30 December 2010

Yeayyy Esok Cuti!!!!

Tahniahh sekali lagi team Malaysia. Dah aku agak dah kita mesti menang la.. Huhu. Tahniah kepada coach K.rajagobal. Dan yg paling manis, Safee Sali menjadi penjaring terbanyak kejohanan. Dan tq, PM sbb bagi cuti esok! Huhu.

Okla, pg2 ni xde idea sgt nk tulis pepanjang. Cume mlm td aku tidur lena sbb team Harimau Malaya menang AFF Suzuki Cup 2010. Berbaloi penantian selama 14 thn. Huhu..


29 December 2010

Happy New Year!!!


Harini hari terakhir aku kt opis utk thn 2010 nih. Huhu. Esok dh start cuti. Banyak bende yg nak disetelkan. Di kesempatan ni aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru 2011 kepada semua. Semoga apa yang dicita-citakan sepjg thn 2010 ni sudah pun tercapai.

So, sesiapa yg dh pasang azam thn baru 2011 ni jgn hanya berazam je. Sama-sama kita tingkatkn usaha utk mencapainya. Semoga kite semua akan sentiasa diberkati & dilindungi Allah SWT. Amin..

Kepada pasukan bola sepak negara, tahniah & selamat berjaya aku ucapkan. Huhu, awal2 dh tahniah, mcm tau-tau je nk menang. Huhu. Do your best. We are so proud of you, Harimau Malaya. Jgn hiraukan provokasi pihak lawan. Derang saje nak try test twistkan mental kita. Kalah menang tu kan adat pertandingan. Yg penting semangat berpasukan! Huhu. Walaupun xdpt nkg Jakarta, aku bg full support dari umah je la mlm ni. Haha. Apepun, Good Luck!!

Go goo Harimau Malaya!!!~~

Tanya Ustaz..~

Pagi tadi aku msg Ustaz Wan Shohor Bani Leman kat FB. Tanya ustaz satu kemusykilan. Punya la pjg aku tanye. Ustaz jawap ringkas, padat, sempurna aku kira. Hehe. Malu aku kejap sbb sikit sgt ilmu ttg Al-Quran & hadis yg aku tau. Tu pun, aku dgr & belajar dari ceramah/tazkirah kt masjid, tv, radio & youtube. Huhu. Banyak lg yg aku kne belajar nih..

Ok, ni soalan aku:

Assalamualaikum Ustaz,
Saya ada sedikit persoalan nak tanya dgn Ustaz. Alhamdulillah, saya kini sedang mengandung masuk 3 bulan anak pertama. Soalan saya, apa hukumnya sekiranya saya membaca Al-Quran atau surah Yasin (kitab kecil) dlm keadaan berbaring kerana masalah mual & pening yang teruk. Terima kasih Ustaz.

Jawapan Ustaz Wan Shohor:
no problem....tgk ali-imran (3:191)


Pastu, aku pegi search kt internet then aku jumpe ayat & terjemahan surah ni..

Surah Ali Imran 3-191:


(Iaitu) orang yang mengingati Allah semasa berdiri, duduk dan berbaring dan mereka bertafakur (memikirkan dengan mendalam) tentang penciptaan langit dan bumi (lalu mereka mengucapkan): “Rabbana (wahai Tuhan kami)! Engkau (Allah) tidak jadikan (semua) ini dengan sia-sia. Subhanaka (Maha Suci Engkau/Allah)! Lindungilah kami daripada azab neraka.”

Sesungguhnya Al-Quran adalah kitab yang paling sempurna. Semua jawapan tentang hidup, mati, dunia & akhirat ada di dalamnya. Cuma kita je yg perlu amalkan dan faham isinya. Jom kita tingkatkan usaha agar menjadi insan yg lebih berilmu & bertakwa. Insya Allah.. [^_^]

Amalan Ketika Mengandung

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

**Renung-renungkan & selamat beramal.. [^_^]

27 December 2010

Tahniah Malaysia!!!

Tahniah kepada team Malaysia yg menewaskan Indonesia dlm perlawan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2010. 3-0 mata yg cukup baik aku rase sbg bekal menentang Indonesia dlm perlawan akhir ke-2 Rabu ni. All the best Harimau Malaya!~ Kami rakyat Malaysia amat berbangga dengan pencapaian ni & berharap kemenangan berpihak kepada kita semua!

Zaman anak dara dulu rajinla gak aku ke stadium. Pantang ade match. Lagi2 klau team Selangor yg main. Ade gak niat nakg tgk game smalam. Tapi, stakat angan2 je la. Tak kuase plak nak menempuh traffic jam & puluhan ribu manusia kat sane. Lg2 badan tak brape nk sehat ni. So, aku lepak tgk tv kat umah je la sambil makan kuaci. Huhu..

Salam tgh hari, sempat g Digital Mall, PJ. Belikan laptop utk ibu. Maklumlah, Petronas baru dapat bonus. Huhu. Aku & hubby berjaya mendapatkan laptop impian ibu, brand ASUS A52JC. Ibu nk yg simple je, janji bleh tahan at least 5-6thn. Harga xdela mahal sgt tp within bajet dlm RM2199. Dari Digital Mall ke Amcorp plak. Igt nak cari pregnancy books. Tp, xde yg berkenan plak. Petang, balik je umah aku terus carik katil. Penat! Then mlm lepas maghrib terus get ready dpn tv. Huhu. Semangat sungguh!

Bila Malaysia score 1st gol, hilang langsung penat aku ptg tadi. Huhu. Tahniah sekali lagi kepada anak buah K Rajagobal. Tp, jgn plak over confident. Ade 1 lg perlawanan. Smoga korang akan terus sukses. Hidup Harimauuuu!! Huhu.

25 December 2010

Medan With Luv - Part 1

Akhir bln 11 aritu, kami sempat ambil cuti honeymoon ke Medan, Indonesia. Percutian ditaja oleh ibu tercinta, Hjh. Suhaidah. Satu percutian yg sukar dilupakan kerana kami habiskan kebanyakan masa di dalam tourist bus.

Kami bertolak dari Subang dengan menaiki pesawat ringan Fireflyz. Penerbangan tak lama, dalam 1 jam 5 minit shj. Kemudian, sampai di Airport Polonia Medan kami dibawa oleh tourist guard, Pak Amrin makan tgh hari di sebuah restoran Minang. Dalam bas, kami berkenalan dengan keluarga Pakcik Hamzah & Makzik Zai. Mereka berempat, bawa 2org anak bujangnye bersama, Zahari & Azrul. Sronok gak ade kawan berborak. Aku ingatkn berdua je ngan suami. Lepas makan, kami terus bergerak ke Tasik Danau Toba di Parapat. Perjalanan dari pekan Medan ke sana mengambil masa lebih kurang 5 jam. Lebih kurang pukul 7.00 malam kami sampai di Danau Toba Cottage. Lepas dinner,kami semua pegi ronda2 kat pekan Parapat tuh cari t.shirt utk kenang-kenangan.

Esoknya, kami dibawa naik bot mengelilingi Tasik Danau Toba yang cantik, terus ke perkampungan orang Batak di Pulau Samosir. Perjalanan naik bot ambil masa dlm 45 minit. Then, jalan lagi ke Kg. Tomok, perkampungan Batak jugak. Sambil tu kami shopping souvenir utk bawak balik ke Malaysia. Esoknye kami terus ke Simarjarunjung. Tmpt ni lebih kurang macam Cameron Highland. Cuma lagi sejuk. Kat sini, kiteorg dpt minum teh halia yang kawww bersama goreng pisang. Then, kami gerak ke Berastagi & sempat makan jagung bakar yg femes kat sini. Gerai jagung tu, terletak btol2 kat pasar buah Berastagi. Antara buah paling femes yg derang jual, pisang kaki! Huhu..

Esoknya lepas breakfast kat Sibayak Hotel di Berastagi kiteorg terus gerak balik ke pekan Medan. On the way, kami sempat singgah ke butik kain batik & telekung serta Pasar Ikan. Nama je Pasar Ikan, tp tak jual ikan pun. Pasar ni lebih kurang macam Jalan TAR kt KL tuh. Jual kain2 batik, pelikat, jubah & telekung. Lepas tu, kami ke Medan Mall dan Sogo. Shopping sket. Medan pun ade Sogo tau. Huhu.

Di Medan, kami tinggal kat Grand Antares Hotel. Hotel 4 bintang. Dinner & breakfast sepanjang di Medan ni sgt best! Memuaskan sgt2. Ni antara kenangan paling indah aku ngan suami. Hopefully, 1 hari bleh bawak family jalan2 ke Medan plak. Ok, ni aku share sket gambar2 masa kt sane..























24 December 2010

Baked Cheese Rice


Ok, weekend ni aku rase mcm nak masak something special utk hubby & family. Tp, xtaula berhasil ke tak. Sbbnye, aku takut xlarat je. Huhu. Memula nk buat spagetti. Tp, dah slalu sgt. So, i'm trying new recipe. Baked Cheese Rice.

Resepi ni aku tgk kt internet. Tp aku tukar2 mane yg patut sesuai ngan citarasa org Malaysia. Chewahhh. Lagipun aku tgk mcm senang je mat saleh ni buat.

Ok, ni bahan-bahannye (untuk 5-6 org mkn):

2 kilo isi ayam
2 biji bawang besar india (diracik halus)
3 ulas bawang putih (dicincang)
2 Capsicum (hijau/merah)
2 sudu cili boh
2 sudu mentega
3 cawan beras (masak menjadi nasi)
Keju mozarella & cheddar

Panaskan kuali, masukkan mentega. Kemudian tumis bawang putih & cili boh hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam. Tumis hingga betul2 masak. Masukkan bawang besar dan capsicum. Masukkan sedikit serbuk perasa, serbuk lada hitam & garam. Setelah bahan2 tadi masak, masukkan bahan2 tadi ke dalam nasi yang telah dimasak dan gaulkan. Masukkan nasi tersebut ke dalam bekas (yg boleh dimasuk dlm oven). Taburkan keju cheddar dlam nasi & campurkan keju mozarella & cheddar di atas nasi. Tutup bekas nasi tersebut dengan aluminium foil. Kemudian masukkan ke dalam oven. Suhu dlm 250ÂșC, 40-45 minit. Selamat mencuba!!

MC 2 hari....~

2 malam tak boleh tidur. Satu badan sakit sgt. Dlm pkul 4pg, terpakse mengejutkan dia yang tgh lena tidur dibuai mimpi. Kesian, dengan wajahnya yg tak mampu membuka mata. Tapi, sakitku ketika itu dah smpai ke kemuncaknya.

Dia bangun terpinga2. Dia tanye sama ade aku ok ke tidak. Aku baring kejap kt sebelahnya. Aku kate, 'Kene pegi klinik skarang'. Dia belek jam. 'Tapi pukul 4pg ni yang. Hmm, xpe, awk siap kte pegi.'

Aku cuci muka sket & gosok gigi. Pastu terus gerak ke klinik Salina open 24 hours. Doktor kate aku xcukup makan, xcukup minum air, xcukup makan buah, xcukup makan sayur. Semuala xcukup. Tu yang badan takde nutrien cukup nak bagi pada baby. Gastrik pulak semakin memuncak. Xtertahan rasenye. Aku hampir jugak kne sembelit kerana kurang minum air & susah nak buang air.

Aku nangis gak 1,2 hari ni. Kesian kat suami terpakse berjaga malam risaukan aku. So, 2 hari aku dpt MC. Harini masih lagi menahan sakit. Doktor kate, klau makin teruk kne masuk hospital. Dia kate 1st pregnancy mmg normal ade masalah mcm ni. Dia suggest aku pegi klinik/hospital kerajaan utk buat further check up. Dia kate walaupun klinik/hospital kerajaan ni slow, beratur pjg tp result check up yg mereka bagi sgt accurate. Senang utk refer di mana-mana hospital if ade masalah di kemudian hari.

Insya Allah, cuti ni aku akan pegi klinik/hospital kerajaan utk dptkan butir terperinci ttg kandungan aku nih. Nak buat blood test skali. Hopefully, aku akan lebih tabah & sabar dgn keadaan ni. Mungkin sbb aku xde pengalaman mengandung. So, i'm a bit worried. Syukur, aku masih ade suami penyayang & family yg byk memberi support. Aku harap kandungan aku ini sihat & jadi anak soleh/solehah. Pengalaman ni byk ajar aku erti sabar, pengorbanan dan lebih dekat dengan Allah.

Sekadar coretan utk dikongsi bersama.. :)

20 December 2010

Azam Tahun Baru 2011



Azam tahun 2011 ni:

  • Jadi isteri, anak & ibu yang solehah. Insya Allah.

  • Lose some weight by Dec 2011.

  • Buys lots of cooking books & try new recipes.

  • Shopping baju baby banyak².

  • Kumpul duit pegi haji/umrah.

  • Start menabung untuk baby.


  • Hopefully, azam ni bukan setakat azam je. Moga impian jadi kenyataan. Insya Allah. Goodluck to me! Yeeaayyy..

    Makanan Yang Perlu Dihindar Ketika Hamil

    Ada beberapa jenis makanan yang sebaiknya dihindari selama kehamilan karena mereka dapat menyebabkan infeksi-infeksi seperti; salmonella,toksopla smosis,listeria, E.coli, yang dapat membahayakan bayi dalam kandungan anda.

    • Jangan makan daging mentah (sushi) atau yang dimasak kurang matang, kerana mengandungi Toksoplasmosis, sebuah parasit yang dapat menyebabkan infeksi serius pada janin anda dan juga E.coli, yang berbahaya bagi ibu hamil dan janin.

    • Toksoplasmosis terdapat pada sayuran yang tidak dicuci dengan baik, oleh kerana itu bersihkan sayuran anda dengan baik, apalagi untuk salad yang dimakan mentah. Hindari juga kotoran kucing atau bermain-main dengan kucing selama kehamilan kerana mengandung toksoplasmosis.

    • Jangan makan daging ayam dan telur yang dimasak kurang matang atau mentah , hindari makan hati ayam/daging yang mungkin sumber dari salmonella, yang dapat menyebabkan diarea yang berat pada ibu hamil. Juga perhatikan piring, alat-alat masakan yang terkena daging ayam mentah ini untuk dicuci.

    • Ikan tuna steak, ikan sea bass, shark, atau ikan-ikan berukuran besar yang diketahui mengandung tingkat mercuri yang tinggi yang dapat menyebabkan kerosakan saraf jika dimakan dalam jumlah besar. FDA merekomen ikan tuna dan ikan ukuran besar ini sebanyak 12 auns perminggu.

    • Keju lunak seperti brie dan camembert, blueveined cheese juga keju dari susu kambing dan domba, serta jangan minum susu yang tidak di pasteurisasi. Semua produk ini mempunyai resiko membawa listeria. Listeria tipe bakteri yang mampu menembus plasenta dan menyebabkan infeksi janin, pada dewasa tidak ada gejala atau seperti flu. Listeria dapat menyebabkan keguguran,kelahiran premature, dan keracunan dalam darah. Sebaiknya hindari makanan jenis ini sampai melahirkan bayi anda.

    • Jangan minum minuman yang mengandung alcohol kerana ia dapat menyebabkan kelainan perkembangan pada janin dan juga problem emosional pada bayi.

    • Minuman yang mengandung cafein seperti kopi, teh sebaiknya di hindari atau dibatasi kerana kopi dapat mempengaruhi berat badan rendah pada bayi, keguguran dan juga cafein mengurangi penyerapan zat besi.

    Ingatlah perkembangan bayi dalam kandungan anda tergantung dari apa yang anda makan selama kehamilan.


    Credit to http://permatahati.wordpress.com/

    18 December 2010

    Aku Terima Nikahnya Part 2

    Alhamdulillah. Aku telah bergelar isteri lebih 2 bulan. Dan pastinya aku amat bersyukur dan bahagia kerana menemui cinta sejati. Insya Allah, cinta kami ini sampai syurga..

    Okla, arini tak berapa sehat. Maklumla, pembawakan baby.. Tapi yg pelik aku tak morning sickness mcm sesetengah org.. Aku kne evening sickness plak.. Masuk je Maghrib, mula la kepala start pening, loya.. Dugaan.. Tapi, apepun aku bersyukur kerana ini benih cinta kami berdua. Moga Allah lindungi keluarga kami & jadikan anak yg bakal aku lahir ini seorang anak soleh/solehah. Insya Allah..

    Ni ade beberape keping gmbar nikah yg aku nk kongsi ngan korang. Eksklusif ok. Blum didedahkan di FB. Huhu. Make up nikah done by Kak Zura dr FaszCreative, Baju oleh Butik Siti, Ampang & gambar di shoot oleh Along (photographer pihak lelaki).











    16 December 2010

    Hantu Kak Limah Balik Rumah!~



    Yeayyy!! Akhirnya dpt gak tgk filem feveret nih. Mamat Khalid is da maannn!! Dari man laksa, zombie kg. pisang & hantu kak limah. Ni sume menjadi pojaannn hatiku.. Bukan aku je, tapi satu family dah kne sampuk ngan 3 filem nih..

    Berjaya gaks aku memujuk En. Hubby tgk wyg cite nih. Memula tuh, bercinta la gak nk memujuk dia. Sbb dia mmg xsuke tgk cite melayu. Banyak yg mengarut katenye. Huhu. Tak kesahla kan, lain org lain taste.. Masuk2 je TGV Sunway Pyramid, ramai giler orang.. Yang paling xsangke, Hantu Kak Limah fullhouse!

    Tapi dalam kebosanan En. Hubby menemankan aku tgk cite ni, tetibe dia gelak sakan tgk satu scene Johan Raja Lawak (Abi Hurairah) cover 'tuuuttt' dengan tudung saji!! Hahahaha.. Serius lawak.. So, secara tak langsung aku taula yg dia xbosan sgt tgk cite tuh.. Sbb still bleh layan gelak..

    Aku tgk filem ni, salah satunye sbb Awie!! Huhu.. Dulu, masa Sembilu tgh top, poster Awie penuh aku simpan. Ade yg tampal dlm bilek, tapi sejak mak aku bising. Trus aku cabut poster. Menangisla aku kejap. Pastu yg paling best, pasal Awie gak aku curi-curi tgk wayang cite Sembilu tuh! Hahahaha..

    Okla berbalik pada Hantu Kak Limah.. Korang kne pegi tgk! Lawaknya tak plastik mcm cite2 lawak skarang nih.. Ade sindiran, tentang tabiat org melayu, kepimpinan.. Banyak yg tersirat.. Cite ni, walaupun lawak ade pengajaran.. Yang penting LAYANNNN!!

    Okla, sambung esok.. Nak makan.. Laparrr!!~

    09 December 2010

    I'm backkkk!~

    Assalamualaikum.. Salam syg buat semua..

    Dah lame rasenye aku tinggalkan blog nih..
    Bulan 10 aritu sebuk ngan kenduri kahwin sendiri.. Ni pun blum sempat upload pun gambar² spjg majlis berlangsung.. Lepas tu, bulan 11 aku sebuk berbulan madu ke Cameron Highlands & Medan, Indonesia.. Huhu..

    Bulan 12 plak, sebuk ngan birthday sendiri, majlis pertunangan adek aku & proses pembelian rumah.. Alhamdulillah, rumah dah setel! Huhu.. So, insya Allah dlm masa terdekat aku akan update blog nih.. Banyak bende yg aku nak tulis & share ngan semua..

    Ok, until then.. Daaa~
    Daisypath Anniversary tickers

    LilySlim Weight charts