29 December 2010

Tanya Ustaz..~

Pagi tadi aku msg Ustaz Wan Shohor Bani Leman kat FB. Tanya ustaz satu kemusykilan. Punya la pjg aku tanye. Ustaz jawap ringkas, padat, sempurna aku kira. Hehe. Malu aku kejap sbb sikit sgt ilmu ttg Al-Quran & hadis yg aku tau. Tu pun, aku dgr & belajar dari ceramah/tazkirah kt masjid, tv, radio & youtube. Huhu. Banyak lg yg aku kne belajar nih..

Ok, ni soalan aku:

Assalamualaikum Ustaz,
Saya ada sedikit persoalan nak tanya dgn Ustaz. Alhamdulillah, saya kini sedang mengandung masuk 3 bulan anak pertama. Soalan saya, apa hukumnya sekiranya saya membaca Al-Quran atau surah Yasin (kitab kecil) dlm keadaan berbaring kerana masalah mual & pening yang teruk. Terima kasih Ustaz.

Jawapan Ustaz Wan Shohor:
no problem....tgk ali-imran (3:191)


Pastu, aku pegi search kt internet then aku jumpe ayat & terjemahan surah ni..

Surah Ali Imran 3-191:


(Iaitu) orang yang mengingati Allah semasa berdiri, duduk dan berbaring dan mereka bertafakur (memikirkan dengan mendalam) tentang penciptaan langit dan bumi (lalu mereka mengucapkan): “Rabbana (wahai Tuhan kami)! Engkau (Allah) tidak jadikan (semua) ini dengan sia-sia. Subhanaka (Maha Suci Engkau/Allah)! Lindungilah kami daripada azab neraka.”

Sesungguhnya Al-Quran adalah kitab yang paling sempurna. Semua jawapan tentang hidup, mati, dunia & akhirat ada di dalamnya. Cuma kita je yg perlu amalkan dan faham isinya. Jom kita tingkatkan usaha agar menjadi insan yg lebih berilmu & bertakwa. Insya Allah.. [^_^]

0 comments:

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts