08 April 2011

Karnival RTM di Kuching, Swak

Datanglah beramai-ramai memeriahkan Berambeh RTM 65 Tahun Sempena Pelancaran TVi pada 9 dan 10 April 2011 (Sabtu & Ahad), pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang di RTM Kuching, Sarawak.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti pertandingan mewarna, jigsaw puzzle, permainan cuba teka, kuiz, pameran dan cabutan bertuah. Jangan lepaskan peluang bertemu artis-artis drama Gerak Khas, Sirah Cinta, Pak Kaduk dan Teratak Mahligai serta menangi pelbagai hadiah menarik.

Adik-adik yang ingin menyertai pertandingan mewarna, sila bawa bersama pensil warna. Penyertaan terbuka kepada adik-adik berumur 6 hingga 12 tahun, warganegara Malaysia. Jumpa anda di sana!

0 comments:

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts