01 April 2010

Umrah

Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar semalam. Penerbangan xdelay. Aku adek bradek ambil cuti hantar ibu & ayah ke KLIA. Flight pukul 3.00 petang ke Jeddah. Naik Saudi Airline SV 0831. Ni kali ketiga ibu & ayah menjejakkan kaki ke Mekah & Madinah. Sekali menunaikan haji & 2 kali umrah. Kali pertama, kami menunaikan umrah bersama 1 keluarga. Perasaan ketika itu? Tak dpt ku gambarkan dengan kata². Hanya.. "Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah!"

Persiapan dibuat seawal 2 minggu bagi memastikan xde brg yg tertinggal. Ibu & ayah pergi mengikuti rombongan Boustead Travel & Andalusia Travel selama 14 hari.

Hati sayu tatkala melihat ibu & ayah melambai turun ke balai perlepasan. Sedih bercampur terharu juga gembira. Bila la lagi aku ngan adek² akan ke sana. Aku doakan yg terbaik utk ibu & ayah. Semoga perjalanan mereka sebagai tetamu Allah mendapat keredhaan di sisiNYA. Amin...

Tugas² di rumah kini terletak di bahuku. Kire okla kan. Bleh praktis. Tak lama lagi nak jadi isteri orang pulak. Isteri solehah. Insya Allah. Sebagaimana layanan & cinta Fatimah kepada Ali. Aku xmampu sehebat puteri Rasulullah. Tapi, Fatimah inspirasiku!

"Ibuu, kirim salam pada Rasulullah ye kt Madinah nanti..", itu sms ku sbelum aku terlelap tdo mlm tadi..




0 comments:

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts