06 June 2010

Al Fatihah

Majlis tahlil arwah Meknab & suami berjalan dengan lancar Jumaat lepas. Perasaan sedih & sebak menyelubungi seluruh warga Unit Pemasaran & Promosi yang mengenali arwah..

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yasin diikuti dengan tahlil.. Kemudian, kami berkongsi cerita ceria tentang arwah. Sesekali aku mengintai ke bilik yang arwah.

Diambil dari surat khabar UTUSAN MALAYSIA:

KUALA LUMPUR 30 Mei – Sepasang suami isteri terbunuh manakala seorang anak mereka cedera setelah kereta Mercedes-Benz yang dinaiki terbabas lalu merempuh sebatang pokok di Kilometer 296.7 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ibu negara, dekat susur keluar Bangi semalam.

Pasangan malang itu ialah Zainab Jusoh, 54, yang juga penerbit rancangan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan suaminya, Ahmad Ariffin Ahmad Manap, 67, bekas juruteknik RTM.


Semoga arwah & suami ditempatkan di kalangan orang² yang beriman..

Al fatihah..

0 comments:

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts