24 December 2010

Baked Cheese Rice


Ok, weekend ni aku rase mcm nak masak something special utk hubby & family. Tp, xtaula berhasil ke tak. Sbbnye, aku takut xlarat je. Huhu. Memula nk buat spagetti. Tp, dah slalu sgt. So, i'm trying new recipe. Baked Cheese Rice.

Resepi ni aku tgk kt internet. Tp aku tukar2 mane yg patut sesuai ngan citarasa org Malaysia. Chewahhh. Lagipun aku tgk mcm senang je mat saleh ni buat.

Ok, ni bahan-bahannye (untuk 5-6 org mkn):

2 kilo isi ayam
2 biji bawang besar india (diracik halus)
3 ulas bawang putih (dicincang)
2 Capsicum (hijau/merah)
2 sudu cili boh
2 sudu mentega
3 cawan beras (masak menjadi nasi)
Keju mozarella & cheddar

Panaskan kuali, masukkan mentega. Kemudian tumis bawang putih & cili boh hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam. Tumis hingga betul2 masak. Masukkan bawang besar dan capsicum. Masukkan sedikit serbuk perasa, serbuk lada hitam & garam. Setelah bahan2 tadi masak, masukkan bahan2 tadi ke dalam nasi yang telah dimasak dan gaulkan. Masukkan nasi tersebut ke dalam bekas (yg boleh dimasuk dlm oven). Taburkan keju cheddar dlam nasi & campurkan keju mozarella & cheddar di atas nasi. Tutup bekas nasi tersebut dengan aluminium foil. Kemudian masukkan ke dalam oven. Suhu dlm 250ÂșC, 40-45 minit. Selamat mencuba!!

0 comments:

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts