24 December 2010

MC 2 hari....~

2 malam tak boleh tidur. Satu badan sakit sgt. Dlm pkul 4pg, terpakse mengejutkan dia yang tgh lena tidur dibuai mimpi. Kesian, dengan wajahnya yg tak mampu membuka mata. Tapi, sakitku ketika itu dah smpai ke kemuncaknya.

Dia bangun terpinga2. Dia tanye sama ade aku ok ke tidak. Aku baring kejap kt sebelahnya. Aku kate, 'Kene pegi klinik skarang'. Dia belek jam. 'Tapi pukul 4pg ni yang. Hmm, xpe, awk siap kte pegi.'

Aku cuci muka sket & gosok gigi. Pastu terus gerak ke klinik Salina open 24 hours. Doktor kate aku xcukup makan, xcukup minum air, xcukup makan buah, xcukup makan sayur. Semuala xcukup. Tu yang badan takde nutrien cukup nak bagi pada baby. Gastrik pulak semakin memuncak. Xtertahan rasenye. Aku hampir jugak kne sembelit kerana kurang minum air & susah nak buang air.

Aku nangis gak 1,2 hari ni. Kesian kat suami terpakse berjaga malam risaukan aku. So, 2 hari aku dpt MC. Harini masih lagi menahan sakit. Doktor kate, klau makin teruk kne masuk hospital. Dia kate 1st pregnancy mmg normal ade masalah mcm ni. Dia suggest aku pegi klinik/hospital kerajaan utk buat further check up. Dia kate walaupun klinik/hospital kerajaan ni slow, beratur pjg tp result check up yg mereka bagi sgt accurate. Senang utk refer di mana-mana hospital if ade masalah di kemudian hari.

Insya Allah, cuti ni aku akan pegi klinik/hospital kerajaan utk dptkan butir terperinci ttg kandungan aku nih. Nak buat blood test skali. Hopefully, aku akan lebih tabah & sabar dgn keadaan ni. Mungkin sbb aku xde pengalaman mengandung. So, i'm a bit worried. Syukur, aku masih ade suami penyayang & family yg byk memberi support. Aku harap kandungan aku ini sihat & jadi anak soleh/solehah. Pengalaman ni byk ajar aku erti sabar, pengorbanan dan lebih dekat dengan Allah.

Sekadar coretan utk dikongsi bersama.. :)

0 comments:

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts