25 June 2010

Friends

22 June 2010

Say No to Duriaannn!!

Jgn tanye kenape aku xmkn durian.. Tp tempoyak aku mkn.. Huhu.. Pelik.. Aku pun pelik ngan diri sendiri ni..

Aku bencila klau org dh tau aku xmkn durian tp lagi laa nk sua buah durian tu depan muke aku.. Rase nk je bagi penampar selipar jepun.. Lalala..

Aku bkn ngengade.. Tp serius, bau durian pun aku xbole.. Family aku klau bli durian mesti letak blakang umah.. Sbb dh paham dah aku camne.. Tp xdela smpai aku boikot terus org² mkn durian nih..

Paling suke durian ialah En. Tunang ye.. Pulut durian, abc durian, ais krim durian.. Tu sume fav. dia.. Terpaksela aku menahan baunye itu yee... Huhu..

Sbenarnye entri ni sbb bengang En. Tunang mkn ais krim durian depan aku sambil menghembus²kan nafasnye yg berbau duriann tuh.. Arrgghhh..

Dahhlaa.. Bye!~

21 June 2010

Rumahku Syurgaku...

Sabtu lepas sempat g MidValley jap. Kebetulan ade Property Exibition. Menarik!!~

So, jalan² la jap dlm exibition hall tuh.. Mmg tgh plan nak cari umah.. Nk duduk sendiri lepas kahwin ni ngan En. hubby.. Location, masih di Klang.. Klang & kami dh sebati.. Hehehe..

Tgh jln², tetibe terpandang 1 banner property kt Klang yg menarik.. Location - Sungai Kapar Indah, Klang.. Double story house, starting from RM171k.. Design rumah pun ok & dgn harga tu, aku rase dh terbaik utk kteorg berdua..

Actually ade 2 design, yg satu completed, satu lagi dlm progress.. Dh buat appointment dengan developer. So, Sabtu ni kiteorg akan ke sana meninjau lokasi & klau btol² berbaloi maybe kteorg akan terus booking.. Harapkan yg terbaik & semuanya berjalan lancar! Aminnn...

20 June 2010

Happy Father's Day

Ayah.. I Luv u to da max!~

Terima kasih utk kasih syg, didikan yang sempurna dari seorang ayah yang hebat! Ampunkan dosa & kesalahan yg mungkin pernah mengguris hati ayah..

Selamat Hari Bapa utk ayah paling hebat di dunia! I Luv You So Muchh!~ Semoga keluarga kita sentiasa bahagia, berada dlm redha & lindungan Yang Maha Esa..

Insya Allah.. Amin....

19 June 2010

Terima Kasih Chenta...

Terima kasih awak.. Belikan panadol smalam, ketika saya sakit kepala yg amat sgt.. Terima kasih kerana sabar dgn karenah saya, lebih² lg bile saya sakit..

Terima kasih ibu, picitkan kepala.. Sentuhan ibu tu azimat!

Terima kasih ayah, hantarkan along pegi kje 2 hari ni.. xlarat sgt nk drive..

Kasih syg kamu semua tak terhingga.. Terima kasih Chentaku. Aku hidup kerana kasih sayang kamu semuaaaa!~

Busy tp Jgn Busybody!~

Busykah? Busy busy busy... Konon² je nih... Huhu..

Tp aku xdela busy pun.. Biase je..

Just lately terasa kurang masa bersama En. Tunang & kwn²..
Sampai aritu ade 2 org bestpren ni mengadu: "Kiteorg pun kekurangan kasih syg.. Bkn Azarul sorang je tau!~".. Hahaha..

Baiklah, sy akan luangkan masa balik utk kamu semuaaaa!!~

"Busy xpe, tp jgn busybody tau!" Tu pesan mereka² yg aku syg!~ Huhu.. Terima kasih ye, kerana sound direct! Apepun, aku respect korang.

Okla, arini nkg g tgk wyg Toy Story 3D jap ngan Wanbah, Kojie & Shah kt GSC MidValley. Dpt tiket free. Yeaayyy! Nk bersuka ria sekejap sbelum smbung kje..

Jooommmmmmmm!!!~~

17 June 2010

Cicak



Pagi td dengar IKIM.Fm, rancangan tafsir Al-Quran bersama Ustaz Zahazan. Cerita tentang Nabi Ibrahim. Ustaz sarankan kite byk membaca. Kerana membaca menjadikan kita org berilmu. Orang berilmu disayangi Allah.

Hari ni sambungan cerita ttg Nabi Ibrahim ketika dibakar oleh Raja Namrud & kaumnya. Semua haiwan berusaha dengan apa juga cara utk memadamkan api. Tetapi hanya cicak yang tidak membantu. Malah cicak meniup-niup bagi menyemarakkan lagi api yang cuba membakar Nabi Ibrahim.

Satu lagi peristiwa apabila Rasulullah SAW dan Abu Bakar RA berlindung di sebuah gua ketika diburu oleh pemuda-pemuda Quraisy yang hendak membunuh Baginda. Ketika itu labah-labah membantu membuat sarang & burung merpati membantu menghilangkan jejak. Pemuda-pemuda itu terpedaya & percaya tiada manusia di situ. Tetapi, cicak berbunyi-bunyi memberitahu ada manusia di dalam gua tmpt Baginda bersembunyi.

Aisyah RA juga menyimpan lastik di rumahnya, untuk melastik cicak!

Riwayat dari ِAbu Hurairah RA, dari Rasulullah SAW: "Siapa yang membunuh seekor cicak pada pukulan pertama, maka baginya dituliskan seratus pahala kebaikan. Dan jika (cicaknya mati) pada pukulan kedua, maka pahalanya lebih sedikit dari yang pertama. Dan jika pada pukulan ketiga, maka lebih sedikit dari yang kedua."

Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya: "Rasulullah SAW memberi gelar al-Fuwaisiq bagi cicak bermakna binatang kecil yang munafik. dan Baginda SAW pun memerintahkan untuk membunuhnya."

Sekadar untuk dikongsi bersama!~

16 June 2010

Oh.. Kerja..


Korang enjoy ke dgn kerja yang korang buat? Enjoy dengan environment tmpt kerja? Enjoy bekerja dengan bos & kwn² sekerja? Korang stres dengan kerja?

Tau tak, makan boleh hilangkan stres? Tp jgnla smpai over makan. Ni antara makanan yang dpt melawan rasa stres. Kajian dh dibuat oleh pakar² seluruh dunia & terbukti berkesan. So, sje nk kongsi ngan korang.. Jom tgk!~


Dark Chocolate


Milk


Oatmeal


Salmon


Walnuts


Sunflower Seeds


Spinach


Blueberries

3 Bulan Lagi....~

Tinggal 3 bulan je lagi.. Berdebar? Mmg berdebar.. Tapi disebabkan ade kje ofis lagi yang blum setel, aku brentikan jap persiapan majlis kahwin.. Byk yg blum dibuat. Termasuklah tempah kad kahwin, deco bilek & barang hantaran..

Actually, berkesempatan pegi kedai kad kahwin kt Kajang. Harga & design amat menarik. Insya Allah, tempahan akan dibuat pada akhir bln 7.. Aku harap semuanya berjalan lancar. Semalam dh booking gift utk tetamu. Simple & sweet. Thanks ibu sbb sponsor! Hehe..

Borang nikah & HIV test pon ade dlm senarai semak. Last aku check, ujian HIV hanya valid 3 bulan je hingga ke tarikh nikah.. Tp nk kne confirm balik.. Takut kang asekla kne amik cuti.. Hal kahwin xbleh dijadikan alasan utk ponteng kje or cuti memanjang kan? Huhu.. So, kne pandai merancang supaya semua berjalan lancar dengan izin Allah!

Terima kasih family & kwn² yang byk membantu.. Luv u all!~
Dan.... Skarang sgt rindu dia!!~

08 June 2010

Psikologi Warna

Korang tau tak? Warna memainkan peranan penting dalam hidup kita. Ade kajian menunjukkan warna dan psikologi saling berkait antara satu sama lain.

Warna mempunyai pengaruh atau sifat yang berbeza dalam aspek kehidupan manusia termasuk personaliti. Berikut adalah beberapa rahsia psikologi warna:



MERAH:
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyut nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

MERAH TERANG:
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Eksentrik. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh ghairah, semangat,dominasi, kelakian.

MERAH JAMBU:
Warna ini melambangkan romantisme, feminim. Warna ini mempunyai sifat menuntut dalam kepasrahan, menggemaskan dan jenaka.

BIRU:
Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi, dan tarikan nafas. Sementara semua menurun, mekanisme pertahanan tubuh membangun organisme.

BIRU TUA:
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, perasa, integratif. Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

BIRU MUDA:
Warna ini melambangkan keanjalan dari cita-cita. Sifatnya : Bertahan, Protektif, Tidak Berubah fikiran. Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

KUNING:
Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Leluasa dan santai, senang menunda-nunda masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

KUNING TERANG:
Warna ini melambangkan sifat spontan yang eksentrik. Sifatnya : Toleran, Investigatif, Menonjol. Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berpengharapan, pemurah, tidak percaya.

HIJAU:
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan kekerasan hati. Mempunyai keperibadian yang keras dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih superior dari yang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya senang dipuji, senang menasihati orang lain.

KELABU:
Warna ini tidak menunjukkan erti yang jelas. Tidak terang dan sama sekali bebas dari kecenderungan psikologi. Warna ini cenderung neutral.

HITAM :
Warna ini melambangkan kehidupan yang terhenti dan kerananya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

COKLAT :
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka merebut, tidak suka memberi hati, kurang toleran, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

UNGU :
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat Gempuran Keras yang dilambangkan oleh warna biru. Perpaduan antara keintiman dan erotis atau menjurus pengertian yang mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

So, yang mana satu fav. color korang?

06 June 2010

Al Fatihah

Majlis tahlil arwah Meknab & suami berjalan dengan lancar Jumaat lepas. Perasaan sedih & sebak menyelubungi seluruh warga Unit Pemasaran & Promosi yang mengenali arwah..

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yasin diikuti dengan tahlil.. Kemudian, kami berkongsi cerita ceria tentang arwah. Sesekali aku mengintai ke bilik yang arwah.

Diambil dari surat khabar UTUSAN MALAYSIA:

KUALA LUMPUR 30 Mei – Sepasang suami isteri terbunuh manakala seorang anak mereka cedera setelah kereta Mercedes-Benz yang dinaiki terbabas lalu merempuh sebatang pokok di Kilometer 296.7 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ibu negara, dekat susur keluar Bangi semalam.

Pasangan malang itu ialah Zainab Jusoh, 54, yang juga penerbit rancangan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan suaminya, Ahmad Ariffin Ahmad Manap, 67, bekas juruteknik RTM.


Semoga arwah & suami ditempatkan di kalangan orang² yang beriman..

Al fatihah..

04 June 2010

Jgn Banyak Merungut

Ok, knape org slalu merungut, xpuas hati, dengki?

Contoh 1: Asik aku je.. Org lain duduk je, xbuat ape pun!

Contoh 2: Dia tu buat ape la agaknye? Buat² sebuk tp xde bende pun!

Contoh 3: Aku ni buat kje org xpandang pun!

Contoh 4: Dia xtau ke aku ni sape?!

Adakah anda mengalami pengalaman sedemikian? Huhuhu.. Klau tanye aku? Ye, pnah! Tapi, xpela aku dh maafkan mereka.. Aku pun pnah gak mcm tu dulu.. Aku doa, Allah pun ampunkan aku.. Aminnn...

Selagi bende² mcm ni ade dlm hati, selagi tu hidup xbahagia. Asikla nk cari salah orang.. Bila merungut, diri sendiri sebenarnye xredha. Klau xredha, usaha ubah nasib. Bukan asik merungut je. Klau ye pun org yang ko rungutkan tu mmg buat salah, ko nk pening² kepala fikir buat ape? Jaga diri sendiri sudah.. Sbb terlalu fikir hal orang la, kita ni susah nak bahagia!

Dunia ni kan mcm roda, sekejap kita kat atas, kejap kita kt bawah.. Iri hati, dengki tu sume kawan syaitan. Na'uzubillah.. Ok, same² muhasabah diri ye..

Renung²kan dan selamat beramal!~ Assalamualaikum!

p/s: Bahagia itu di hati!~

03 June 2010

Serangan Israel Melampau!

Ya Allah, berikanlah kemenangan kepada Mujahidin yang ikhlas di jalanMU. Ya Allah, nasib kami di tanganMU. Selaga urusan kami serahkan kepadaMU. Ya Allah, kirimkan bantuan dan pertolonganMU agar kami dpt bangkit dari penghinaan musuh-musuh agamaMU.

Kapal bantuan Rachel Corrie yang cuba menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan enam warga Malaysia berada dalam kapal itu akan meneruskan rancangannya walaupun sebuah kapal Turki dengan misi serupa telah diserang tentera laut Israel.

Sebanyak 11 warga Malaysia, termasuk seorang wartawan dan jurukamera daripada Astro Awani dilaporkan berada dalam kapal Turki, Mavi Marmara, yang diserang tentera Israel di perairan Gaza.

Salam takziah buat 9 org aktivis yg terkorban dlm serangan rejim Israel ke atas kapal bantuan kemanusian Mavi Marmara.

Adakah Israel sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri? Apa pula pendirian PBB dalam hal ini? Kami mahukan keadilan!~

Allahu Akbar!!
Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts