06 December 2011

Happy Birthday 2 Me..

Happy Birthday to me!!

Okla, dh lame xupdate blog nih.. Maklumlah, sejak jadi mummy ni banyak perkara baru yang nak diuruskan.. Hehe.. Apepun, i'm happy with my life as always.. Lagi2 dah ade budak kecik nade2 yang menjadi jantung hati penawar duka hati mummy & daddy..

Thanks to my beloved hubby and my 2 bestest friends in the world.. Luv u guys so much!! Sgt suprised ye bile korang2 ni mengezuuttkan diriku pada hari jadiku 3 Disember 2011 aritu.. I love the cake & the gift!!

Okla, xbole tulis pepanjang time ofis.. Hehe.. Until then.. Daa~







20 July 2011

Our little prince..

Alhamdulillah..Syukur kepada Allah.. Putera kami, Afeef Irham bin Azarul 'Ariff telah selamat dilahirkan pada Rabu, 29 Jun 2011, pukul 3.42pg (3.56kg, 50cm)..

Xsempat nak update blog kerana tgh berpantang & sedikit sibuk dgn rutin harian yg baru.. Hehe.. Insya Allah, akan update jika ade masa.. Ni aku upload 3 gambar putera kesayanganku.. [^_^]





24 June 2011

Counting days...

Berdebar.. Itu yg aku rase sekarang.. Tp alhamdulillah, aku masih tenang.. Masih boleh menjalani kehidupan harian seperti biasa.. Pegi, balik kje.. Masak utk family..

**Aku mmg suke masak.. Masak bleh hilangkn stress!! Huhu..

Insya Allah, due date bersalin 29 Jun ni.. Hopefully semuanya dipermudahkan oleh Allah.. Amin.. Sebelum bersalin, ada 2 bende lagi yg aku nk buat.. Nk blanje family mkn dinner & blanje 2 BFF aku Farah, Wanbah makan.. Hehe.. Tmpt? Suprise!!

Esok, last checkup kat KPJ Selangor.. Insya Allah, aku start cuti bersalin 28 Jun.. Nak cuti awal2 takut bosan duk umah.. Sbb semua org pun kje.. Tinggal aku ngan ayah je..

Beg sume dah packing, tinggal masuk kereta je.. Siap kne perli lg ngan ibu..
"Long, beg tu mcm nk duduk sebln je kat hospital!"

Hahaha.. Biar prepare lebih.. Xdela menyusahkan org nanti 2,3 kali kne ulang alik hantar brg2 aku.. Okla.. Mlm kang aku upload brg2 yg aku akan bwk g hospital.. Huhu.. Daa~

23 June 2011

Lupa!

Manusia ni kan mudah lupa..
Lagi2 bile dah senang..

Mase susah dulu dia lupa..
Spe jd tmpt dia mengadu..
Spe tlg ringankan beban dia..
Semua dia lupa..

Skarang bile dah senang sket..
Dia jaja cerita ttg org yg tolong dia dulu..
Dia jadikan FB tmpt dia mengumpat org yg tlg ringankan beban dia dulu..

Cubala intai2 diri sendiri..
"Aku ni baik sgt ke?"
"Slame ni org tu tolong aku, ape pulak aku buat utk dia?"
"Pernah tak aku hargai pertolongan dia slame ni?"
"Aku pnah sedar tak, yg aku slalu ambil kesempatan atas kebaikan dia?"


Moral of da story: Sila la insaf & same2 la kita muhasabah diri..!~

22 June 2011

Nursing bra

Last month, aku jalan2 ngan hubby pegi The Store, Alam Sentral.. Cari nursing bra.. Time tu tgh sale, so aku beli 2 helai.. Jenis clip on, underwire.. Brand Audrey.. Harga dlm RM40 sehelai after diskaun.. Aku dh try, sgt selesa & mantap!~ Hehe..

Ingat sbelum bersalin ni nak kne carik lg dlm 3, 4 helai.. Ade org suggest beli thru online kat Fabulousmom.. So, time rehat/lunch hour camnila aku curi2 mase survey website Fabulousmom tuh..

Ade la beberapa helai yg aku berkenan sgt.. Lagipun, mmg tgh sale.. Harge dr RM35.90 jadi RM17.95 je.. 50% diskaun.. I like!!~ So, ape lagi aku dgn jayanye telah order 2 helai underwire bra & 2 helai sleep bra utk breastfeeding nanti.. Total including pos laju = RM95.55.. Amat berbaloi bg aku sbb takyah penat2 dah nak g kedai.. Lagi2 tgh tunggu hari nak bersalin je nih.. Alasan.. Ckp je la malas.. Hehe..

Underwire Bra



Sleep Bra

Okla, dh nak abes time rehat.. Arini, aku mkn karipap & roti je.. Dah xlalu nak mkn nasi.. Esok2 aku sambung blogging lagi.. Daa~

Pampers je!

Kelmarin..
6.30ptg..

**Aku mendengar dari kejauhan..

Ibu: Dek, nak beli ape present utk baby along?
Adek: Kne beli ke?
Ibu: Ibu dah bagi Medela breastpump! (Tq ibu, i luv u!! huhu)
Adek: Hmm.. Org ngan Aizat dah survey dh ape nak beli..
Ibu: Beli la stroller..
Adek: Xpayah! Pampers je! Kecik2 mane pandai duduk stroller!


Aku.. Terkedu... Pampers je? Hampeh!~

20 June 2011

Shopping!~

Smalam sempat pegi LittleWhiz kat Setia Alam, Meru ngan En. Hubby & mum in law.. Kami berjaya menghabiskan duit beli barang2 utk baby yg bakal lahir.. Actually, aku survey kat internet pasal LittleWhiz ni.. Harga barang2 dia agak murah.. Lagi skang ni tgh ade sale sampai bulan Sept 2011.. Tu pun, selagi stok barang2 masih ade..

If register as a member, kte boleh dpt point.. RM1 = 1 point.. Menarikkn? Point tu pulak tak expired sampai bile2 & boleh ditukar kepada barang2 lain..

Ape yg aku beli?

Medela : Swing Breastpump with 2-Phase & Citystyle Breastpump Bag + 2 Pcs Medela Bottles + BabyLegs Warmer
Normal Price: RM1,133.90
Sale Price: RM888.00
SAVE RM245.90

** Hadiah drpd ibu.. Tq ibu, i luv u!!~



Yg aku booking?

Seni Daya: Baby Cot Promotion Package
Normal Price: RM997.80
Sale Price: RM699.00
SAVE RM298.80

Size : H 915mm x L 1200mm x W 610mm ( 36" x 48" x 24" )

This Baby Cot includes:
Bumble Bee 4pcs crib set which includes 1pc Fitted Crib Sheet, 1pc comforter & 2pcs cot bumper
Bumble Bee 1pc Pillow & 2pcs Bolster Set
Bumble Bee Latex Baby Mattress - 3 inches



Dari Setia Alam, kteorg ke Taman Sejati, Klang plak.. Pegi Manjaku.. Shopping lagi!! If jd member, ade additional 5% discount.. Tapi rata-rata brg2 nye dh memang ade 10%-20% diskaun.. Mmg berbaloi la.. Apepun, bagi ibu2 jgn terlebih bajet plak.. Beli ikut kesesuaian bajet/kewangan anda..

Ape yg aku beli?

SHEARS Playpen - Safari
Normal Price: RM399.00
Sale Price: RM299.25
SAVE RM99.75

Includes:
Bassinette
Changing Tray
Side Pocket
Wheels on one side
Insect net
Crawl Hole on one side



Mattress, Pillow & Bolster
Normal Price: RM119.90
Sale Price: RM87.84
SAVE RM32.06



Lain-lain barang yg aku survey & plan nak beli?

Halford: Fliplite Stroller (new born up to 4 years)
Normal Price: RM399.00
Sale Price: RM319.20
SAVE RM79.80



Aldo: Ego Convertible Car Seat (new born up to 4 years)
Normal Price: RM299.00
Sale Price: RM239.20
SAVE RM59.80



Little Bean: Sterilizer Combo Pack
Normal Price: RM199.90
Sale Price: RM159.90
SAVE RM40.00

Suitable for any size of feeding baby bottles



Ok, itu saje utk dikongsi pd semua.. Pesanan penaja: Berbelanjalah dgn bijak!~ ;)

14 June 2011

HRMIS.. relevankah??

Sebagai seorang penjawat awam, terpanggil aku nak berbicara sket pasal sistem HRMIS yg perlu dilengkapkan oleh semua penjawat awam di Malaysia..

Apekah sebenarnye signifikan melahirkan sistem HRMIS ni? Seperti yang aku tau, sistem ni bertujuan untuk menyimpan & memantau data setiap penjawat awam.. Termasuklah data peribadi, cuti, prestasi kerja dan sebagainya..

Tetapi setiap kali login ke sistem HRMIS ni, ada saje yg tak kena.. Byk rungutan yg aku dgr dari rakan2 sekerja.. Sistem lembab, tak bole akses, error memanjang..

Dan yg paling best, bile klik 'HANTAR' untuk simpan data, sistem ni tak boleh pun menyimpan data.. Nak inform 'DONE' or 'ERROR' pun tak.. Tak user friendly langsung.. Pihak2 yg tertentu harus buat kajian balik.. Aku yakin, ramai pakar2 teknologi maklumat yg hebat dlm menyelesaikan masalah ni.. Jgn pandai cakap je.. Sesekali, buka minda dan telinga dgr rungutan orang2 bawahan..

Aku ni dah 6 kali update data, masih jugak tak boleh 'HANTAR'.. Jenuh nak menaip balik sume data yg aku masukkan sebelum ni.. Sudahnye, aku FED UP!! Ni ke yg dikatakan efisyen?

Dahla, aku mengarut pjg2 bukan dapat ape pun.. Gaji aku byk tu gak!~

13 June 2011

Zikir dan Doa Semasa Bersalin

Amalan berzikir dan banyak berdoa digalakkan bagi ibu-ibu yang hendak melahirkan kerana ini dapat mententeramkan fikiran dan dapat memupuk kesabaran ketika dalam kesakitan melahirkan anak nanti.

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:


"Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hambaMu”.


“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim".


“Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”.

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:


"Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”.

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi dan kemudian pula :


“Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat. Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:


"Maha Suci Allah".


"Aku Pohon ampun kepada Allah".


credit to: http://www.perjalanansuci.com

Wiladah & Nifas

Ok, hari ini aku nak kongsi sket topik bersalin.. Info ni aku dpt kat halaqah.net.. Ttg mandi wiladah & nifas.. Sharing is caring kan.. [^_^]

Mandi kerana wiladah dan nifas adalah dua perkara yang berbeza:

1) Mandi wiladah ialah mandi selepas melahirkan anak samaada keluar darah atau pun tidak.

2) Mandi nifas adalah mandi wajib setelah darah nifas kering (habis) tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksima ialah 60 hari.

Kedua-duanya adalah antara sebab-sebab yang mewajibkan seseorang itu mandi wajib iaitu mengangkat hadas besar.

Hukum bagi seseorang wanita itu tidak mandi wiladah adalah berdosa sekiranya ia mengetahui dan tidak berdosa jika sebaliknya.

Niat mandi wiladah : "Sahaja aku mandi wajib wiladah kerana Allah Taala".

10 June 2011

Terima Kasih Kawan..




Smalam last day aku kat Seksyen Promosi & Kreatif TV, RTM.. Terima kasih kawan2 yang buat farewell party utk aku.. Terharu sangat..

Sejak thn 2006 aku masuk Unit ni, banyak pengalaman manis yg aku dapat.. Smalam dpt kad cun, hadiah superb, kek sedaps!!~ Tq sume!! Takkan lupakan korang.. Will miss u all!!~

Terima kasih buat kawan2 baikku Farah & Wanbah kerana sentiasa ada di sisi ketika susah dan senang.. Sayang korang!!~

Mohon maaf atas salah & silap aku selama ni.. Insya Allah ade mase kite jumpe lagi.. Daaa~

08 June 2011

Cloth Diapers


Skang ni ramai ibu2 dah beralih pada cloth diapers.. Sebenarnye kite sume ade pilihan.. Sama ada nak guna disposable diapers (DD) atau pun cloth diapers (CD) untuk baby kite.. Ade orang beranggapan klau gune CD ni lebih menyusahkan.. Sbb kne basuh CD everyttime baby kite wee wee or poo poo..

Tapi, klau nak diikutkan CD ni lebih menjimatkan.. Lagi pun, boleh mengajar ibu2 untuk lebih rajin membasuh lebih kurang 6 helai CD sehari..

CD ni juga boleh dibasuh mengguna mesin basuh.. Tapi sbelum tu masukkan dulu dlm wet beg.. Utk menjamin CD supaya sentiasa elok utk dipakai berulang kali..

Sekurang2nya 20 helai CD dah mencukupi untuk new born baby hingga umur 3 tahun.. Dan boleh menampung hingga 13kg.. Jom tgk brape para ibu boleh jimat dgn menggunakan CD ni..

Kos menggunakan disposable diapers (DD):
RM1 sekeping x 6 = RM6 sehari
RM6 x 365 hari =RM2190 sethn
RM2190 x 3 thn = RM6570 seorang anak

Kos menggunakan cloth diapers (CD):
1 helai = RM25
12 helai : 12 x RM25 = RM300
20 helai : 20 x RM25 = RM500

**CD yang same juga bole digunakan untuk anak seterusnye..

Sebelum menggunakan CD ni, CD perlu dibasuh & dikeringkan secara berulang sebyk 3 kali.. Ni utk memastikan tiada chemical kilang yg terlekat lagi kat CD ni.. Proses penyerapan pun akan lebih baik.. 1 CD boleh digunakan 3-4 jam.. Bila basuh, elakkan menggunakan pure soap, enzymes, fabric whiteners, fabric brighteners, fabric softeners ataupun anything scented..

Ok, tu je nak nak kongsi ngan bloggers pagi ni.. Buatlah keputusan yg terbaik utk anda & bayi anda!~

Pertandingan Blog Kreatif

Jom ramai-ramai sertai Pertandingan Blog Kreatif usahasama antara Kerajaan Negeri Selangor dengan UNISEL. Tema 'Selangor Negeri Idaman'. Penyertaan bermula 7 Jun 2011 dan berakhir 31 Oktober 2011. Dibuka kepada 3 kategori:

1) Pelajar Sekolah Menengah
2) Pelajar IPT
3) Umum

Hadiah bernilai RM16,300 menanti anda. Penyertaan & maklumat lanjut layari selangoridamanku.com.

07 June 2011

Selamat Tinggal...


Khamis ni, last aku berkhidmat kt Seksyen Promosi & Kreatif, RTM.. Banyak kenangan suka & duka aku kat sane.. Selama lebih 5 thn aku kje kat sane, byk pengalaman baru & ilmu yg aku dapat..

Terima kasih kepada bos-bos, bestfriends, kawan2 seofis yg byk bg tunjuk ajar, kerjasama & memori indah sepjg aku kje kat sane.. Takkan aku lupakan sume org.. Mohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap sepjg aku kje kat sane.. Insya Allah, ada masa kita akan jumpe lagi.... Aku doakan yg terbaik utk kite semua..

Selamat tinggal kawanku, tak mudah aku pergi...
Bila wajahmu sentiasa di hati ini...

01 June 2011

Konsert Sensasi & Pertandingan Graffiti

Orang ramai dijemput menyaksikan rakaman program Hari Raya Aidilfitri ‘Konsert Sensasi 2’ bersama artis Ramlah Ram dan Alyah pada 8 Jun 2011 (Rabu), pukul 8.30 malam di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Dapatkan pas-pas masuk percuma di Balai Pengawal, Angkasapuri, Kuala Lumpur mulai sekarang. Maklumat lanjut, hubungi 03-22887567 / 7766.

Warganegara malaysia berumur 18 tahun ke atas dijemput menyertai Pertandingan Graffiti 1Malaysia bertemakan ”1Malaysia, 1Budaya, 1Aspirasi” anjuran Jabatan Penerangan Malaysia. Tarikh tutup penyertaan 10 Jun 2011 (Jumaat). Maklumat lanjut, layari http://graffiti.penerangan.gov.my atau hubungi 03-2173 4541.

31 May 2011

Checklist Barang Bersalin

Mase kenduri kawen adik aritu, ramai tanye aku dh start packing barang utk bersalin ke nanti.. Selambe je aku jawap belum! Huhuhu..

Kandungan baru je mencecah 8 bulan.. Ade lagi 4 minggu sbelum due date.. Hehehe.. Tapi org2 tua kate biar prepare awal2.. Takut bersalin awal plak dari tarikh yg dijangke.. Btul gak tu.. So, start minggu ni aku dh kne packing barang sket2.. Yang penting2 je la.. Insya Allah klau normal delivery aku duk kat KPJ Shah Alam tu dlm 2 hari 1 malam je.. Apepun, aku doa sgt2 agar semuanye berjalan lancar.. Insya Allah..

Ok, kat sini aku kongsi sket barang2 yg aku akan start packing mlm ni.. Hehe..

Mummy's Stuff
Rekod lawatan mengandung
Guarantee Letter
Kad pengenalan/kad nikah
Baju tidur butang depan (3 helai)
Stoking (2 pasang)
Kain batik (3 pasang)
Bengkung
Toiletries
Selipar
Disposable panties
Nursing bra
Tisu/wet wipes
Maternity Pad
Kurma
Air Zam Zam
Tuala/tuala muka
Al-Quran/Surah Yasin
Handphone/Kamera
Sweater
Tudung
Telekung/Sejadah

Baby's Stuff
Alas utk salin lampin
Pampers/lampin kain (10 helai)
Baby wipes
Nappy cream/Drapolene cream
Baju & seluar (6 pasang)
Sweater
Topi (2 helai)
Stoking (3 helai)
Sarung tangan (3 helai)
Minyak telon/losyen/baby oil
Barut bayi (3 helai)
Plastik beg utk baju kotor (2 helai)
Mandian bayi/bedak/sikat
Tuala

Selamat Pengantin Baru







Selamat Pengantin Baru utk adik bongsu Shafynaz & Aizat.. Tersangat la bz dari hari Jumaat sampai smalam.. Arini baru start kje..

Skang ni diorang tgh berhoneymoon kat Cameron Highlands.. Smoge berbahagia hingga syurga.. Insya Allah.. Jadilah isteri yg solehah utk suami & keluarga..

Tak larat nak tulis pjg2.. Penat blum abes..

Apepun, selamat menempuh hidup berumah tangga.. Banyakkan bersabar ok.. Heehehe.. Daaa~

25 May 2011

Tips Anak Soleh/Solehah



Pagi tadi on the way ke opis sempat dengar Sinar FM.. Kebetulan ade sesi soal jawab dgn Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah.. Beliau share tips untuk anak soleh/solehah..

Yang pertama sekali ibu bapa perlu selalu +ve.. Kne slalu berdoa yg anak mereka ni baik, soleh.. Tak jahat atau nakal.. Kata2 itukan satu doa.. So, slalu la berkata yg baik ttg anak2 kita..

Di samping itu, ibu & ayah kene slalu amalkan 4 surah ni.. Mase anak tgh tidur, pegang kepala mereka & bacakan ayat2 ni:

1) Al-Fatihah
2) Ayat Kursi
3) Alam Nashrah
4) Surah Taha (Ayat 1-5)

Lepas tu, doa di ubun kepala anak2 supaya menjadi anak soleh/solehah..

Beliau juga bgtau, anak2 jadi nakal kerana diet/makanan yg mereka ambil terlalu memberi rangsangan -ve kepada mereka.. Jadi, kene elakkan:

1) Daging merah - lembu/kambing
2) Jajan-jajan yg mengandungi banyak perisa

Banyakkan makan:

1) Buah-buahan sebelum makan nasi - ada vitamin c untuk kurangkan rangsangan -ve
2) Sayur-sayuran
3) Daging putih - ikan/ayam

Ok, setakat tu je utk dikongsikan bersama hari ni.. Yang penting, usaha, doa & tawakal.. Insya Allah, semoga anak2 Islam akan dipelihara Allah & menjadi khalifah yang soleh/solehah.. Amin...

20 May 2011

Kem Ibadah

Masjid Negara akan menganjurkan ”Program Kem Ibadah Remaja Siri 2/2011” sempena cuti persekolahan pada 27 hingga 29 Mei 2011 di Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Penyertaan dibuka kepada pelajar sekolah menengah berusia 13 hingga 17 tahun. Pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi urus setia 03-2693 7784.

Citrawarna

Orang ramai dijemput memeriahkan ’Citrawarna 1Malaysia 2011’ pada 21 Mei 2011 (Sabtu), mulai pukul 5.00 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Pelbagai acara menarik diadakan seperti perarakan kebudayaan, persembahan tarian, pameran seni kontemporari dan jualan produk tempatan. Maklumat lanjut, hubungi 03-4047 4525 / 03-4043 0462.

Happy Mother's Day


Lupe nk update entry Mother's Day 8 Mei 2011 aritu.. Actually kiteorg buat makan2 kat umah je.. Kiteorg bli kek & bunga utk ibu tersayang..

Terima kasih ibu atas segalanya.. Semoga ibu dipjgkan umur, dimurahkan rezeki, diredhai Allah & keluarga kita sentiasa bahagia hingga SYURGA.. Insya Allah.. We lurveee YOU!!~~

19 May 2011

Salam Takziah..


Smalam dapat berita dari Farah, salah seorang kawan opis kteorg, Kak Wati telah kembali ke rahmatullah semalam lepas maghrib.. Walaupun xberapa rapat, aku juga mengenali arwah.. Tutur katanye sgt lembut.. Dan orgnye mmg peramah..

Arwah meninggalkan suami & seorang anak yg kini sedang belajar di Jerman. Arwah telah menderita penyakit kanser lebih kurang setahun.. Jenazah telah dibawa balik ke kampung suaminya di Kedah malam tadi utk dikebumikan hari ini..

Salam takziah buat keluarga arwah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman.. Insya Allah.. Amin..

Dari DIA kita dtg, dan dari DIA juga kita akan kembali...

Al-Fatihah...

17 May 2011

Online Shopping



Yeay!! Berjaya menyopping online utk our baby boy.. Tak kesahla mahal sket sbb puas aku pusing kt GM Klang, takde plak yg berkenan kat hati..

Aku beli 2 set carter's baby rompers.. 5 in 1.. Harge dlm RM40/set.. Cute sgt.. Blum sempat tunjuk kat Hubby sbb smalam xjumpe dia satu hari.. Maklumla, kje shif.. Sangat rindu dgn dia.. Hehehe..

Last week mcm2 agenda kteorg satu family.. Bli bunga utk majlis kahwin adek bongsu aku, Shafynaz kt Jalan Taiping, Klang.. Malam ahad plak, ibu & ayah pegi merisik Alia, bakal tunang adik lelaki aku.. Kire thn ni byk sangat kenduri kat umah.. Huhu..

Penat gak weekend xdpt rehat sgt.. Lepas tu ade 1000 goodies yg kne ikat reben & tampal sticker.. Tu sume kje aku la.. Sbb yg lain2 aku dh tak larat nak buat.. Maklumlah dan 7 bulan lebih perut nih..

Sticker kahwin adek aku pun aku tempah online je.. Senang kje.. Tunggu derang antar ngan post laju je.. Skang ni, nak beli apepun sgt mudah, thru online shopping je.. Tapi, kne hati2.. Tgk review dr pembeli dulu & bandingkan harge.. Rajin2la surf internet utk dptkan tawaran yg terbaik..

11 May 2011

Mothercare Perineal Gel

Minggu ni nak jalan2 pegi MidValley or Subang Parade.. Nak g carik Mothercare Perineal Gel.. Aku ade terbaca beberapa blog yg tulis pada gel nih.. Ramai yg panggil Magic Potion.. Hehehe.. Aku pun try la surf kat internet nih.. Gel ni sangat bangus digunakan dalam masa 6 minggu sebelum bersalin utk mengurangkan kesan koyakan ketika melahirkan bayi.. Dan kulit akan lebih anjal & lembut..

Aku sempat gak call Ibu mintak tlg tgkkan kat Mothercare KLCC if gel ni still available.. Kebetulan Ibu kje kat Petronas Twin Tower, lunch bleh la tlg blikan gel tu klau ade.. Harga xmahal sgt dlm RM32.00 je..

Ni details yg aku sempat surf kat internet..
  • Mothercare It's Your Body Perineal Gel

  • Specially formulated with olive oil and calendula to soften and moisturise your perineal area, helping to prepare it for stretching during childbirth

  • Fragrance free, dermatologically tested, hypo-allergenic, gynaecologically tested

  • To use: Gently massage the gel into the perineal area. Use twice daily for 6 weeks leading up to birth to help improve elasticity and soften the skin in preparation for labour

  • Sharing is caring!!~

    ** update: perineal gel ni dah xde stock di semua cawangan Mothercare Lembah Klang.. aku sgt frust!! huhu..

    Tetanus Vaccine

    Sepanjang pregnancy ni, 2 kali aku diberi imunisasi tetanus.. Tertanya gak, penting sgt ke imunisasi nih.. Sbb ade beberapa org kawan aku yg pregnant, doktornye takde suruh plak ambil suntikan tetanus nih..

    Utk mengelakkan kemusykilan, aku sempat tanye dgn Gynea aku, Dr. Shahbahiyah.. Dia bgtau yg imunisasi tetanus skang ni adalah satu option.. Bole ambil ataupun tidak.. Sbb kat M'sia kes tetanus ni dah semakin kurang..

    Doktor bgtau lagi, sekiranya ibu2 pernah mendapat suntikan kali pertama di mana2 klinik kerajaan/swasta, mesti diikuti dgn suntikan kali ke-2.. Baru vaksin tu boleh bertindak dgn sempurna dlm tubuh badan kita & mencegah penyakit tetanus pada bayi yg bakal dilahirkan..

    First time aku ambil suntikan tetanus ni masa bulan 4-5 pregnancy di Poliklinik Zailina, Klang.. Last week, aku ambil suntikan ke-2 di KPJ Shah Alam.. So, bagi ibu2 mengandung dapatkan dulu nasihat & pandangan drpd Gynea masing2 berkaitan suntikan tetatus ni kerana mereka lebih pakar..

    Enjoy pregnancy!!~

    10 May 2011

    Thor


    Last week sempat tgk Thor kat TGV Sunway Pyramid.. Memula nak tgk 3D, tapi disebabkan harge tiket mahal sgt, xjd la tgk 3D.. Wayang start pkul 11.15pg.. Aku tak pnah pun bace komik pasal Thor nih.. So, mase 1st time tgk jalan cite cam pelik sket.. Hehe.. Tapi bile dh half way, menarik plak.. Mix between action & comedy.. Kire bole layan la..

    Tp yg tak bestnye, sepjg movie tu ade la 2 org makcik ni duduk btol2 kat blakang aku ngan Hubby.. Punyela bising.. Time tgk movie tu la yg derang nak buat review sendiri.. Siap borak2 bagai.. Dia ingat cinema tu dia laki tiri makcik dia punye kot?? Tak sivik langsung.. Aku plak malu.. Sbb makcik tu melayu.. Bangsa lain tgk je wyg tu dendiam sbb ade rase respect ngan org lain dlm wyg tu.. Yg makcik ni, tak tau la aku nak cakap.. Sgt annoying ok.. Seb baik la aku bersabar sepjg movie tu.. Klau tak, mau je aku ckp "Makcik, kteorg bayar wyg ni bukan nak dgr makcik ckp!! Sila la senyap!"

    Aku malas nak bukak mulut, sbb aku tgk org lain pun diam je malas nak layan makcik2 yg takde sivik ni.. Sudahnye, lepas wyg aku terasa sgt lapar dek perangai makcik2 tadi.. So, trus aku ngan Hubby g Fullhouse mkn alfredo pasta, chicken chop, potato wedges, mushroom soup with honeydew milkshake & coconut sea.. Yummmyyy!!~

    08 May 2011

    KPJ Healthcare Shah Alam


    Alhamdulillah.. Smalam selesai 1st check up kat KPJ Healthcare Shah Alam.. Dulu dikenali sbg Shah Alam Medical Center (SMC).. Dan 1st time gak set appointment dgn Dr. Shahbahiyah Mohd Zain.. She is a very nice and soft spoken lady.. Nurse kami pulak adalah Kak Ida.. Sangat friendly & sgt2 membantu kami.. Tq to both of you.. Eventhough baru 1st time jumpe, tp mcm dh lame dh knal.. Hehe.. Dan rupe2nye Dr. Shahbahiyah ni adalah isteri kepada pengkritik tetap program Pilih Kasih RTM, Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah yg juga pensyarah di UM..

    Lepas ni, next appointment will be on 21st May 2011.. So far, alhamdulillah baby dalam keadaan sihat, kedudukan pun ok.. Dapat aku tgk tapak kakinye yg kecil & comel.. Subhanallah.. Kejadian Allah, sangat indah.. Tapi, skarang ni ramai pulak yg tergamak buang anak mereka.. Sekali buat dosa berzina, jangan ditambah dgn dosa membunuh.. Astaghfirullah..

    Hmm.. Apepun aku ngan Hubby sangat gembira dengan bakal baby kami yg bakal lahir.. Dijangka pada 29 Jun 2011.. Tp mungkin boleh jadi awal atau lewat seminggu.. Bergantung pada keadaan & keizinan Allah.. Dan terungkai sudah teka-teki kami selamat 7 bulan ni.. Sama ada baby boy atau baby girl.. Sebenarnye kami berdua tak kesah sgt.. Cukup jika baby kami sehat & sempurna sifat.. Insya Allah..

    Tapi semalam, setelah 3 kali pengesahan doktor.. Kami bakal menjadi mummy & daddy kepada seorang little PRINCE!!~ Alhamdulillah.. Syukur, terima kasih Allah.. Terima kasih juga kepada keluarga yang sentiasa mendoakan.. Sekarang ni, kene jage diri bebaik sbb 2 bulan je lagi kami bakal menimang cahaya mata.. Byk preparation yg perlu dibuat dr segi mental & fizikal.. Smoga aku & suami dapat mengharunginye.. Insya Allah..

    Okla, penat smalam blum habis.. Ni nak rehat jap.. Daaa~

    04 May 2011

    Romper!!


    Aku skang tgh obses dgn baby romper.. Huhu.. Asal nampak je, mesti nak beli.. Tp En. Hubby slalu pesan jgn membazir.. Sbb nanti, mesti banyak hadiah org bagi lepas bersalin.. Hahaha.. Yela tuh, mengharapkan hadiah org.. If ade org murah hati nak bagi, alhamdulillah terima kasih..

    Apepun, aku kne amik cuti ni shopping barang2 baby sket lagi.. Nak pegi weekend, sebuk plak.. Sbb sepanjang Mei ni byk jemputan kahwin.. Termasuklah wedding adik bongsu aku 29 Mei 2011 (belah kteorg) & 4 Jun 2011 (belah lelaki).. So, mmg every weekend tersangatla bz menolong dia setelkan penghantaran kad kawin, door gift utk tetamu, ngemas rumah, beli katil baru.. Macam2la..

    Aku pun dh slow2 buat check list ape bende lagi yg nak kne beli & bwk hospital.. Seb baik En. Hubby byk menolong.. Daddy mithali ni, insya Allah..

    Aku ade singgah GM Klang aritu.. Bole kate harga baju2 baby kat sane murah2.. Lagi2 klau kite beli dlm kuantiti yg byk.. Bole nego harge lagi.. Yg aku tuju dulu mestila romper.. Teruja nih.. Klau sape2 tau online blog yg jual romper cute & murah, share la ngan aku erk.. Thanx.. Huhu..

    03 May 2011

    Bertemu Penciptanya..

    Osama, beliau diburu Amerika dan negara sekutu sejak berdekat lamanya..

    Akhirnya, dunia telah mengesahkan Osama telah terbunuh dalam satu serangan oleh tentera Amerika semalam..

    Sebagai umat islam, mari kita sama-sama sedekahnya Al-Fatihah ke atas rohnya.. Semoga beliau tenang bertemu Allah SWT & ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.. Amin...

    Tentang perjuangannya.. Allah lebih mengetahui dan biar Allah sahaja yang mengadili..

    FastFive



    Smalam, lepas g opis En. Hubby blanje tgk wayang.. FastFive.. Sekuel filem Fast & Furious yg ke-5.. Tgk kat Summit, USJ.. Slalunye klau kiteorg g tgk kt GSC Summit, takdela ramai sgt org.. Smalam, ramai giler duk beratur bli tiket.. Seb baik gak kiteorg dh buat online booking..

    Wayang start pkul 4.00ptg.. Abes dlm 6.15ptg.. Sepanjang tgk movie, baby kat dlm perut ni menendang2 byk kali.. Teruja gaknye ngan aksi FastFive, ataupun bunyi yg terlalu bising.. Yela, mcm filem2 terdahulu scene berlumba kereta, kejar-mengejar sekali lagi dipertaruhkan dlm filem terbaru ni.. Ditambah lagi dgn scene tembak-menembak.. Gamat satu hall..

    Sudahnye, sampai abes wayang baby masih lagi menendang.. Lapar pun same kot, sbb lunch aku hanya mkn karipap, kongsi ngan Hubby.. Huhu..

    Apepun, FastFive adalah filem yg terbaik aku kire dlm 4 lagi sekuel Fast & Furious sebelum ni.. Lebih mendebarkan, lebih aksi & di luar jangkaan.. Korang kne tgk ok!~

    Okla, kne sambung kje.. Later..~

    29 April 2011

    Tak Akan Kembali..

    Hening malam
    Bulan suram
    Bintang sembunyi

    Ke kiri ku mati
    Ke kanan ku sepi

    Rintik hujan mengejek diri
    Sampai bila harus begini
    Menanti sesuatu yg tak pasti

    Surat terakhirnya aku tatapi
    Sungguh, dia tak akan kembali lagi

    Penyebuk!

    Ade org sebuk sgt perihal org lain.. Pandai je la nk kritik itu ini.. Mcmla dia tu btul sgt.. Mcmlaa semua bende pun dia tau.. Mcmlaa penuh ilmu di dada nak komplen tu, nk bg pendapat ni.. Org tak mintak pun!~ Lagi2 melibatkan maruah kite.. Pastu, pandai2 plak passing cite kat org pasal kite.. Ni sume main cite blakang.. Hmm.. Blakang branila!!

    Kadang2 rase nk jerit je.. Aku tak suke ko la!! Tak suke ko nak bagi ape2 opinion pasal hidup aku.. Aku rase aku tak pnah pun kaco ko! Apetah lagi nak borak2 pasal kehidupan ngan ko! Sungguh aku tak selera..

    Aku tau ni sume bibit2 cemburu.. Sbb ko tak pnah bersyukur, tak pernah puas dgn nikmat yg Allah dh berikan dlm hidup ko.. Masih lagi la nk cari pasal ngan org lain.. Ko duk dendiam jage family ko sudah!~ Kadang2 Allah bagi nikmat tu adalah ujian bagi hamba2nye.. Sedar sikit, jgn nak meninggi diri. Pada ko, ko je la yg pandai.. Ko je la yg btul.. Hidup ni mcm roda, bile2 masa je ko boleh tersungkur di bawah.. Mcm skang ni, satu persatu masalah menimpa ko.. Aku bukan mendoakan tapi, janji Allah itu pasti.. Ko aniaya org, ko dpt balasan.. Klau tak kne kat ko, kene kat keluarga ko..

    Aku bkn sempurna.. Aku juge belajar dari kesilapan.. Ko klau nak puas hati, sila beranikan diri ckp dpn muke aku! Org mcm ko ni la duri dlm masyarakat tau.. Jaja cerita itu ini.. Sabar aku ade batasnye..

    I was taught to forgive, but never forget.. Out!!~

    26 April 2011

    Cucur Bawang

    Org kate, ape yg mak masak tu sedap aje.. Lagi2 klau org di perantauan.. Bertahun belajar or kje sane.. Mesti rindu ngan masakan mak..

    Aku antara org paling bertuah.. Lepas kahwin masih duduk ngan mak.. Insya Allah sehingga abes berpantang.. Sbb En. Hubby kje shif.. Risau katenye tinggalkan aku sensorang kt umah yg baru kteorg beli..

    Insya Allah, if takde aral barang2 akan diangkut ke rumah baru Ahad ni.. Rabu ni plak, ade org dtg cuci rumah.. Hopefully semuanye berjalan lancar.. Lepas abes pantang, kteorg akan berpindah ke rumah baru.. Home sweet home!

    Sepanjang mengandung ni, aku disajikan dgn mcm2 makanan yg ibu masak.. Dan paling hebat aku kira ialah cucur bawang! Simple, tapi berjaya membuka selera aku.. Banyak jugak la aku makan.. Kadang2 3 hari straight pun tak kesah makan cucur bawang.. Lagi sedap cicah ngan sambal sardin!!~ Huhu..

    Ade petua nak bagi cucur bawang tu sentiasa rangup.. Masa gaulkan adunan tepung gandum, bawang besar, cili, ikan bilis, lada hitam, telur & sedikit kunyit, tambah tepung jagung dlm 2 sudu kecil & semua adunan tadi digaul dgn air sejuk.. Insya Allah, cucur akan lebih rangup!~ Selamat mencuba!!~

    Daisypath Anniversary tickers

    LilySlim Weight charts