29 February 2012

29 Feb?

29 Feb 2012..

Tarikh ni, 4 thn skali baru muncul.. Ape yg special ttg hari ni.. Hmm...

Afeef dah 8 bulan!! Sangat bersyukur kerana dikurniakan Afeef dalam hidup kami suami isteri.. Terima kasih Allah..

Dalam pada happy, dikhabarkan 2 anak staf aku kne tahan di wad kanak-kanak Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.. Jangkitan virus Rota.. Alhamdulillah, berkesempatan melawat salah sorang anak staf.. Keadaannya dah mula beransur baik.. Aku doakan yang terbaik untuk mereka & moga cepat sembuh..

Tersentuh hati tgk kanak2 kat wad hospital tu tadi.. Lagi2la skarang aku dah ade Afeef.. So, pada mak ayah yg tgh mengharungi dugaan anak sakit, tabahla ye.. Yang penting kita usaha, doa dan tawakal.. Insya Allah, mereka akan pulih macam sediakala..

21 February 2012

Berdiri!

Ahad lepas, Afeef dah berdiri dalam playpen dia.. Dia skip semua. Skip merangkak, skip duduk.. Anak mummy advanced eh? Hehe..

Tomel tomel tomel.. Gelak2 dlm playpen mlm tadi.. Heeee... :D

Dak Amat

Hmm.. Tak tau pun aku Remy Ishak ade blog.. Dari penulisannya, aku kira orangnya ada jiwa.. Ada sesuatu, yang buat aku nak baca & terus baca catatan blog dia.. Btw, ape maksud Dak Amat eh?

Serius, aku tak ikut sangat drama or filem dia.. Bknnya ape, kalau tgk tv aku lebih suke program bertemakan MAKANAN.. Ye, aku suke makan & aku suke masak! Hehehe..

Tp aku pasti kau, Remy komited dgn kerja.. Aku respect! Apepun, i wish u all the best..

Aku pernah kerja di bidang broadcasting. Aku tau ape itu kerja keras, ape itu penat, ape itu gila kerja. Aku dah rasa. INDAH!

Iklan: Last local movie aku tgk, Hikayat Merong Mahawangsa (Mac 2011). Lepas tu aku bersalin, dalam pantang, jaga Afeef, masuk kerja & jagaaaa Afeef... Heeee... I love my life.. Lalala~

17 February 2012

Aktiviti Sekitar Klang

Ekspresi Budaya Sempena Maulidur Rasul 1433H
Tarikh: 18 Februari 2012 (Sabtu)
Tempat: Dewan Kg. Raja Uda, Pelabuhan Klang
Aktiviti: Pertandingan Azan & Iqamat, Menulis Jawi, Forum Perdana, Nasyid Remaja & Jualan Amal.

Konsert Santai Budaya MPK
Tarikh: 19 Februari 2012 (Ahad)
Tempat: Dataran Seni Klang
Aktiviti: Persembahan Kombo MPK, Kuiz, Pertandingan Suara Klasik Klang (warga Klang berumur 45 tahun ke atas).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Korporat, Majlis Perbandaran Klang di talian 03-3375 5555.

Pneumonia Membawa Maut!

Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru.

Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun.

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk bernafas , bibir menjadi biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing. Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.

Simptom
♦ Demam panas
♦ Batuk dengan atau tanpa kahak
♦ Sakit dada
♦ Tiada selera makan, tidak mahu makan
♦ Rasa tidak sihat, sering merengek
♦ Pernafasan laju atau susah bernafas
♦ Muntah atau cirit-birit

Vaksin pneumococcal merupakan pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Vaksin ini boleh didapatkan melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun anak anda.

5 Tip Mudah
1. Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2. Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak susu.
3. Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4. Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan batuk tidak pulih selepas tiga hari.
5. Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.

Sumber: PA MA


p/s: Afeef start ambil vaksin pneumococcal ni sejak umurnye 4 bulan. Vaksin diberi oleh Datuk Dr. Zulkifli, pakar kanak-kanak hospital KPJ Selangor. Dah 2 kali ambil suntikan vaksin. Ada lagi 2 kali. Actually if baby berusia sebelum sethn, kne ambil 4 kali suntikan. Harganya agak mahal. Sekali injection harga dlm RM 220. So, kali 4 = RM880. Takpe, untuk Afeef ape saje mummy & daddy sanggup buat! Vaksin rotavirus (cirit birit) pun Afeef dah ambil. Yg ni 2 kali; mkn bukan injection. Harga sekali ambil RM180. So, if ambil 2 kali = RM 360. Vaksin ni sume optional. Bole ambil di klinik & hospital swasta shj. Apepun, consult dulu dengan doktor anak anda.

Sekadar perkongsian bersama untuk semua kaum ibu yang FABULOUS!

01 February 2012

New Kitchen Cabinet

Aahaaa...

My new kitchen cabinet from CLS.. Yeay, my kitchen my comfort place.. Ye, aku mmg suke masak.. Aku bahagia bile ada dlm dapur! Hehehe.. Dan aku suke bile tgk org makan ape aku masak.. Heee..

Xkesahla sedap ke tak kan.. Janji niat mau ikhlas, jamu orang makan.. So, hopefully lepas ade kitchen sendiri ni, aku lebih rajin masak & cuba resepi baru..

Actually aku ngan En. Hubby pilih CLS kerana servicenye yg umph! Huhuh.. Macam iklan teh plak.. Harga bole tahan la.. Kaler aku pilih, design En. Hubby pilih.. Hasilnye, mmg cun! Hehe..

Okl, jom tgk kitchen cabinet baru i.. Heeee..


Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts