24 June 2011

Counting days...

Berdebar.. Itu yg aku rase sekarang.. Tp alhamdulillah, aku masih tenang.. Masih boleh menjalani kehidupan harian seperti biasa.. Pegi, balik kje.. Masak utk family..

**Aku mmg suke masak.. Masak bleh hilangkn stress!! Huhu..

Insya Allah, due date bersalin 29 Jun ni.. Hopefully semuanya dipermudahkan oleh Allah.. Amin.. Sebelum bersalin, ada 2 bende lagi yg aku nk buat.. Nk blanje family mkn dinner & blanje 2 BFF aku Farah, Wanbah makan.. Hehe.. Tmpt? Suprise!!

Esok, last checkup kat KPJ Selangor.. Insya Allah, aku start cuti bersalin 28 Jun.. Nak cuti awal2 takut bosan duk umah.. Sbb semua org pun kje.. Tinggal aku ngan ayah je..

Beg sume dah packing, tinggal masuk kereta je.. Siap kne perli lg ngan ibu..
"Long, beg tu mcm nk duduk sebln je kat hospital!"

Hahaha.. Biar prepare lebih.. Xdela menyusahkan org nanti 2,3 kali kne ulang alik hantar brg2 aku.. Okla.. Mlm kang aku upload brg2 yg aku akan bwk g hospital.. Huhu.. Daa~

23 June 2011

Lupa!

Manusia ni kan mudah lupa..
Lagi2 bile dah senang..

Mase susah dulu dia lupa..
Spe jd tmpt dia mengadu..
Spe tlg ringankan beban dia..
Semua dia lupa..

Skarang bile dah senang sket..
Dia jaja cerita ttg org yg tolong dia dulu..
Dia jadikan FB tmpt dia mengumpat org yg tlg ringankan beban dia dulu..

Cubala intai2 diri sendiri..
"Aku ni baik sgt ke?"
"Slame ni org tu tolong aku, ape pulak aku buat utk dia?"
"Pernah tak aku hargai pertolongan dia slame ni?"
"Aku pnah sedar tak, yg aku slalu ambil kesempatan atas kebaikan dia?"


Moral of da story: Sila la insaf & same2 la kita muhasabah diri..!~

22 June 2011

Nursing bra

Last month, aku jalan2 ngan hubby pegi The Store, Alam Sentral.. Cari nursing bra.. Time tu tgh sale, so aku beli 2 helai.. Jenis clip on, underwire.. Brand Audrey.. Harga dlm RM40 sehelai after diskaun.. Aku dh try, sgt selesa & mantap!~ Hehe..

Ingat sbelum bersalin ni nak kne carik lg dlm 3, 4 helai.. Ade org suggest beli thru online kat Fabulousmom.. So, time rehat/lunch hour camnila aku curi2 mase survey website Fabulousmom tuh..

Ade la beberapa helai yg aku berkenan sgt.. Lagipun, mmg tgh sale.. Harge dr RM35.90 jadi RM17.95 je.. 50% diskaun.. I like!!~ So, ape lagi aku dgn jayanye telah order 2 helai underwire bra & 2 helai sleep bra utk breastfeeding nanti.. Total including pos laju = RM95.55.. Amat berbaloi bg aku sbb takyah penat2 dah nak g kedai.. Lagi2 tgh tunggu hari nak bersalin je nih.. Alasan.. Ckp je la malas.. Hehe..

Underwire Bra



Sleep Bra

Okla, dh nak abes time rehat.. Arini, aku mkn karipap & roti je.. Dah xlalu nak mkn nasi.. Esok2 aku sambung blogging lagi.. Daa~

Pampers je!

Kelmarin..
6.30ptg..

**Aku mendengar dari kejauhan..

Ibu: Dek, nak beli ape present utk baby along?
Adek: Kne beli ke?
Ibu: Ibu dah bagi Medela breastpump! (Tq ibu, i luv u!! huhu)
Adek: Hmm.. Org ngan Aizat dah survey dh ape nak beli..
Ibu: Beli la stroller..
Adek: Xpayah! Pampers je! Kecik2 mane pandai duduk stroller!


Aku.. Terkedu... Pampers je? Hampeh!~

20 June 2011

Shopping!~

Smalam sempat pegi LittleWhiz kat Setia Alam, Meru ngan En. Hubby & mum in law.. Kami berjaya menghabiskan duit beli barang2 utk baby yg bakal lahir.. Actually, aku survey kat internet pasal LittleWhiz ni.. Harga barang2 dia agak murah.. Lagi skang ni tgh ade sale sampai bulan Sept 2011.. Tu pun, selagi stok barang2 masih ade..

If register as a member, kte boleh dpt point.. RM1 = 1 point.. Menarikkn? Point tu pulak tak expired sampai bile2 & boleh ditukar kepada barang2 lain..

Ape yg aku beli?

Medela : Swing Breastpump with 2-Phase & Citystyle Breastpump Bag + 2 Pcs Medela Bottles + BabyLegs Warmer
Normal Price: RM1,133.90
Sale Price: RM888.00
SAVE RM245.90

** Hadiah drpd ibu.. Tq ibu, i luv u!!~



Yg aku booking?

Seni Daya: Baby Cot Promotion Package
Normal Price: RM997.80
Sale Price: RM699.00
SAVE RM298.80

Size : H 915mm x L 1200mm x W 610mm ( 36" x 48" x 24" )

This Baby Cot includes:
Bumble Bee 4pcs crib set which includes 1pc Fitted Crib Sheet, 1pc comforter & 2pcs cot bumper
Bumble Bee 1pc Pillow & 2pcs Bolster Set
Bumble Bee Latex Baby Mattress - 3 inches



Dari Setia Alam, kteorg ke Taman Sejati, Klang plak.. Pegi Manjaku.. Shopping lagi!! If jd member, ade additional 5% discount.. Tapi rata-rata brg2 nye dh memang ade 10%-20% diskaun.. Mmg berbaloi la.. Apepun, bagi ibu2 jgn terlebih bajet plak.. Beli ikut kesesuaian bajet/kewangan anda..

Ape yg aku beli?

SHEARS Playpen - Safari
Normal Price: RM399.00
Sale Price: RM299.25
SAVE RM99.75

Includes:
Bassinette
Changing Tray
Side Pocket
Wheels on one side
Insect net
Crawl Hole on one side



Mattress, Pillow & Bolster
Normal Price: RM119.90
Sale Price: RM87.84
SAVE RM32.06



Lain-lain barang yg aku survey & plan nak beli?

Halford: Fliplite Stroller (new born up to 4 years)
Normal Price: RM399.00
Sale Price: RM319.20
SAVE RM79.80



Aldo: Ego Convertible Car Seat (new born up to 4 years)
Normal Price: RM299.00
Sale Price: RM239.20
SAVE RM59.80



Little Bean: Sterilizer Combo Pack
Normal Price: RM199.90
Sale Price: RM159.90
SAVE RM40.00

Suitable for any size of feeding baby bottles



Ok, itu saje utk dikongsi pd semua.. Pesanan penaja: Berbelanjalah dgn bijak!~ ;)

14 June 2011

HRMIS.. relevankah??

Sebagai seorang penjawat awam, terpanggil aku nak berbicara sket pasal sistem HRMIS yg perlu dilengkapkan oleh semua penjawat awam di Malaysia..

Apekah sebenarnye signifikan melahirkan sistem HRMIS ni? Seperti yang aku tau, sistem ni bertujuan untuk menyimpan & memantau data setiap penjawat awam.. Termasuklah data peribadi, cuti, prestasi kerja dan sebagainya..

Tetapi setiap kali login ke sistem HRMIS ni, ada saje yg tak kena.. Byk rungutan yg aku dgr dari rakan2 sekerja.. Sistem lembab, tak bole akses, error memanjang..

Dan yg paling best, bile klik 'HANTAR' untuk simpan data, sistem ni tak boleh pun menyimpan data.. Nak inform 'DONE' or 'ERROR' pun tak.. Tak user friendly langsung.. Pihak2 yg tertentu harus buat kajian balik.. Aku yakin, ramai pakar2 teknologi maklumat yg hebat dlm menyelesaikan masalah ni.. Jgn pandai cakap je.. Sesekali, buka minda dan telinga dgr rungutan orang2 bawahan..

Aku ni dah 6 kali update data, masih jugak tak boleh 'HANTAR'.. Jenuh nak menaip balik sume data yg aku masukkan sebelum ni.. Sudahnye, aku FED UP!! Ni ke yg dikatakan efisyen?

Dahla, aku mengarut pjg2 bukan dapat ape pun.. Gaji aku byk tu gak!~

13 June 2011

Zikir dan Doa Semasa Bersalin

Amalan berzikir dan banyak berdoa digalakkan bagi ibu-ibu yang hendak melahirkan kerana ini dapat mententeramkan fikiran dan dapat memupuk kesabaran ketika dalam kesakitan melahirkan anak nanti.

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:


"Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hambaMu”.


“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim".


“Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”.

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:


"Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”.

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi dan kemudian pula :


“Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat. Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:


"Maha Suci Allah".


"Aku Pohon ampun kepada Allah".


credit to: http://www.perjalanansuci.com

Wiladah & Nifas

Ok, hari ini aku nak kongsi sket topik bersalin.. Info ni aku dpt kat halaqah.net.. Ttg mandi wiladah & nifas.. Sharing is caring kan.. [^_^]

Mandi kerana wiladah dan nifas adalah dua perkara yang berbeza:

1) Mandi wiladah ialah mandi selepas melahirkan anak samaada keluar darah atau pun tidak.

2) Mandi nifas adalah mandi wajib setelah darah nifas kering (habis) tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksima ialah 60 hari.

Kedua-duanya adalah antara sebab-sebab yang mewajibkan seseorang itu mandi wajib iaitu mengangkat hadas besar.

Hukum bagi seseorang wanita itu tidak mandi wiladah adalah berdosa sekiranya ia mengetahui dan tidak berdosa jika sebaliknya.

Niat mandi wiladah : "Sahaja aku mandi wajib wiladah kerana Allah Taala".

10 June 2011

Terima Kasih Kawan..




Smalam last day aku kat Seksyen Promosi & Kreatif TV, RTM.. Terima kasih kawan2 yang buat farewell party utk aku.. Terharu sangat..

Sejak thn 2006 aku masuk Unit ni, banyak pengalaman manis yg aku dapat.. Smalam dpt kad cun, hadiah superb, kek sedaps!!~ Tq sume!! Takkan lupakan korang.. Will miss u all!!~

Terima kasih buat kawan2 baikku Farah & Wanbah kerana sentiasa ada di sisi ketika susah dan senang.. Sayang korang!!~

Mohon maaf atas salah & silap aku selama ni.. Insya Allah ade mase kite jumpe lagi.. Daaa~

08 June 2011

Cloth Diapers


Skang ni ramai ibu2 dah beralih pada cloth diapers.. Sebenarnye kite sume ade pilihan.. Sama ada nak guna disposable diapers (DD) atau pun cloth diapers (CD) untuk baby kite.. Ade orang beranggapan klau gune CD ni lebih menyusahkan.. Sbb kne basuh CD everyttime baby kite wee wee or poo poo..

Tapi, klau nak diikutkan CD ni lebih menjimatkan.. Lagi pun, boleh mengajar ibu2 untuk lebih rajin membasuh lebih kurang 6 helai CD sehari..

CD ni juga boleh dibasuh mengguna mesin basuh.. Tapi sbelum tu masukkan dulu dlm wet beg.. Utk menjamin CD supaya sentiasa elok utk dipakai berulang kali..

Sekurang2nya 20 helai CD dah mencukupi untuk new born baby hingga umur 3 tahun.. Dan boleh menampung hingga 13kg.. Jom tgk brape para ibu boleh jimat dgn menggunakan CD ni..

Kos menggunakan disposable diapers (DD):
RM1 sekeping x 6 = RM6 sehari
RM6 x 365 hari =RM2190 sethn
RM2190 x 3 thn = RM6570 seorang anak

Kos menggunakan cloth diapers (CD):
1 helai = RM25
12 helai : 12 x RM25 = RM300
20 helai : 20 x RM25 = RM500

**CD yang same juga bole digunakan untuk anak seterusnye..

Sebelum menggunakan CD ni, CD perlu dibasuh & dikeringkan secara berulang sebyk 3 kali.. Ni utk memastikan tiada chemical kilang yg terlekat lagi kat CD ni.. Proses penyerapan pun akan lebih baik.. 1 CD boleh digunakan 3-4 jam.. Bila basuh, elakkan menggunakan pure soap, enzymes, fabric whiteners, fabric brighteners, fabric softeners ataupun anything scented..

Ok, tu je nak nak kongsi ngan bloggers pagi ni.. Buatlah keputusan yg terbaik utk anda & bayi anda!~

Pertandingan Blog Kreatif

Jom ramai-ramai sertai Pertandingan Blog Kreatif usahasama antara Kerajaan Negeri Selangor dengan UNISEL. Tema 'Selangor Negeri Idaman'. Penyertaan bermula 7 Jun 2011 dan berakhir 31 Oktober 2011. Dibuka kepada 3 kategori:

1) Pelajar Sekolah Menengah
2) Pelajar IPT
3) Umum

Hadiah bernilai RM16,300 menanti anda. Penyertaan & maklumat lanjut layari selangoridamanku.com.

07 June 2011

Selamat Tinggal...


Khamis ni, last aku berkhidmat kt Seksyen Promosi & Kreatif, RTM.. Banyak kenangan suka & duka aku kat sane.. Selama lebih 5 thn aku kje kat sane, byk pengalaman baru & ilmu yg aku dapat..

Terima kasih kepada bos-bos, bestfriends, kawan2 seofis yg byk bg tunjuk ajar, kerjasama & memori indah sepjg aku kje kat sane.. Takkan aku lupakan sume org.. Mohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap sepjg aku kje kat sane.. Insya Allah, ada masa kita akan jumpe lagi.... Aku doakan yg terbaik utk kite semua..

Selamat tinggal kawanku, tak mudah aku pergi...
Bila wajahmu sentiasa di hati ini...

01 June 2011

Konsert Sensasi & Pertandingan Graffiti

Orang ramai dijemput menyaksikan rakaman program Hari Raya Aidilfitri ‘Konsert Sensasi 2’ bersama artis Ramlah Ram dan Alyah pada 8 Jun 2011 (Rabu), pukul 8.30 malam di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Dapatkan pas-pas masuk percuma di Balai Pengawal, Angkasapuri, Kuala Lumpur mulai sekarang. Maklumat lanjut, hubungi 03-22887567 / 7766.

Warganegara malaysia berumur 18 tahun ke atas dijemput menyertai Pertandingan Graffiti 1Malaysia bertemakan ”1Malaysia, 1Budaya, 1Aspirasi” anjuran Jabatan Penerangan Malaysia. Tarikh tutup penyertaan 10 Jun 2011 (Jumaat). Maklumat lanjut, layari http://graffiti.penerangan.gov.my atau hubungi 03-2173 4541.
Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts