN IKATAN DAUN PANDAN, HIRISAN HALIA, HIRISAN BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH.

NASI MANDY INI BOLEH DI HIDANG DENGAN AYAM PANGGANG ATAU KAMBING PANGGANG BEREMPAH DAN TOMATO SALSA.

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts