28 February 2011

Motherhood Expo 2011


Kepada semua ibu dan bakal2 ibu, jom ramai-ramai kita serbu Motherhood Expo 2011 yang akan berlangsung pada...

Tarikh: 18 hingga 20 Mac 2011
Tempat: Hall 1 , Level 3, Mid Valley Exhibition Centre, KL
Masa: 10.30pg - 9.00mlm
Masuk PERCUMA

Happy 29th Anniversary


Happy Anniversary to my luvly mum & dad..

We all lurrvee u soo much..
Semoga hidup kita sekeluarga diberkati & diredhai Allah SWT..
Dan, dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki.. Insya Allah.. Amin...

27 February 2011

Gerammmm!!

Ahad, 27 Feb 2011

10.44 pagi - Dapat sms "Hai leh knal?" Nombor xregister dlm hp aku pon..

12.38 tgh hari - Incoming call dari org yg hantar sms di atas. Xkuasa aku nak angkat.

2.00 ptg - Aku call hubby kt opis.. Tp lupe nak cakap ade org sms aku pelik2..

2.30 ptg - Aku update blog. Klau org ni sms/call lagi. Aku nak jerit "DAH GILO KE??!~"


** Adela lebih 7 missed call org ni buat since 12 Feb 2011.. Geram plak akuuu!! Isssyyy!!

24 February 2011

Lunch Date..


I've a date with him today.. Nervous.. It's like our first date.. Wuuhuu.. We've been friends & in love for 6 years before we get married.. But, it feels like we are in love all over again.. More & more today and everyday..

Luv my new baby G he bought me last Sunday.. A special gift as special as our baby inside me.. I luv u my dearest husband.. No one will ever replace u.. Can't wait to have a lunch date with u today.. I'll see u later.. Luv u!~

23 February 2011

Muhasabah Cinta


Jiwa tak tenang. Ada saja yg membebani jiwa & perasaanku ketika ini. Perlu ke aku nangis sepuas-puasnya, agar kembali tenang jiwa ini? Jika sakit yang kurasa ini penawar dosaku, aku redha.. Lindungilah aku & keluargaku Ya Allah..

Artis: Edcoustic

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMU
Ku pasrahkan semua padaMU

Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMU

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Terlihat semua yang KAU beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi
Muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMU

21 February 2011

Gunung

Ok, setelah menghadiri Kursus Penulisan Kreatif tempoh hari.. Kami kumpulan TerangBulan telah berjaya menyiapkan satu karya puisi bertajuk Gunung..

Group kami:
Jenny
Zaharah
Rose
Zairina
Diyana


Gunung
Di kaki gunung kumulakan pendakian
Kabus dingin dan nyaman rahmat Tuhan

Di kaki gunung kudengar unggas menyanyi
Hembusan angin menyapa diri

Gunung tinggi memuncak
Setinggi harapan dan azamku

Tak kira siang atau malam
Gunung teguh berdiri
Bak kentalnya jiwa anak merdeka ini

16 February 2011

Kursus Penulisan Kreatif


Start arini 16 hingga 18 Februari 2011, aku akan attend Kursus Penulisan Kreatif di IPPTAR, KPKK. Hopefully aku dpt fokus & learn new things dlm tempoh 3 hari ni..

Dan diharap, lepas ni penulisan aku akan bertambah kreatif. Maklumla, dah kene berjinak2 dgn dunia copywriter nih. Sbb aku dh start tulis skrip kapsul/promo sendiri. Lebih puas rasenye.

Ok, nak kne daftar pkul 8.30 pg. Tp masih ngantuk nih. Caiiyokkk caiiyookk!!

15 February 2011

Salam Maulidur Rasul


Salam Maulidur Rasul buat semua. Selawat & salam bagi junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua di bawah lindungan & keberkatan Allah Yg Maha Esa. Insya Allah. Amin..

10 February 2011

Terribly Gaining Weight!


Ayooooo... I'm terribly gaining weight.. Semua org aku jumpe sume ckp aku 'gumukk'.. Mak aku plak kate biase la org mengandung mestila badan naik.. Tp aku tgk, kwn2 aku yg pnah mengandung xdela naik sgt badan derang.. Huhuhu..

Makan? Sehari aku mkn sekali je nasik.. Tak tengah hari, aku mkn ptg.. Aku lebih suke minum susu, air soya, buah & tomato je skang.. Xpela, aku redha je la.. Yg penting baby sehat, sempurna sifat & bijak.. Insya Allah..

Lepas bersalin nih, kne la memulakan usaha diet tegar. Nak start swimming balik. Nak jogging every weekend. Nak makan jamu Mak Dara!! Huhuhu..

Weekend ni ade plan nak masak pulut kuning & kari daging. Kali ni turn family kteorg plak sumbang makanan utk jemaah Masjid Dato' Dagang, Kg. Jawa, Klang. Tq ibu, lagipun mmg teringin sgt makan kari daging + kentang ibu yang HEBAT tu!! Huhu.. Macam manela xnaik badan ni.. Sume bende pun teringin!! Hehehe..

07 February 2011

Happy Days~


Congrats to my luvly friend, Nad on her wedding reception at N9 last Saturday. Sorry, coz Zarul & I can't make it. Ade appointment ngan doktor pagi tu. Kne buat blood test, check blood pressure & ultrasound. Alhamdulillah, my blood pressure was normal again 120/70. Smoga Nad & Jamil kekal bahagia hingga syurga & dikurniakan anak2 yang comel & soleh/solehah. Insya Allah..


Secondly, Happy Birthday to my dear friend, En. Wanbah. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan ditemukan jodoh yg baik. Insya Allah.

04 February 2011

Pameran 2011

Bagi mereka2 yang rajin nak g Pameran sepanjang thn 2011 ni, aku kongsikan beberapa pameran dalam kalendar 2011.

Pameran Pengantin Malaysia 2011
(17th Edition)
Shah Alam Convention Centre (SACC Convex Shah Alam)
11 - 13 Feb 2011

-------------------------------------

Pameran Pengantin Malaysia 2011
(18th Edition)
Legar Putra, PWTC
1 - 3 April 2011

-------------------------------------

Karnival Pendidikan & Kerjaya MARA 2011
11th-13th Mar 2011
Tun Razak Hall 4 (PWTC)
www.mara.gov.my

-------------------------------------

MATTA Fair 2011
11th-13th Mar 2011
Tun Razak Hall 1, 2, 3 & Pelantaran Putra (PWTC)
www.matta.org.my

-------------------------------------

Fotofest 2011 (Fotokem)
11th-13th Mar 2011
Tun Dr Ismail Hall B (PWTC)

-------------------------------------

Malaysian International Shoe Festival 2011
7th-10th Apr 2011
Tun Razak Hall 2 (PWTC)

-------------------------------------

Pesta Buku 2011
22nd Apr-1st May 2011
Tun Razak Hall 1, Tun Razak Hall 2, Tun Razak Hall 3 & 4, Legar Putra, Tun Hussein Onn Hall (PWTC)

02 February 2011

Faster


Smalam g jalan2 tgk wyg ngan En. Hubby. Film title: Faster, starring Dwayne Johnson aka The Rock kat Midvalley. Huhu. Title je FASTER, tp ceritanye SLOWER! Hahaha. Aku hampir2 tertido. Tp yg pasti, The Rock tak banyak menghafal skrip utk movie nih. Yg dia tau, belasah, tembak & bunuh je. Motif: Revenge!

Adela dlm 5, 6 line skrip dia baca. Hahaha. The worst movie of him this year, i think. Tak sabar nak tunggu Fast Five & Arabian Night. Dia blakon gak. Hope, those movie will be better than this one.

Balik tgk wayang singgah new supermarket near our house. MyMydin. Seriously, harga barang2 kat sini lagi murah dari Tesco, Giant or Carrefour. Susu Anmum Materna yg slalu aku beli pun RM2 lagi murah kt MyMydin nih. Amat berbaloi.

Okla, this week kne kawal makan sbb Sabtu ni kne check darah. Huhuhu. Takut tinggi plak kolestrol. Huhu. So, minggu ni tetiap pagi aku akan makan epal hijau. Malam plak just amik susu + nestum! Huhu. Semoga berjaya!!
Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts