25 December 2010

Medan With Luv - Part 1

Akhir bln 11 aritu, kami sempat ambil cuti honeymoon ke Medan, Indonesia. Percutian ditaja oleh ibu tercinta, Hjh. Suhaidah. Satu percutian yg sukar dilupakan kerana kami habiskan kebanyakan masa di dalam tourist bus.

Kami bertolak dari Subang dengan menaiki pesawat ringan Fireflyz. Penerbangan tak lama, dalam 1 jam 5 minit shj. Kemudian, sampai di Airport Polonia Medan kami dibawa oleh tourist guard, Pak Amrin makan tgh hari di sebuah restoran Minang. Dalam bas, kami berkenalan dengan keluarga Pakcik Hamzah & Makzik Zai. Mereka berempat, bawa 2org anak bujangnye bersama, Zahari & Azrul. Sronok gak ade kawan berborak. Aku ingatkn berdua je ngan suami. Lepas makan, kami terus bergerak ke Tasik Danau Toba di Parapat. Perjalanan dari pekan Medan ke sana mengambil masa lebih kurang 5 jam. Lebih kurang pukul 7.00 malam kami sampai di Danau Toba Cottage. Lepas dinner,kami semua pegi ronda2 kat pekan Parapat tuh cari t.shirt utk kenang-kenangan.

Esoknya, kami dibawa naik bot mengelilingi Tasik Danau Toba yang cantik, terus ke perkampungan orang Batak di Pulau Samosir. Perjalanan naik bot ambil masa dlm 45 minit. Then, jalan lagi ke Kg. Tomok, perkampungan Batak jugak. Sambil tu kami shopping souvenir utk bawak balik ke Malaysia. Esoknye kami terus ke Simarjarunjung. Tmpt ni lebih kurang macam Cameron Highland. Cuma lagi sejuk. Kat sini, kiteorg dpt minum teh halia yang kawww bersama goreng pisang. Then, kami gerak ke Berastagi & sempat makan jagung bakar yg femes kat sini. Gerai jagung tu, terletak btol2 kat pasar buah Berastagi. Antara buah paling femes yg derang jual, pisang kaki! Huhu..

Esoknya lepas breakfast kat Sibayak Hotel di Berastagi kiteorg terus gerak balik ke pekan Medan. On the way, kami sempat singgah ke butik kain batik & telekung serta Pasar Ikan. Nama je Pasar Ikan, tp tak jual ikan pun. Pasar ni lebih kurang macam Jalan TAR kt KL tuh. Jual kain2 batik, pelikat, jubah & telekung. Lepas tu, kami ke Medan Mall dan Sogo. Shopping sket. Medan pun ade Sogo tau. Huhu.

Di Medan, kami tinggal kat Grand Antares Hotel. Hotel 4 bintang. Dinner & breakfast sepanjang di Medan ni sgt best! Memuaskan sgt2. Ni antara kenangan paling indah aku ngan suami. Hopefully, 1 hari bleh bawak family jalan2 ke Medan plak. Ok, ni aku share sket gambar2 masa kt sane..























0 comments:

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts