16 October 2012

Berjaya?

Update terkini..

30 Sept 2012 - 82kg
15 Okt 2012 - 80kg

Alhamdulillah... :)

Rutin harian utk ganti exercise adalah main kejar2 ngan Afeef! Sgt seronok ok! Sambil tu buat gak sit up lebih kurang 200 kali sehari.. (kalau sempat) Hahaha..

Jangan lupa minum banyak air suam. Tinggalkan terus air sejuk/ais. Praktikkan naik tangga, bukan lift ok..

Ingat nak letak gambar perubahan saiz badan.. Tp , still tak sempat nak snap2 gambar.. Nanti la if dah 60kg.. Hehe..

03 October 2012

Aku Nak Kurus!

Alhamdulillah, start 24 Ogos aritu aku dh azam nak kuruskan badan. Dan sampai ahad lepas aku berjaya kurangkan berat badan dalam 8kg. Satu usaha yang aku kira cukup berjaya.

So, aku ingatkan pada diri aku jgn lagi toleh ke belakang. Sbb di masa ada usaha di situ ade jalan.

Berat badan aku sebelum kahwin Okt 2010 = 62kg. Semasa mengandung berat badan naik mendadak hingga 96kg. Selepas bersalin, aku turun 85kg. Berat 85kg tu maintan sampai hari raya 2012. Lepas raye aku naik 3 kilo. Total 88kg.

Aku fed up. Perut buncit. Pipi tembam. Jeans dari saiz 29 naik saiz 36. Baju kurung dari saiz M naik ke XL. Yang paling aku regret, nak dukung Afeef pun mengah. Lagi la kalau dia ajak main kejar-kejar. Kesian dia sbb kadang2 bukan aku taknak layan. Tp sebab tak larat nak lari. Semput!

Aku nekad. Start 24 Ogos aritu aku start diet dengan mengurangkan jumlah karbo dalam kuantiti makanan. Diet ni juga dikenali sebagai Diet Atkins.

Diet Atkins ni adalah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan kita akan mula menyusut.

Selain tu, aku minum susu SUNLAC. Kalau orang lain lebih minat dengan SD2 atau herbalife, aku plak mampu beli SUNLAC je. Aku beli kat Mydin je. Harga 700 gram hanya RM17.90 kalau nak dibandingkan dengan SD2 atau pun Herbalife. Kandungan nutrien juga lebih kurang sama. Apepun, terpulangla kepada tuan punya badan.


So far, alhamdulillah mmg berkesan. Tp diingatkan, penurunan berat badan bukan bergantung kepada susu tu semata. Ia adalah makanan tambahan (supplement) yang membantu agar perut tidak terlalu kosong sekiranya kita mengurangkan pengambilan makanan harian.

En. Hubby turut bagi semangat. Dia skarang rajin belikan Jus Powerberries brand Peel Fresh. Antara berries dalam tu adalah acai berry yang dikatakan mempunyai keupayaan utk membakar lemak dengan cepat. No sugar added plak tu. Sesuai bagi sesape penggemar jus buah-buahan seperti aku. Hehe.


Okla, setakat ni je nak berkongsi ngan korang. Nanti aku share menu makan seharian. Take care korang.

** Aku nak kurus & sihat utk family aku, terutama little Afeef. So, aku bole main kejar2 ngan dia tanpa rase semput mcm sekarang! :)

11 September 2012

Pasta Goreng

Ok, harini nak kongsi resepi pasta goreng.. Ni resepi sendiri.. Kebetulan ade jamuan raya ofis plak Khamis ni.. So, bawak ni je la.. Resepi ni lebih kurang utk 15 org makan..

Bahan-bahan:
2 paket San Remo spirals pasta
1 paket sosej ayam blackpaper - potong bulat (ikut suka la kalau nak tukar ayam/udang/fish ball/sotong etc)
2 biji cili begala (merah & hijau) - potong kiub kecil
1 tin sliced mushroom
3 helai bay leaves
1/2 sudu teh mix herbs (ni bli kat tesco je dlm botol kecil)
1 senduk cili boh (kalau nak lebih pedas, lebihkan cili boh ikut citarasa)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 kiub stok ayam
2 sudu makan cili sos
Garam secukup rasa

Cara memasak:
Rebus pasta dalam air dan toskan. Jangan terlalu masak nanti pasta akan jadi terlalu lembik bila digoreng.

Kisar bawang besar, bawang putih, cili boh & kiub ayam tadi. Kemudian tumis semua bahan kisar tadi. Bila naik bau, masukkan sosej, cili begala dan mushroom. Kacau hingga sebati. Bila sosej masak, masukkan pasta yang telah ditoskan. Masukkan sekali bay leaves, mix herbs, cili sos dan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati.

Siap dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba!~

22 August 2012

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri utk semua.

Mohon maaf zahir dan batin daripada kami sekeluarga, sekiranya ada salah & silap sepanjang perkenalan kita. Semoga syawal ini memberi kebahagiaan, mengeratkan lagi silaturrahim dan mendapat keberkatanNYA. insya Allah. [^_^]

Thn ni Afeef raya ngan mummy je berdua kat umah atuk nenek.. Daddy tak dpt cuti raya thn ni.. Tapi takpe, raya tetap best sbb thn ni sume org ada kat umah nenek..

Thn depan daddy janji nak cuti pjg time raya.. Apepun, Afeef looks very handsome in pink baju melayu.. Mummy and daddy love u very much!!

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

17 August 2012

Iftar @ Mr. Steak House, Laman Sari

The best iftar this ramadan.. Akhirnya tercapai gak hasrat nak berbuka puasa reramai.. Geng JTM is the best.. Terima kasih kpd Mr. Organizer, En. Sazali.. Insya Allah, pjg umur kite buat lagi bulan puasa thn depan..

Ni kali kedua sebenarnya aku mkn kat Mr. Steak House ni.. First time pegi ngan family, tp kali ni ngan warga JTM plak..

Ape yang best sgt sbb ni first time kteorg gathering reramai.. Walaupun xsemua yg dpt join, kire okla utk kali pertama kteorg berbuka puasa bersama.. Bawa anak-anak.. Afeef pun seronok dapat jumpe kawan-kawan.. Hehe.. Mummy & daddy seronok dapat makan.. Hahaha..

Ok, Mr. Steak House ni terletak di Laman Sari, Sek. 13, Shah Alam. Sederet dengan bangunan PTPL lama.. Tempatnya agak cozy.. Selesa la utk family.. Afeef teruja giler dapat lari-lari dengan suka hati.. Maklumla, baru 'dapat kaki'..

Food yg diorg serve mostly western.. Smalam, aku ngan hubby order:
Mix Steak (Beef + Chicken in blackpaper sauce with baked potato, coleslaw, baked beans, bread dan fresh tomato) = RM 16.90

Steak Combo (Beef + Lamb + Prawn in blackpaper sauce with baked potato, coleslaw, baked beans, bread dan fresh tomato) = RM 17.90

Drinks, kiteorg order:
Honeydew juice = RM 5.00
Apple juice = RM 5.00



15 August 2012

Shopping @ Sogo

Minggu ke-2 ramadan aku sempat pegi Sogo. Taula Sogo, musim raya ke tak tetap ramai orang.. Dalam pkul 10.30 pagi Sabtu kteorg sampat depan Sogo tu, dah takde parking!! Huhu.. So, kteorg knela parking kat CIMB.. Bkn lame pun nak ke Sogo tu.. Mmg plan nak beli periuk utk masak raya ni & pinggan mangkuk.. Maklumla, rumah baru byk yg perlu disediakan.

Sampai2 je Sogo kteorg terus ke tingkat 5 kot.. Untuk kitchen ware & dinnerware.. Mmg SOgo tgh buat sale.. Ade sampai 70% sale utk sume brg² tu.. En. Hubby tgkkan Afeef dlm stroller, aku plak dh startkan pencarian.. Huhu.. Pilih punye pilih, last2 aku berkenan giler ngan kitchen ware brand ENDO nih.. Harga tak mahal la kan mcm MAXIM, Greenpan.. Yang kteorg beli ada 7 pcs dlm 1 set (RM 209.00)..

Set dinnerware plak kiteorg beli brand BORMIOLI ROCCO.. Nak beli corelle mahal la plak.. Tak mampu lagi.. So, kiterg amik yg murah sket je la.. 1 set ada 19 pcs (RM249.00)..

Gambar kt bwh ni bkn exactly brg yang aku beli.. Just hiasan.. Hehe.. Okla, tu je nak cite.. Hehe.. Excited lebih!



14 August 2012

Austin Chase, Plaza Masalam

Alhamdulillah, tinggal 5 hari je lagi nak sambut raya.. Insya Allah, thn ni beraya di rumah baru.. Hehe..

Smalam, kali pertama dlm bulan ramadan ni berbuka puasa di luar bersama en. hubby & little afeef.. Kteorg makan kat Austin Chase, Plaza Masalam, Shah Alam..

First time makan situ.. Menu sume western.. Kire okla.. Harga sorang dlm RM48++ (buffet)..

Menu:
Lasagna
Spaghetti carbonara
Spaghetti tuna
Butter rice
Lamb chop
Chicken chop
Potato salad
Fruit & vege salad
Fried chicken
French fries
Onion ring
Fish and chips
Grilled chicken & fish
Chicken porridge
Croissant
Cakes
Orange juice & root beer
Hot drinks

Bole la try kalau nak.. For me, makanan dia bole tahan. Aku bagi 3 stars out of 5! Hehe..

13 August 2012

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri. Salam Sayang utk Semua!~

Alhamdulillah, ni raya ke-2 bersama hubby & little boy afeef.. sgt teruja sbb afeef dah boleh jalan.. mummy loves u very much!!~

Plan ngan hubby raye thn ni nak masak nasik mandi, ayam panggang & dalca. Hopefully semuanya akan berjalan lancar & afeef akan duduk dendiam bila mummy dah start masak..

Actually tak cuti pjg pun raye thn ni, sbb en. husben sendiri tak apply cuti. Bagi can org lain katenye. Maklumla, kteorg xde kg. Huhu.. Mulia sungguh hati hubbyku ini..

Jom, nak share resepi nasi mandy dari Chef Sabri.

Bahan-bahan:
4 cawan Beras Basmahthi Panjang- di basuh berasingan
4 cawan Air/ air rebusan daging
1/2 Cawan Minyak Sapi ( Ghee) atau Minyak Jagung
1 sdm Serbuk jintan Manis
1 sdm Serbuk Jintan Putih
1 sdm Serbuk Ketumbar
1/2 sdk serbuk kunyit
1 inci kulit kayu manis
4 biji Buah pelaga
3 ktm Bunga Lawang
3 ktm Bunga cengkih
2 sdm Gula
1 sdm Garam
1 sdm Serbuk perasa Ayam

Cara:
1. Masukan semua bahan-bahan kecuali air kedalam periuk nasi, kemudian kacau hingga rata.
2. Tuang Air kedalam periuk. kemudian tanak nasi seperti biasa.

TIP: UNTUK MENAMBAHKAN AROMA PADA NASI BOLEH MASUKAN IKATAN DAUN PANDAN, HIRISAN HALIA, HIRISAN BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH.

NASI MANDY INI BOLEH DI HIDANG DENGAN AYAM PANGGANG ATAU KAMBING PANGGANG BEREMPAH DAN TOMATO SALSA.

26 July 2012

Tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor

Tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor Sesi Kedua Tahun 2012 akan dibuka mulai 1 Ogos 2012 (Rabu).
Permohonan Online | Maklumat Lanjut

Bumble Bee Breastmilk Bottle

Smalam aku join satu auction kat Lelong.my. Aku try bid Bumble Bee PP Breastmilk Bottle (10 bottles). Aku nak bli utk adik-adik aku yang bakal dapat baby Okt & Dis ni..

Dari time Afeef aritu, aku dah survey harganya mmg dlm RM38.90. Mana-mana kedai baby kalau buat sale pun akan kurangkan harga sampai RM32.00 je. Kalau beli online bole dapat harga RM30.00 kalau ade promotion (not including delivery charge).

So, smalam masa tgh bid harga aku dah target, if harga naik sampai RM25 aku takkan beli.. Akhirnya aku dapat bid harga bottle tu RM21.00! Sila jeles ye.. Hehe.. Okla, tu je nak share pagi ni.. Slamat berpuasa semua!!


23 July 2012

The Dark Knight Rises

Speecless.

The Dark Knight Rises was superbly epic! Must watch movie of 2012! Lalala~

Bubur Ayam Afeef

Lately ni Afeef suka sgt makan bubur ayam yang aku masak.. Hehe.. Maklumla, sejak pindah rumah ni, knela masak sendiri. Dulu duduk ngan ibu, ibu yang slalu masak bubur Afeef.. Hehe.. Nak kongsi sket resepi bubur ayam yang Afeef suka ngan ibu-ibu kat luar sane..

Bahan-bahan:
Beras - setengah cawan
Air - 3 suku periuk beras
Fillet ayam - dipotong kecil
Halia - setengah inci
Bawang goreng - 1 sudu kecik
Kiub perisa ayam - suku je
Lobak merah - diracik halus
Daun bawang - diracik halus

Cara memasak:
Masukkan semua dalam periuk. Masak sehingga menjadi bubur.
Dah siapppppppp~

25 June 2012

Birthday Sticker

Haritu adela usha 1 blog ni utk design/print sticker & goodies bag for birthday Afeef 29 Jun ni. Tapi bile call kakak tu, dia minta maaf sbb dia tak dapat buat. Dia takde kat lembah klang this weekend. Hampaaa!!

Last2 aku nekad! Ye, nekad design sendiri sticker tu.. Paper bag pun aku beli sendiri! Goodies pun aku buat sendiri! Huhu.. Puas hati! Walaupun bajet kecil aku still puas hati sbb aku usaha buat sendiri untuk Afeef, buah hati aku..

Dalam goodies bag tu aku cadang nak letak:
- lollipop (of course!)
- coklat
- gula-gula
- muffin

Ok, ni aku kongsi dulu sticker yg aku design utk my lil' Afeef Irham. Simple je. Janji aku suka!! Huhu.. Esok2 aku tunjuk plak goodies bag yg aku buat!


19 June 2012

Oren Sport Royal Klang Town Run 2012

Oren Sport Royal Klang Town Run 2012
Tarikh: 16 September 2012 (Ahad)
Masa: 6.45 pagi
Tempat: Stadium Sultan Suleiman, Klang
Laman Web: http://www.themarathonshop.com.my/events/oren-run-2012/

Pengambilan t.shirt & nombor larian
Tarikh: 8 & 9 September 2012 (Sabtu & Ahad)
Masa: 10.00 pagi - 3.00 petang
Tempat: Dewan Hamzah, Klang

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Korporat, Majlis Perbandaran Klang di talian 03-3375 5555.





07 June 2012

Aktiviti Sekitar Klang

Pertandingan Brass Band Negeri Selangor 2012
Tarikh: 16 Jun 2012 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi - 3.00 petang
Tempat: Stadium Hoki, Pandamaran, Klang

Konsert Mesra MPK
Tarikh : 23 Jun 2012 (Sabtu)
Masa : 4.00 petang - 7.00 malam
Tempat : Dataran Seni, Klang
Aktiviti : Persembahan Kombo MPK dan Acara Hiburan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Korporat, Majlis Perbandaran Klang di talian 03-3375 5555.

Tauhu Sumbat Ayam & Telur

Ya Allah, teramatla sebuk skarang sampai tak sempat curi masa nak berblogging.. Hehe.. Okla, harini nak kongsi satu resepi.. Baru blaja dari ibu..

Tauhu Sumbat Ayam & Telur

Bahan²
5 keping tauhu kering dipotong dua (bentuk 3 segi & dibelah tengah)
Ayam bahagian dada dicincang kecil²
4 biji telur dipukul (untuk isi)
3 biji telur dipukul (untuk celup tauhu)
Daun bawang diracik halus
Cili padi atau cili merah diracik halus
Serbuk lada hitam & garam secukup rasa
3 ulas bwg merah & 2 ulas bwg putih ditumbuk lumat

Cara membuat isi tauhu sumbat
Panaskan minyak
Tumis bawang merah & putih hingga warna kuning
Masukkan ayam yg dicincang tadi
Apabila ayam betul2 masak, masukkan telur, daun bwg, cili padi/merah, lada hitam & garam secukup rasa.
Goreng bahan2 tersebut hingga naik bau.
Kemudian, biarkan isi tauhu sumbat tersebut sejuk.

Ambil tauhu yang telah dibelah tengah. Sumbatkan isi yang telah disiapkan tadi. Setelah itu, celupkan tauhu yang telah disumbat isi tadi dengan telur dan kemudian digoreng dlm minyak panas. Bila tauhu berwarna keemas emasan boleh angkat dan hidang.

Selamat mencuba!



Nota: Aku guna tauhu kering yang slalu orang buat tauhu bakar tu tau utk resepi nih.. ;)

04 April 2012

Umrah

Alhamdulillah, family aku telah selesai sempurnakan umrah. Berlepas 23 Mac aritu dan insya Allah akan kembali ke Malaysia esok pukul 2.00 petang..

Rinduuu yang teramat sangat pada ibu ayah & adik beradik.. Hanya aku, En. Hubby & Afeef yang tinggal.. Insya Allah, kalau pjg umur, ada rezeki kami pula akan ke sana. Lagipun Afeef masih kecil.. Biarla dia besar sket 2,3 tahun..

Semoga perjalanan family aku diredhai olehNYA..

13 March 2012

Semoga Kau Tenang Di Sana...

Malam tadi hampir jatuh pinggan digenggamanku.. Tgh sebuk menghidang makan malam, tiba-tiba berita di TV mengejutkan aku sekeluarga..


"Pihak polis telah mengesahkan bahawa rangka manusia yang ditemui rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Khamis lalu, adalah Nurul Nadhirah Abdullah, kanak-kanak yang berusia lima tahun yang hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam sejak 12 hari yang lalu. Perkara ini disahkan setelah ujian DNA dijalankan ke atas rangka tersebut."

Sungguh kejam manusia! Semoga kita semua dilindungi olehNYa..

Salam takziah kepada keluarga adik Nurul Nadirah.. Semoga tabah menghadapi ujian Allah SWT.. Dan adik, semoga kau tenang di sana. Sudah tentu, syurga tempatmu.. Al-Fatihah...

07 March 2012

Ya Allah, Selamatkanlah Dia..

Salam Zul, izinkan akak berkongsi cerita dengan blogger lain ye..

Sememangnya air mata ini senang je mengalir bila mengenangkan cerita duka tentang anak-anak kecil. Lebih-lebih lagi aku sendiri dah bergelar ibu..

Tak sanggup rasanye menatap insan kecil ini yang bernama Muhammad Zarith Amsyar yang sangat comel.. Anak buah kepada kawan aku semasa sama-sama bekerja di RTM. Walaupun aku dan Zul tak rapat, kami saling mengenali kerana selalu ada event bersama. Dia di PRO, aku di Promo TV.

Mari kita sama-sama doakan keselamatan anak kecil ini. Aku kongsikan sedikit nukilan Zul..

28 Feb 2012, 11.51mlm
Assalamualaikum.....
Mohon jasa baik semua teman-teman untuk mendoakan keselamatan dan kesihatan anak buah saya Muhammad Zarith Amsyar, yang akan menjalani satu pembedahan untuk membetulkan masalah di bahagian sistem pernafasan dan peparu (diagramatic hernia) pada jam 8 pagi esok di HUKM. Semoga doa tuan/puan dan kita semua dimakbulkan Allah. Ya Allah, selamatkanlah anak kecil ini. Amin...


29 Feb 2012, 10.30pg
Anak buah saya, Muhammad Zarith Amsyar kini sudah berada dalam dewan bedah HUKM... Terus berdoa yer sahabat-sahabat sekalian.... Moga pembedahan berjalan lancar & anak buah saya selamat.... Terima kasih kepada kalian yg masih terus mendoakannya....

29 Feb 2012, 1.20tgh hari
Setelah 3 jam 30 minit bertarung, Muhammad Zarith Amsyar dibawa keluar dari operation theatre....comment doktor, pembedahan ok cuma masih belum stabil... Hope si kecil cepat recover....

2 Mac 2012, 3.51ptg
Keadaan terkini anak buah saya... Syukur Alhamdulillah, dia sudah mula boleh bernafas sendiri... :-) Terima kasih Allah....


6 Mac 2012, 2.30ptg
Assalamualaikum....berita terbaru mengenai anak buah saya, Muhammad Zarith Amsyar... Doktor khuatir buah pinggangnya gagal berfungsi dengan sempurna. Kepada semua sahabat diminta mendoakan keselamatan dan kesihatannya......
Sebaknya hatiku...


Ini adalah status terkini Zul di facebook.. Air mata aku turut mengalir.. :(

"Ya Allah, Kau selamatknlah anak comel ini. Hanya kepadaMU kami berdoa & kerana KAU yg lebih tahu apa yg terbaik utknya.. Amin..."

Sama-samalah kita panjatkan doa utk anak kecil ini ye.. :(

29 February 2012

29 Feb?

29 Feb 2012..

Tarikh ni, 4 thn skali baru muncul.. Ape yg special ttg hari ni.. Hmm...

Afeef dah 8 bulan!! Sangat bersyukur kerana dikurniakan Afeef dalam hidup kami suami isteri.. Terima kasih Allah..

Dalam pada happy, dikhabarkan 2 anak staf aku kne tahan di wad kanak-kanak Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.. Jangkitan virus Rota.. Alhamdulillah, berkesempatan melawat salah sorang anak staf.. Keadaannya dah mula beransur baik.. Aku doakan yang terbaik untuk mereka & moga cepat sembuh..

Tersentuh hati tgk kanak2 kat wad hospital tu tadi.. Lagi2la skarang aku dah ade Afeef.. So, pada mak ayah yg tgh mengharungi dugaan anak sakit, tabahla ye.. Yang penting kita usaha, doa dan tawakal.. Insya Allah, mereka akan pulih macam sediakala..

21 February 2012

Berdiri!

Ahad lepas, Afeef dah berdiri dalam playpen dia.. Dia skip semua. Skip merangkak, skip duduk.. Anak mummy advanced eh? Hehe..

Tomel tomel tomel.. Gelak2 dlm playpen mlm tadi.. Heeee... :D

Dak Amat

Hmm.. Tak tau pun aku Remy Ishak ade blog.. Dari penulisannya, aku kira orangnya ada jiwa.. Ada sesuatu, yang buat aku nak baca & terus baca catatan blog dia.. Btw, ape maksud Dak Amat eh?

Serius, aku tak ikut sangat drama or filem dia.. Bknnya ape, kalau tgk tv aku lebih suke program bertemakan MAKANAN.. Ye, aku suke makan & aku suke masak! Hehehe..

Tp aku pasti kau, Remy komited dgn kerja.. Aku respect! Apepun, i wish u all the best..

Aku pernah kerja di bidang broadcasting. Aku tau ape itu kerja keras, ape itu penat, ape itu gila kerja. Aku dah rasa. INDAH!

Iklan: Last local movie aku tgk, Hikayat Merong Mahawangsa (Mac 2011). Lepas tu aku bersalin, dalam pantang, jaga Afeef, masuk kerja & jagaaaa Afeef... Heeee... I love my life.. Lalala~

17 February 2012

Aktiviti Sekitar Klang

Ekspresi Budaya Sempena Maulidur Rasul 1433H
Tarikh: 18 Februari 2012 (Sabtu)
Tempat: Dewan Kg. Raja Uda, Pelabuhan Klang
Aktiviti: Pertandingan Azan & Iqamat, Menulis Jawi, Forum Perdana, Nasyid Remaja & Jualan Amal.

Konsert Santai Budaya MPK
Tarikh: 19 Februari 2012 (Ahad)
Tempat: Dataran Seni Klang
Aktiviti: Persembahan Kombo MPK, Kuiz, Pertandingan Suara Klasik Klang (warga Klang berumur 45 tahun ke atas).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Korporat, Majlis Perbandaran Klang di talian 03-3375 5555.

Pneumonia Membawa Maut!

Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru.

Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun.

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk bernafas , bibir menjadi biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing. Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.

Simptom
♦ Demam panas
♦ Batuk dengan atau tanpa kahak
♦ Sakit dada
♦ Tiada selera makan, tidak mahu makan
♦ Rasa tidak sihat, sering merengek
♦ Pernafasan laju atau susah bernafas
♦ Muntah atau cirit-birit

Vaksin pneumococcal merupakan pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Vaksin ini boleh didapatkan melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun anak anda.

5 Tip Mudah
1. Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2. Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak susu.
3. Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4. Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan batuk tidak pulih selepas tiga hari.
5. Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.

Sumber: PA MA


p/s: Afeef start ambil vaksin pneumococcal ni sejak umurnye 4 bulan. Vaksin diberi oleh Datuk Dr. Zulkifli, pakar kanak-kanak hospital KPJ Selangor. Dah 2 kali ambil suntikan vaksin. Ada lagi 2 kali. Actually if baby berusia sebelum sethn, kne ambil 4 kali suntikan. Harganya agak mahal. Sekali injection harga dlm RM 220. So, kali 4 = RM880. Takpe, untuk Afeef ape saje mummy & daddy sanggup buat! Vaksin rotavirus (cirit birit) pun Afeef dah ambil. Yg ni 2 kali; mkn bukan injection. Harga sekali ambil RM180. So, if ambil 2 kali = RM 360. Vaksin ni sume optional. Bole ambil di klinik & hospital swasta shj. Apepun, consult dulu dengan doktor anak anda.

Sekadar perkongsian bersama untuk semua kaum ibu yang FABULOUS!

01 February 2012

New Kitchen Cabinet

Aahaaa...

My new kitchen cabinet from CLS.. Yeay, my kitchen my comfort place.. Ye, aku mmg suke masak.. Aku bahagia bile ada dlm dapur! Hehehe.. Dan aku suke bile tgk org makan ape aku masak.. Heee..

Xkesahla sedap ke tak kan.. Janji niat mau ikhlas, jamu orang makan.. So, hopefully lepas ade kitchen sendiri ni, aku lebih rajin masak & cuba resepi baru..

Actually aku ngan En. Hubby pilih CLS kerana servicenye yg umph! Huhuh.. Macam iklan teh plak.. Harga bole tahan la.. Kaler aku pilih, design En. Hubby pilih.. Hasilnye, mmg cun! Hehe..

Okl, jom tgk kitchen cabinet baru i.. Heeee..


31 January 2012

Kenduri Aqiqah Afeef Irham

Alhamdulillah, last year sempat buat kenduri aqiqah anakanda kesayangan mummy & daddy.. Terima kasih kepada semua saudara mara yang berpenat lelah menjayakan majlis ini.. I love u all.. Time buat kenduri ni Afeef baru masuk 4 bulan.. Skang ni anak mummy dah 7 months.. Syukur, alhamdulillah..

Semoga Afeef Irham menjadi anak yang soleh dan baik perilaku. Dan semoga keluarga kami dimurahkan rezeki, dipermudahkan perjalanan hidup, diberi kesihatan dan sentiasa diberkati & diredhai Allah SWT. Insya Allah.. Amin..

Okla, nak share gambar Afeef yg tomel-tomel.. Heeee.... [^_^]




27 January 2012

Aktiviti Sekitar Klang

Konsert Santai Budaya MPK
Tarikh: 29 Januari 2012 (Ahad)
Tempat: Dataran Seni Klang
Aktiviti: Persembahan Kombo MPK, Kuiz, Pertandingan Suara Klasik Klang (warga Klang berumur 45 tahun ke atas)

Program Mesra Tahun Baru Cina bersama MPK
Tarikh: 3 Februari 2012 (Jumaat)
Tempat: Dewan Hamzah, MPK
Aktiviti: Jamuan makan dan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik mengikut Zon Ahli Majlis.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Korporat, Majlis Perbandaran Klang di talian 03-3375 5555.

Len Chi Kang

Suatu pagi yang tenang..
Dua mak orang tengah berborak... Aku tgh sidai kain..

Ibu: Yah, akak buat len chi kang.. Mehla rase..

Cik Yah: Sedap ye Kak Edah..

Ibu: Ala Yah, senang je.. Rebus sume.. Lps tu tambah gula..

Cik Yah: Menyuap len chi kang ke mulut sambil mengangguk faham..

Ibu: Tambahla lagi Yah.. Byk akak buat..

Cik Yah: Kak Edah, ni klau Yah buat lagi sedap.. Taruk AYAM!

Aku: Hahahahaha.. (aku gelak sakan dari kejauhan)

Ibu: Diam

Cik Yah: nanti esok Yah anta sket kat Kak Edah.. (dgn muka selamba)

*p/s: len chi kang - ialah satu desert bukannye sup ye nak taruk AYAM bagai!



Photo: credit to Hajar Asuar

New Year 2012

Hahaha.. Gelak dulu.. Orang lain wish Happy New Year awal tahun.. Aku plak baru nak wish.. Hehe.. Xkesahla kan..

Semoga tahun baru ni menjanjikan 1001 kemanisan utk kita semua.. Dan semoga kita semua sentiasa diberkati & diredhaiNYA.. Insya Allah..

Happy Birthday to my dad.. 18 Januari 2012.. Kiteorg celebrate kat Kenny Rogers Bkt Tinggi, Klang.. Kiteorg adek bradek ramai2 share beli hp Samsung Galaxy utk ayah!! Luv u ayah.. Semoga ayah dirahmati di dunia & di akhirat.. :*

Bulan Januari ni byk sgt bende nak setel.. Yg paling kritikal, hal rumah.. Ye, aku & En. Hubby tgh berusaha utk menyiapkan rumah kteorg.. Insya Allah, awal bln 4 kiteorg pindah.. Home sweet home!

Wishlist yg dah disempurnakan:
Kitchen cabinet - CLS
Hood & hob - Rubine
Oven - Zanussi
Microwave - Panasonic
Washing machine - Panasonic
TV & Home Theater - 3D LG & Sony
Sink & tap - Felice
Freezer - Mitsubishi


Wishlist yang dlm proses pembelian:
Aircond
Vacum
Water heater
Living/dining room furniture

Okla, esok plak aku update.. Byk kje tgh pending nih.. Hehe.. Daa~
Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts