31 January 2011

Senaman Ibu Mengandung

Melakukan senaman dan kerja-kerja ringan semasa hamil adalah baik untuk meregangkan otot-otot. Tujuan lain senaman yang dilakukan ialah untuk meningkatkan kelenturan dan memperkuatkan sendi-sendi.

Berikut ialah beberapa senaman yang disarankan untuk dilakukan oleh wanita-wanita sedang hamil.

Perhatian:
Elakkan dari melakukan gerakan melompat-lompat dan gerakan yang tiba-tiba. Lakukan senaman dengan lemah-lembut dan perlahan-Iahan.




A. MEREGANG LENGAN BERGANTIAN
Anda boleh duduk atau berdiri untuk senaman ini. Dengan kedua belah lengan dijulurkan ke atas kepala, jangkaulah langit, mula-mula dengan lengan yang satu, kemudian dengan lengan yang satu lagi.



B. MEREGANG MATA KAKI
Dengan satu kaki di muka kaki lainnya, telapak tangan menempel pada dinding, tekuklah lutut depan dan perlahan-lahan condongkan badan ke arah dinding. Ulangi dengan kaki yang lain. Jangan lakukan regangan hingga melampaui batas.



C. JONGKOK
Lakukan ini sekerap yang anda inginkan. Jongkok baik untuk meredakan ketegangan punggung dan untuk meregangkan mata kaki.



D. MEREGANG
Duduklah di atas lantai dengan tumit dipertemukan dan tarik ke arah tubuh anda sejauh mungkin. Perlahan-lahan tekankan lutut ke arah lantai, tambahkan sedikit tekanan dengan tangan pada lutut kalau anda mahu.



E. MEREGANG TUBUH
Duduklah di atas lantai dengan kedua kaki direntangkan. Hulurkan lengan kanan sepanjang kaki kanan ke arah pergelangan kaki. Angkatlah lengan kiri ke atas kepala dan perlahan-lahan julurkan ke arah kanan. Ulangi pada sisi lainnya.



F. PEREGANGAN BERBARING
Berbaring rata menelentang dengan kedua lengan di sisi tubuh. Tekuklah kaki kanan dengan telapak kaki merata pada lantai. Tekuklah telapak kaki kiri ke atas sehingga jari kaki menunjukkan ke arah wajah anda. Tahan beberapa saat. Ulangi dengan kaki kiri ditekuk.

Sumber: http://www.edaransalindah.com

25 January 2011

Buka Mata & Minda

CUEPACS mahu penjawat awam kontrak diserap
Oleh Irwan Shafrizan Ismail dan Sukhairi Abd Thani
bhnews@bharian.com.my

Pengalaman kerja diutama sebelum lantikan jawatan tetap

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap penjawat awam yang berstatus kontrak di sektor kerajaan dapat dilantik sebagai kakitangan awam tetap.

Presidennya, Omar Osman, berkata sehingga kini kira-kira 50,000 penjawat awam berstatus kontrak di seluruh negara dan ada antaranya sudah berkhidmat lebih tiga tahun dan mempunyai pengalaman luas. “Kita harap status pekerja kontrak dalam sektor awam ini dikaji semula, bagi keutamaan pada pekerja kontrak ini untuk dilantik sebagai kakitangan tetap kerana ada antara mereka ini sudah mempunyai pengalaman lebih tiga tahun.

“Jika kita tidak lantik golongan ini ke jawatan tetap, kita akan kehilangan ramai pekerja kontrak yang berpengalaman meloncat ke sektor lain kerana mereka memerlukan status jawatan tetap serta kebajikan yang sewajarnya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sehubungan itu, Omar menggesa kerajaan untuk melonggarkan syarat pengambilan mereka ini ke jawatan tetap.

“Oleh itu kita minta pihak kerajaan memberi perhatian terhadap perkara ini. Kalau ada kosong, beri keutamaan kepada pekerja kontrak, mereka ini wajar diberi kelonggaran. Kalau boleh kita harap dalam pembentangan bajet nanti, pihak kerajaan dapat memberi penekanan khusus terutama kepada mereka yang sudah berkhidmat lebih tiga tahun. “Ia selari dengan hasrat kerajaan dalam RMKe-10 menambah baik pembangunan modal insan dalam sektor awam, jadi wajar ia diberi perhatian sebaiknya,” katanya.

Sementara itu di KUANTAN, Omar berkata, CUEPACS mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap jabatan dan agensi kerajaan yang sengaja melambatkan pelaksanaan kenaikan pangkat kakitangan awam berdasarkan tempoh perkhidmatan.

Ini disebabkan ada jabatan atau agensi kerajaan di beberapa negeri masih belum melaksanakan arahan terbabit biarpun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Mei tahun lalu sudah mengumumkan supaya kakitangan sokongan yang sudah berkhidmat lebih 15 tahun diberi kenaikan pangkat.

Malah, pihaknya turut menerima banyak aduan ada jabatan dan agensi kerajaan memaksa kakitangan menduduki peperiksaan khas sebelum diberi kenaikan pangkat.

“Ini menyusahkan, kami sudah perjuangkan kakitangan diberi kenaikan berdasarkan tempoh perkhidmatan yang mendapat persetujuan kerajaan. Tetapi ada ketua jabatan yang mahu menunjuk kuasa, sepatutnya mereka memudahkan pelaksanaan,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tritahunan CUEPACS Pahang, di sini, semalam.

Omar berkata, berikutan masalah yang timbul, pihaknya kini dalam usaha menyiapkan senarai nama ketua jabatan yang tidak berkompromi dengan arahan Perdana Menteri sebelum ini.

P/S: Kepada pihak yg berkenaan, sila buka mata & minda anda. Ramai pekerja kontrak/sementara di Jabatan Kerajaan masih setia, berpengalaman dan memberikan perkhidmatan yang terbaik walaupun dibayar gaji hari & tiada cuti. Ada di antara mereka telah berkhidmat lebih 5thn. Tetapi, untuk mendapat peluang diserap secara tetap amat susah. Sedangkan banyak pengambilan baru (jawatan tetap) dibuat dan kebanyakan dari mereka langsung tidak mempunyai kemahiran atau pengalaman. Mengapa?! Sila beri penjelasan!

24 January 2011

I Don't Care


Sekarang, aku dah tak ambil peduli bila org kate mcm2 pasal diri aku. Diri aku, suka aku la!

Aku lebih tahu siapa aku. Jangan sebuk2 nak komen, kritik aku. Sila jaga kain dalam sendiri dulu.

Ketahuilah, tiada manusia yang sempurna. So, pls go away!! Argghh..

18 January 2011

Happy Birthday Ayah!


Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran buat ayah tersayang. Kami sekeluarga mendoakan yg terbaik utk ayah & keluarga kita. Semoga kita semua dalam rahmat, redha & keberkatan Alla SWT. Insya Allah.

Malam ni celebrate kat Zam Zam Seksyen 9, Shah Alam. Makan nasik mandil Arab!! Yeeaahh.. Makan sampai lebam ye. Gambar akan diupdate secepat mungkin.. Tungguuuu!!~

p/s: Tak jadi g Zam Zam. Hubby kne OT & adik plak balik lambat.. Kechiiwaaaaa!! Huhuhu..

15 January 2011

Diabetic Test..

Start mlm td pkul 8mlm, aku dh mula puasa. Sbb nak buat diabetic test pagi tadi. So, dlm pkul 10pg tadi, aku ngan hubby g Poliklinik Zailina buat diabetic test. Mmg disarankan utk buat test ni time pregnant. Takut if ade diabetes, akan beri kesan pada baby. Lepas jumpe doktor, dia check blood pressure. Amat tidak memberangsangkan. 140/90. Huh! Tinggi tuh. Dia suh aku rehat lebih sket, jgn stress.

Lepas tu, doktor check darah (fasting dlm 12 jam). Sugar level: 4.8. Normal! Nurse plak suh aku minum air gula lepas check darah tu. 1 cawan penuh. Manis giler. Terpakse gk telan walaupun aku hmpir muntah. Sbbnye, aku mmg xgemar makanan manis2 nih. Aiskrim, coklat, dlm 3-4 bulan ade la sekali aku mkn.. Plain water is da best for me!

After sejam, aku dtg balik utk check sugar level. Result: 6.4. Normal! Lepas lagi sejam, dtg balik klinik. Check utk kali ke-2. Sugar level: 4.7. Alhamdulillah. Bebas daripada diabetes. Baby & mummy totally healthy. Tq Allah.

Lagi 2 minggu, dtg balik utk buat ultrasound, blood test, blood pressure & hepatitis test plak. So, 2 minggu ni kne kawal makan. Xleh mkn bende bukan2. Susu kne minum 2 kali sehari. Fruits & veges wajib makan. Oat hari2 kne mkn elak gastrik.

Okla, tu je utk dikongsi bersama bakal2 ibu.. Daa~

14 January 2011

1001 Memories...

Ok, arini nak update gambar kahwin bln 10 aritu.. Baru sempat.. Hope u guys enjoy it.. En. photographer is Apai.. He's really good ok!~ Jom tengok!!














12 January 2011

Little Prince

Alhamdulillah. Everything is going well. Baby & mummy are fine. Tarikh cantek, 11.1.11. Congrats to both angah & kak ngah! Semoga keluarga sentiasa diberkati & diredhai Allah SWT. Insya Allah. Doakan i gak ye, 6 months to go. Very excited!~ Huhuhu..

This is my little nephew.. Welcome to da family.. [^_^]

10 January 2011

Anugerah Juara Lagu ke-25

Keputusan penuh...

Juara Lagu : Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali
Naib Juara : Drama King – Meet Uncle Hussain & Black
Tempat ketiga : Noktah Cinta – Hafiz
Persembahan terbaik : Hanyut – Faizal Tahir
Vokal terbaik : Noktah Cinta – Hafiz

Ni my personal opinion as penonton: Tak berapa suka persembahan Ana Raffali mlm tadi. Suara lembik & tenggelam timbul. Performance bosan. Ingatkan Meet Uncle Hussain & Black yg menang. Apepun tahniah kepada semua!~

07 January 2011

Emo!!


Orang kate tak elok emosi time pregnant nih. Tp, bukannye sengaje. Lahir dari hati nurani yg ikhlas nih. Huhuhu..

Hari ni emosi sbb ade seorang pemandu Msia yg berhemah, ikut lorong palingggggg KANAN (fast lane) tapi, bawak kereta mcm kura-kura. Dia ingt highway tu dia punye ke? Sume org pun byr tol la!! Klau ye pun nak berCHENTA ke, berSANTAI ke, pg2 jumaat di tengah highway bukan tempat yg SESUAI!! Arrrghh.. Tensen jap aku.

Sila la bagi laluan org yg nak kejar masa ke opis. Awak bole pegi lane kiri or, brenti terus je tepi jalan! Janganla menyusahkan orang lain. FAHAM??!! Ni la tabiat org kita.

Moral of da story. Jalan raya ni hak semua. Klau nk bersiar-siar, baik g Zoo Negara je. Arrghh.. Sori, marah pg2 nih. Aku dh tak tahan, hari2 nak pegi kje mesti jumpe orang mcm nih...

06 January 2011

Shutter Island



Aku rase filem Shutter Island ni lame dah tayang kt Msia nih. Tp baru smalam sempat tgk DVD. Agak konfius jap aku tgk cite nih. Yg pasti, Leornardo DiCaprio is an A list actor. Lepas Shutter Island dia cukup menyerlah dengan Inception. Filem terhebat 2010 aku rase.

Shutter Island, jalan ceritanye lambat. Tp kne fokus, klau tidak xkan faham. Sbb tgh2 movie, byk plak flash back yg aku xbrape paham. Pening gakla aku duk pikir. Huhuhu.

Mr. DiCaprio dh byk berubah. Dari zaman Titanic hingga skarang. Dia dh buktikan yg dia bukan hanya layak berlakon filem2 cinta je. Huhu. Okla, stakat tu je la movie review.

Pagi ni hujan dan sangat laparr~

04 January 2011

Ziarah Maklong

Smalam, pukul 5.00ptg aku dh gerak dr opis. Salah satu sebab, nk elak jam. Lg satu, nk kejar waktu melawat HTAR, Klang. Alhamdulillah, balik umah sempat solat asar jap. Lepas tu terus gerak ke HTAR, Klang. Maklong ditempatkan kt Wad 7B, katil no. 12A. Parking kt situ xdela susah. Tp mmg penuh giler. Org parking dh berlapis². So, aku parking jauh sket. Takut kereta kene block plak nanti. Sempat gak aku blikan maklong pau 3 ketul.

Sampai kt Wad 7B aku tgk Maklong ditemani oleh anak bongsunye, Mizah. Patutnye mmg dia bukak kedai makan. Ni dh 2 hari sbb jage umminye, dia xbukak kedai. Aku tgk Wad 7B tu dah pack giler. Same cam tmpt parking. Katil pesakit pun dh berlapis-lapis. Mmg btulla org ckp HTAR ni dh tak mampu menampung jumlah pesakit yg terlalu ramai.

Dgr kate, hospital kerajaan baru di Shah Alam akan dibina. Hopefully, hospital tu kelak dpt menampung jumlah pesakit yg terlalu ramai kt HTAR ni. Aku yg xsakit pun, jadi sakit tetibe bile tgk ramai sgt org kt Wad tu. Huhu.

Tp, ye la kan. Hospital kerajaan, bayaran murah. Doktor pakar pun ramai. Lgpun, laporan perubatan yg diberikan mmg cukup lengkap aku kire. Cuma, masa utk menunggu & terlalu ramai org yg membuatkan kita kadang² fed up. Alternatifnya, pegi je hospital swasta. Kita kan ade pilihan. Betul tak?

03 January 2011

Suka Duka...~

Alhamdulillah, sorang lagi anak buah lahir new year nih. 010111. Baru dapat berita semalam. Bile check hp, ade 5 missed call dari Paklang. Weekend ni ade acara makan² kt umah mak mertua. Hp plak tinggal kt umah. So, xsempatla nk menjawap call or msg yg dihantar. Apepun, aku ucapkan tahniah kepada Abg Aie & Kak Azie atas kelahiran cahayamata lelaki mereka yg pertama. Semoga mereka sekeluarga bahagia & diberkati Allah SWT. Amin..

Kire thn ni ramaila anak buah aku. Huhu. Waiting list ade lg 4 ibu bakal bersalin thn 2011 ni termasuk aku. Huhu. Sgt exciting. [^_^]

Tapi di sebalik kegembiraan, ada berita duka. Maklong dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang kerana sesak nafas. Kini masih d wad 7B. Waktu melawat HTAR, Klang ni dari pukul 12.30tgh hari - 2.00ptg & 5.00ptg - 7.00mlm. Kiteorg diberitahu, Maklong akan menjalani pembedahan jantung di IJN pd 17 Jan 2011 ni. Hopefully, semuanya akan berjalan lancar, insya Allah. Kami sekeluarga mendoakan yg terbaik utk Maklong sekeluarga. Harap mereka tabah menghadapi ujian Allah ni. Insya Allah, kami sekeluarga akan sentiasa ada memberi sokongan.

Harini dh start kerja. Tp honestly, perasaan & hati masih di rumah. Belum ade mood nk sambung keje walaupun dh masuk thn baru. Apepun, aku harap ade balik semangat nak keje ni walaupun sebenarnye dh tawar hati sgt2. Ya Allah, berikan aku kekuatan ye.. Okla, daaa~
Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts