13 March 2012

Semoga Kau Tenang Di Sana...

Malam tadi hampir jatuh pinggan digenggamanku.. Tgh sebuk menghidang makan malam, tiba-tiba berita di TV mengejutkan aku sekeluarga..


"Pihak polis telah mengesahkan bahawa rangka manusia yang ditemui rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Khamis lalu, adalah Nurul Nadhirah Abdullah, kanak-kanak yang berusia lima tahun yang hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam sejak 12 hari yang lalu. Perkara ini disahkan setelah ujian DNA dijalankan ke atas rangka tersebut."

Sungguh kejam manusia! Semoga kita semua dilindungi olehNYa..

Salam takziah kepada keluarga adik Nurul Nadirah.. Semoga tabah menghadapi ujian Allah SWT.. Dan adik, semoga kau tenang di sana. Sudah tentu, syurga tempatmu.. Al-Fatihah...

07 March 2012

Ya Allah, Selamatkanlah Dia..

Salam Zul, izinkan akak berkongsi cerita dengan blogger lain ye..

Sememangnya air mata ini senang je mengalir bila mengenangkan cerita duka tentang anak-anak kecil. Lebih-lebih lagi aku sendiri dah bergelar ibu..

Tak sanggup rasanye menatap insan kecil ini yang bernama Muhammad Zarith Amsyar yang sangat comel.. Anak buah kepada kawan aku semasa sama-sama bekerja di RTM. Walaupun aku dan Zul tak rapat, kami saling mengenali kerana selalu ada event bersama. Dia di PRO, aku di Promo TV.

Mari kita sama-sama doakan keselamatan anak kecil ini. Aku kongsikan sedikit nukilan Zul..

28 Feb 2012, 11.51mlm
Assalamualaikum.....
Mohon jasa baik semua teman-teman untuk mendoakan keselamatan dan kesihatan anak buah saya Muhammad Zarith Amsyar, yang akan menjalani satu pembedahan untuk membetulkan masalah di bahagian sistem pernafasan dan peparu (diagramatic hernia) pada jam 8 pagi esok di HUKM. Semoga doa tuan/puan dan kita semua dimakbulkan Allah. Ya Allah, selamatkanlah anak kecil ini. Amin...


29 Feb 2012, 10.30pg
Anak buah saya, Muhammad Zarith Amsyar kini sudah berada dalam dewan bedah HUKM... Terus berdoa yer sahabat-sahabat sekalian.... Moga pembedahan berjalan lancar & anak buah saya selamat.... Terima kasih kepada kalian yg masih terus mendoakannya....

29 Feb 2012, 1.20tgh hari
Setelah 3 jam 30 minit bertarung, Muhammad Zarith Amsyar dibawa keluar dari operation theatre....comment doktor, pembedahan ok cuma masih belum stabil... Hope si kecil cepat recover....

2 Mac 2012, 3.51ptg
Keadaan terkini anak buah saya... Syukur Alhamdulillah, dia sudah mula boleh bernafas sendiri... :-) Terima kasih Allah....


6 Mac 2012, 2.30ptg
Assalamualaikum....berita terbaru mengenai anak buah saya, Muhammad Zarith Amsyar... Doktor khuatir buah pinggangnya gagal berfungsi dengan sempurna. Kepada semua sahabat diminta mendoakan keselamatan dan kesihatannya......
Sebaknya hatiku...


Ini adalah status terkini Zul di facebook.. Air mata aku turut mengalir.. :(

"Ya Allah, Kau selamatknlah anak comel ini. Hanya kepadaMU kami berdoa & kerana KAU yg lebih tahu apa yg terbaik utknya.. Amin..."

Sama-samalah kita panjatkan doa utk anak kecil ini ye.. :(
Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts