31 March 2011

Yamaha F310

Dh lame nak post entry nih.. Tapi asek xsempat je..
Last Dec, En. Hubby telah membuat suprise di hari jadi aku..
Mmg terkezut sgt2, bila dia hadiahkan Yamaha F310 Acoustic Guitar! Sayang dia sgt2.. Dia tau mmg dh lame aku nak gitar tuh.. Tq, I luv u sayang!!



Aku start main guitar since Form 4. Tak pnah pegi klas. Belajar ngan ayah & search internet je.. Main suke2 je, bukan nak jd profesional..

So, skarang ni tgh ajar En. Hubby utk main gitar same.. Tp, biasela kan klau dh isteri jadi cikgu, takdenye dia nk takut.. Lepas 2,3 music notes, dia tido!! Hahaha..

Okla, just nak share lagu yg aku suke main time layan jiwang.. Huhu..


Relaku pujuk (Spider)

Bm A D
Dikejar bayang-bayang resah
Em F# Bm
Bila hatimu masih tak berubah
Em A D G
Enggan di punya dan di penjara
A D F#
Belaian cintaku ini


Bm A D
Aku bukan lelaki yang tewas
Em F# Bm
Bisa menyembah walau ku di tolak
Em A D G
Biar di uji kanan dan kiri
A D
Kau kan tetap ku miliki


[Korus]

D A Bm
Tiada lafas yang lebih agung
A D A Bm A
Kalimah cintamu yang ku tunggu tunggu
D A Bm
Biar jasadku yang menanggung
A D A Bm F#
Permainan darimu rela ku pujuk


Bm A D
Janganlah kau salahkan aku
Em F# Bm
Terus memburu menawan cintamu
Em A D G
Daku percaya sedikit masa
A D
Kau kecundang akhirnya


Em F# Bm G
Usahlah kau bersedih di hadapanmu aku hadir
Em F# Bm
Memadam resah dan curiga dari hatimu oh...
Em F# Bm G
Apakah kali ini bisa kau tolak dan berlari
Em F# A
Setelah aku menanamkan azimatku


**credit to MalayOLGA

30 March 2011

Baby Warehouse Sales

Kepada ibu2 semua.. Jom serbu warehouse sale khas untuk baby anda..

Anakku Sale
24 Mac 2011 - 3 April 2011
Subang Avenue (sebelah Carrefour Subang)



Pureen Sale
23 & 24 April 2011
Summit Company, Jln. 19/1, Petaling Jaya



Baby & Kids Product Sale
30 March 2011 – 10 April 2011
SS Two Mall, Jln. SS 2/72, Petaling Jaya



Happy shoppinggg!!~

Uji Bakat Permata Seni Muzik

Adik-adik, rebutlah peluang menjadi pemain piano pengiring orkestra bagi program permata seni muzik dengan menyertai uji bakat yang akan diadakan pada:

Tarikh: 16 April 2011 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat: Istana budaya, Kuala lumpur

Penyertaan dibuka kepada warganegara malaysia berumur 9 hingga 14 tahun. Minima gred 7 ABRSM atau lebih tinggi, boleh membaca nota muzik dengan baik dan dikehendaki mempersembahkan 2 buah lagu klasikal.

Maklumat lanjut, hubungi 03-4026 5555 atau layari www.istanabudaya.gov.my.

28 March 2011

Kek


Adik aku nak kawen bln 5 nih & dia mintak aku sponsor kek kahwin..

Smalam,
9.23 mlm..

"Dik, kakak yg buat kek tu dlm pantangla.. Bln 6 baru dia amik order.." aku gosok mataku yg masuk habuk... pedih..

"Ala long.. cari la org lain.. Org nak yg 3 tingkat tau!" dia jerit dari dlm bilek

"3 tingkat?" makin pedih plak mata aku nih

"Ha.. ye la.. Klau xde org nk buat, ko je la buat!"

"Errkkk..."



**Last time aku buat kek, batu bata jadinye! Huhu..

Bakat TV Eps: 2

Atas permintaan ramai dan sokongan yang hebat, sekali lagi uji bakat Program Bakat TV akan diadakan pada:

Tarikh: 6 & 7 April 2011
Hari: Rabu & Khamis
Waktu: 10.00 pg - 5.00 ptg
Lokasi: Dewan Orkestra ASWARA, KL

**Berbakat dlm bidang nyanyian, tarian, standup comedy dll.. Sila bawa bersama sekeping gambar bersaiz 4R dan salinan kad pengenalan..

Maklumat lanjut, hubungi Unit Hiburan TV: 03-2288 7766 / 7567.

26 March 2011

Esei "My Idol"

Adik-adik, rebutlah peluang memenangi pelbagai hadiah menarik dengan menghantar esei bahasa inggeris bertajuk ‘my idol’. Pemenang utama berpeluang bertemu idola mereka.

Hantarkan esei kreatif adik-adik ke alamat di bawah:

Penerbit Lava Kids 8,
Unit Majalah dan Dokumentari,
Tingkat 4, Wisma TV, Angkasapuri,
50614 Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut, hubungi 03-2288 7641.

25 March 2011

BakaT TV

Jom sertai uji bakat Program Bakat TV..

Tarikh: 26 & 27 Mac 2011
Hari: Sabtu & Ahad
Waktu: 9.00 pg - 5.00 ptg
Lokasi: Dewan Cendekia, UITM Shah Alam & Dewan Orkestra ASWARA

**Berbakat dlm bidang nyanyian, tarian, standup comedy dll.. Sila bawa bersama sekeping gambar bersaiz 4R dan salinan kad pengenalan..

Maklumat lanjut, hubungi Unit Hiburan TV: 03-2288 7766 / 7567.

23 March 2011

Tido

Malam td..
9.30 mlm..

Aku tgh nyenyak tido atas katil.. Tetibe terjage..
Mengalih posisi badan sbb tak selesa..
Dia plak kat tgh meniarap atas karpet..

"B.. Awak buat ape kt bawah tu?"
"Guna laptop"
"Tp apsal kt bwh?"
"Taknak kaco awk tdo"
"Haa..?"
"Sbb nanti awk tendang laptop sy.."
"Errk.."

**Sejak bile plak aku pandai tido tendang2 nih.. Huhu..

22 March 2011

Cuti

Cuti aku tak tenang...
Slame ni aku xpnah pun byk soal klau disuruh buat itu, ini..
Aku buat je, tanpa byk soal, walaupun bukan kje aku..
Sbb aku tau, aku kuli!

Tp.. Takkan sampai cuti aku pun nak diganggu?! Fed up.. Yg penting tetap kene sabar kan?!~ Marah ni kawan syaitan..

Out!~

18 March 2011

Muzikal Komedi: Syok

Datanglah beramai-ramai menyaksikan rancangan 'Muzikal Komedi Syok' pada 19 dan 20 mac 2011 (Sabtu & Ahad), pukul 5.00 petang di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban, Negeri Sembilan. Menampilkan artis-artis popular seperti Saiful Apek, Johan, Kenchana Devi, Harun Salim Bachik, Lydia Ibtisam dan ramai lagi. Masuk percuma.

17 March 2011

Frust??

Kechiiiwaaa...... (Kononnn je nihhh!!) Hehehe..

Ape yg diharap2kan berlaku 1 & 2 April ni takkan menjadi kenyataan.. Seb baik blum sempat announce.. Klau tidak maluu wehh.. Hehehe..

Ok, bagi team yg dh bertungkus lumus utk 1 & 2 April, keep up the good work.. Walaupun sekadar fantasi je, bukan realiti... Huhu..

Dapatla aku relaks sket.. Yeeaayyyyy!!!

16 March 2011

Penat~


Minggu lepas dan minggu2 seterusnya amatla penat.. Maklumlah dah tak berapa nak remaja.. Buat kje sket, penatnye yg lebih.. Huhu..

Mesyuarat plak tu pagi petang. Yg best, makan free la time meeting.. Hehe..

Tak sempat nak update blog..

Baby is kicking really hard bile mummynye bz & penat sket sepjg minggu nih.. Sabar ye baby.. Mummy kje cari duit nak bli stroller, botol susu, pampers, baju & macam2 lag la utk baby.. Hehe.. Duk dendiam ok.. Be a good baby..

Tq to adek smalam blanje makan kat RasaMas @ Bukit Tinggi.. Murah btol rezeki minggu ni.. RM2 yg tinggal dlm purse aku ni pun tak berusik since Isnin.. Hehe..

Walaupun RM2 je tinggal, rase cam kayee je.. Hehe.. Tq Allah.. Kerana KAU mempermudahkan segalanya untuk kami..

Okla, tamo membebel byk2.. Jom sambung kje..

Ade sesuatu yg menarik 1 & 2 April ini.. Tungggguuuuuuuuuuuuuuuuu!!

11 March 2011

Berita Terperanjat??

Smalam
2.47 ptg

"Cyg, sy nak pegi keje dah. Boss panggil! Luv u cyg!" sms dr dia
"Datingla tuh! :P" aku balas (sbb bossnye pompuan.. huhu)
"Ade berita terperanjat!" dia balas balik
"Ape yg terperanjat? Ade org terjun laut ke?!" aku tanye
"Terjun tiruk masuk laut!" dia jawap

Aku pening..

Pagi td, aku tunggu dia balik pkul 3.00 pagi..
Baru aku tau ape berita yg terperanjat sgt ptg td..

3.00 pg tadi dia bagi aku satu surat bersampul tertera nama dia..
Aku bukak & baca.. Terus peluk cium dia (18 sx nih!!).. Hehe..

"U have been promoted to Assistant Manager starting from 1st March 2011"

Alhamdulillah.. Congrats syg! I'm so proud of u.. Luv u more, if i get your money more!!! Hehehe..

Naik pangkat, naik gaji la kan.. Jangan lupe wiffy plak yee.. Sayang awk!! :P

09 March 2011

Badminton~


Malam td..
9.00 mlm

"B.. Brape jam awk main badminton ptg td?"
"2 jam"
"Single ke double"
"Double"
"Sape menang?"
"Seri!!"
"Errrkkkk!"
"Seri sbb malas main 'rubber set'. Pancit!!"


**Haha.. Main badminton rules sendri. Cool! Huhu..

08 March 2011

Taggie...~

Pagi2 check blog, ada blogger yg cun@Rozila telah tag aku utk buat bende alah kt bawah nih.. Hehe.. Tq ye dik.. I'll try my best utk jwp soklan2 cute ni.. [^_^]


*** TAG PERTAMA ***

Sila beritahu nama penuh kamu. Tak kisahlah sampai nama datuk, moyang kamu

Haha.. name moyang pun nak? Jap, call ayah jap..
1 minit kemudian.....

Nama penuh, Fathihatul Diyana binti Mohd Sabdin. Kawan2 panggil Didi. Ayah, Hj. Mohd Sabdin bin Yaacob. Atuk, Yaacob bin Taham. Ayah saya keturunan Jawa, mak saya pula Bugis. Hehe.


Kamu suka warna pink tak?

Pink & I, we click!! Hehe.. I always lurrveeeeeeee pinkk!!


Siapa paling comel, Maher Zain ke kamu?

Saya suke puji diri sendiri, sbb tu saya kata sayala yg PALING COMEL. Hehe. Maher Zain, bolela, tp husband saya lagi MENAWANSS.. Huhu.. (pujian tu bagus utk dpt title isteri solehah! hahaha)


Mana lagi sedap, kek ke aiskrim?

Dedua pun sedapppss kalau ade orang belanje... Kann??
My choice definitely chocolate cakes & vanilla ice cream with nuts! Yummmyyyy!


Ain Maisarah, siapakah dia?

Blum knal. Tp org kate tak kenal maka tak cinta. Sesape je dialukan utk jeling2, selak2 blog saya.. [^_^]


Ceritakan sejarah kamu membuat blog. Ikutlah sampai berapa perenggan pun..

Hmm.. Dah macam nk tulis sejarah Tun Sri Lanang plak.. Hehe..
Tak ade ape yg menarik sgt. Cume, saya mmg suke menulis. Luahan hati & perasaan la kot. Menulis buat saya rase tenang & bebas. Kalau bole, saya nak tulis semua cerita2 yg indah ttg hidup saya. Kebahagiaan tu boleh jadi inspirasi orang lain utk terus bahagia..


Apabila hari jadi kamu, kamu nak saya (pemberi taggie ini) beri apa pada kamu?

Haha. Anything will do my dear. Ingatan tu pun dah mencukupi.. [^_^]


*** TAG KEDUA ***

Single, already taken or having a crush

I'm taken for the past 7 years..
Saya mula berCHENTA dgn suami pd thn 2004..
Bertunang pada Feb 2010 dan dinikahkan pada Okt 2010..
Sekarang menunggu our 1st baby, Insya Allah Julai 2011 ni..
Doakan kteorg ye.. [^_^]


Nama gf/bf?

My dearest hubby Azarul 'Ariff bin Hj. Asa'ari


Agak2 umur berapa nak kawin?

Haha. Saya kawen mase umur saya 28 thn.. Hehe


Tema perkahwinan?

Hmm.. Rose garden.. (White & red)
Hari yg cukup istimewa buat saya dan dia!


Beza sahabat dan kawan?

Sahabat - ketawa & menangis bersama
Kawan - selalunya tak melibatkan emosi


Siapa sahabat kamu?

Sahabat saya, suami saya!!~


Tulis sorang sahaja true friend korang?

Mereka tau siapa mereka..


Sila upload pic korang yang paling buruk?

Ni di kala bosan di opis... Huhu



Sila upload pic korang yang paling handsome/cantik

Cantekla kot sbb dh make up bagai... Lgpun, mane ade pengantin yg tak cantek kan? Hehe.. Perasannnss!!



Saya tag mereka yang bertuah

nadia, wanbah, mrs. ieda, iema, haffiz, cik bunga

**Entry ni utk suke2 sambil memenuhi permintaan Sis Rozila.. Jom, same2 memeriahkan suasana!!~

07 March 2011

Manjaku..


Smalam aku & en. hubby berjaya akhirnye menjejakkan kaki ke Manjaku Baby Centre @ Taman Sejati, Klang. Adela sempat tgk barang2 baby.. Time tu gak aku sempat list down harge brg2 yg aku survey utk dikongsi bersama bloggers lain..

Avent Breast Pump Manual (set with bottle) - RM420.00
(set with 2 bottles & bag) - RM437.00
(single) - RM289.00

Anakku Breast Pump (set with bottle) - RM69.90

Avent starter pack (4 bottles) - RM249.00

Napkin Pureen (10 pieces) - RM20.90
Napkin Anakku (10 pieces) - RM22.90

Mattress Fiffy - RM33.90

Baby seat (nap) - RM79.90

Anakku stroller - RM299.00
Anakku car seat - RM269.00

Baby tub - RM19.90
Bathing bed - RM21.90
Baby mat - RM24.90

Baby bed - RM199.00

Sape2 yg dh jadi member akan dpt tambahan lg 5% diskaun utk sume brg yg tgh sale. Brg yg xde sale/normal price akan dpt 10% diskaun. Sila la daftar kat website BabyManja.. Sambil tu bleh cuci mata tgk brg2 keperluan baby & mummy kt website tu. If dh berkenan, bli je online.. Happy shopping!!

04 March 2011

Suprisee!!

"B.. birthday ni, awak nak ape?"
"Hmm.. G-shock!"
"Againn?? Kan baru beli aritu.. Xpela, nanti sy buat suprise bli hp nak?? Hp awak dh teruk sangat.."
"Tak suprise dh la.. Awak dah ckp"
"Errrkkk..."

02 March 2011

Happy Birthday Sayang...~

Happy birthday sayang.. I lurvee u!~ :*

01 March 2011

Hello, Sape Ni?


Malam tadi..

10.42 malam - Hp ringing.. Aku angkat

- "Hello, sape ni?" suara perempuan di hujung talian

- Aku yg agak hangin time itu terus menjawap..
"Sape ni, sape ni..!!" Awak yang telefon tu nak ckp ngan sape?!!"

- Terus dia letak telefon! Hahahaha.. Puas ati aku..


Pagi ni..

7.27 pagi - Hp ringing.. Aku angkat lagi

- "Hello, sape ni?" suara perempuan di hujung talian

- Aku yg mmg dh hangin time itu terus menjawap..
"Ye ye saye.. Sapeni binti Sapetu!!"

- "Haaa???" terus dia letak telefon! Hahahaha.. Puas ati aku lagi skali!


**Dia yg call duk tanye sape ni, sape ni.. Orgla! Takkan monyet plak pandai jwp tepon! Geramm lagiiii!

Mimpi~~


Harini...

6.20 pagi - Baru selesai solat, kejutkan En. Hubby
6.23 pagi - "Yang, saya mimpi malam tadi.."
"Mimpi ape?" aku sempat jeling dia sambil pakai tudung

6.25 pagi - "Jap lg la cerita, nak solat dulu"
"Citela, mimpi ape? Sy dh nak gerak g kje nih.."

6.27 pagi - "Mimpi kite dpt baby girl. Tp, sy mimpi lepas 1 mlm main game.."
"Game ape?"
"Assassin's Creed Brotherhood!" selamba je dia jwp

**Baby girl & Assassin's Creed Brotherhood? Ape kne mengena??? Pening jap.. Mungkinkah anak kiteorg nanti giler PS3 mcm daddy nye? Huhuhu..
Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts