07 June 2012

Tauhu Sumbat Ayam & Telur

Ya Allah, teramatla sebuk skarang sampai tak sempat curi masa nak berblogging.. Hehe.. Okla, harini nak kongsi satu resepi.. Baru blaja dari ibu..

Tauhu Sumbat Ayam & Telur

Bahan²
5 keping tauhu kering dipotong dua (bentuk 3 segi & dibelah tengah)
Ayam bahagian dada dicincang kecil²
4 biji telur dipukul (untuk isi)
3 biji telur dipukul (untuk celup tauhu)
Daun bawang diracik halus
Cili padi atau cili merah diracik halus
Serbuk lada hitam & garam secukup rasa
3 ulas bwg merah & 2 ulas bwg putih ditumbuk lumat

Cara membuat isi tauhu sumbat
Panaskan minyak
Tumis bawang merah & putih hingga warna kuning
Masukkan ayam yg dicincang tadi
Apabila ayam betul2 masak, masukkan telur, daun bwg, cili padi/merah, lada hitam & garam secukup rasa.
Goreng bahan2 tersebut hingga naik bau.
Kemudian, biarkan isi tauhu sumbat tersebut sejuk.

Ambil tauhu yang telah dibelah tengah. Sumbatkan isi yang telah disiapkan tadi. Setelah itu, celupkan tauhu yang telah disumbat isi tadi dengan telur dan kemudian digoreng dlm minyak panas. Bila tauhu berwarna keemas emasan boleh angkat dan hidang.

Selamat mencuba!



Nota: Aku guna tauhu kering yang slalu orang buat tauhu bakar tu tau utk resepi nih.. ;)

1 comments:

CINTA UNTUK KITA said...

alahai sedapnya.. nk try la :)

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts