17 June 2010

Cicak



Pagi td dengar IKIM.Fm, rancangan tafsir Al-Quran bersama Ustaz Zahazan. Cerita tentang Nabi Ibrahim. Ustaz sarankan kite byk membaca. Kerana membaca menjadikan kita org berilmu. Orang berilmu disayangi Allah.

Hari ni sambungan cerita ttg Nabi Ibrahim ketika dibakar oleh Raja Namrud & kaumnya. Semua haiwan berusaha dengan apa juga cara utk memadamkan api. Tetapi hanya cicak yang tidak membantu. Malah cicak meniup-niup bagi menyemarakkan lagi api yang cuba membakar Nabi Ibrahim.

Satu lagi peristiwa apabila Rasulullah SAW dan Abu Bakar RA berlindung di sebuah gua ketika diburu oleh pemuda-pemuda Quraisy yang hendak membunuh Baginda. Ketika itu labah-labah membantu membuat sarang & burung merpati membantu menghilangkan jejak. Pemuda-pemuda itu terpedaya & percaya tiada manusia di situ. Tetapi, cicak berbunyi-bunyi memberitahu ada manusia di dalam gua tmpt Baginda bersembunyi.

Aisyah RA juga menyimpan lastik di rumahnya, untuk melastik cicak!

Riwayat dari ِAbu Hurairah RA, dari Rasulullah SAW: "Siapa yang membunuh seekor cicak pada pukulan pertama, maka baginya dituliskan seratus pahala kebaikan. Dan jika (cicaknya mati) pada pukulan kedua, maka pahalanya lebih sedikit dari yang pertama. Dan jika pada pukulan ketiga, maka lebih sedikit dari yang kedua."

Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya: "Rasulullah SAW memberi gelar al-Fuwaisiq bagi cicak bermakna binatang kecil yang munafik. dan Baginda SAW pun memerintahkan untuk membunuhnya."

Sekadar untuk dikongsi bersama!~

0 comments:

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts