25 June 2012

Birthday Sticker

Haritu adela usha 1 blog ni utk design/print sticker & goodies bag for birthday Afeef 29 Jun ni. Tapi bile call kakak tu, dia minta maaf sbb dia tak dapat buat. Dia takde kat lembah klang this weekend. Hampaaa!!

Last2 aku nekad! Ye, nekad design sendiri sticker tu.. Paper bag pun aku beli sendiri! Goodies pun aku buat sendiri! Huhu.. Puas hati! Walaupun bajet kecil aku still puas hati sbb aku usaha buat sendiri untuk Afeef, buah hati aku..

Dalam goodies bag tu aku cadang nak letak:
- lollipop (of course!)
- coklat
- gula-gula
- muffin

Ok, ni aku kongsi dulu sticker yg aku design utk my lil' Afeef Irham. Simple je. Janji aku suka!! Huhu.. Esok2 aku tunjuk plak goodies bag yg aku buat!


19 June 2012

Oren Sport Royal Klang Town Run 2012

Oren Sport Royal Klang Town Run 2012
Tarikh: 16 September 2012 (Ahad)
Masa: 6.45 pagi
Tempat: Stadium Sultan Suleiman, Klang
Laman Web: http://www.themarathonshop.com.my/events/oren-run-2012/

Pengambilan t.shirt & nombor larian
Tarikh: 8 & 9 September 2012 (Sabtu & Ahad)
Masa: 10.00 pagi - 3.00 petang
Tempat: Dewan Hamzah, Klang

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Korporat, Majlis Perbandaran Klang di talian 03-3375 5555.





07 June 2012

Aktiviti Sekitar Klang

Pertandingan Brass Band Negeri Selangor 2012
Tarikh: 16 Jun 2012 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi - 3.00 petang
Tempat: Stadium Hoki, Pandamaran, Klang

Konsert Mesra MPK
Tarikh : 23 Jun 2012 (Sabtu)
Masa : 4.00 petang - 7.00 malam
Tempat : Dataran Seni, Klang
Aktiviti : Persembahan Kombo MPK dan Acara Hiburan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Korporat, Majlis Perbandaran Klang di talian 03-3375 5555.

Tauhu Sumbat Ayam & Telur

Ya Allah, teramatla sebuk skarang sampai tak sempat curi masa nak berblogging.. Hehe.. Okla, harini nak kongsi satu resepi.. Baru blaja dari ibu..

Tauhu Sumbat Ayam & Telur

Bahan²
5 keping tauhu kering dipotong dua (bentuk 3 segi & dibelah tengah)
Ayam bahagian dada dicincang kecil²
4 biji telur dipukul (untuk isi)
3 biji telur dipukul (untuk celup tauhu)
Daun bawang diracik halus
Cili padi atau cili merah diracik halus
Serbuk lada hitam & garam secukup rasa
3 ulas bwg merah & 2 ulas bwg putih ditumbuk lumat

Cara membuat isi tauhu sumbat
Panaskan minyak
Tumis bawang merah & putih hingga warna kuning
Masukkan ayam yg dicincang tadi
Apabila ayam betul2 masak, masukkan telur, daun bwg, cili padi/merah, lada hitam & garam secukup rasa.
Goreng bahan2 tersebut hingga naik bau.
Kemudian, biarkan isi tauhu sumbat tersebut sejuk.

Ambil tauhu yang telah dibelah tengah. Sumbatkan isi yang telah disiapkan tadi. Setelah itu, celupkan tauhu yang telah disumbat isi tadi dengan telur dan kemudian digoreng dlm minyak panas. Bila tauhu berwarna keemas emasan boleh angkat dan hidang.

Selamat mencuba!



Nota: Aku guna tauhu kering yang slalu orang buat tauhu bakar tu tau utk resepi nih.. ;)
Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts