17 February 2012

Pneumonia Membawa Maut!

Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru.

Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun.

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk bernafas , bibir menjadi biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing. Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.

Simptom
♦ Demam panas
♦ Batuk dengan atau tanpa kahak
♦ Sakit dada
♦ Tiada selera makan, tidak mahu makan
♦ Rasa tidak sihat, sering merengek
♦ Pernafasan laju atau susah bernafas
♦ Muntah atau cirit-birit

Vaksin pneumococcal merupakan pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Vaksin ini boleh didapatkan melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun anak anda.

5 Tip Mudah
1. Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2. Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak susu.
3. Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4. Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan batuk tidak pulih selepas tiga hari.
5. Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.

Sumber: PA MA


p/s: Afeef start ambil vaksin pneumococcal ni sejak umurnye 4 bulan. Vaksin diberi oleh Datuk Dr. Zulkifli, pakar kanak-kanak hospital KPJ Selangor. Dah 2 kali ambil suntikan vaksin. Ada lagi 2 kali. Actually if baby berusia sebelum sethn, kne ambil 4 kali suntikan. Harganya agak mahal. Sekali injection harga dlm RM 220. So, kali 4 = RM880. Takpe, untuk Afeef ape saje mummy & daddy sanggup buat! Vaksin rotavirus (cirit birit) pun Afeef dah ambil. Yg ni 2 kali; mkn bukan injection. Harga sekali ambil RM180. So, if ambil 2 kali = RM 360. Vaksin ni sume optional. Bole ambil di klinik & hospital swasta shj. Apepun, consult dulu dengan doktor anak anda.

Sekadar perkongsian bersama untuk semua kaum ibu yang FABULOUS!

0 comments:

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts