08 April 2010

I'm on a Diet

Xtaula knape. Sejak 2 menjak ni craving coklat plak. Asal nmpak coklat mesti nk beli. My fav - kinder bueno! Huhu. Tapi disebabkan tgh dlm proses mendietkan diri, terpaksela berhenti mkn bende² yg boleh menambah berat badan dlm 6 bulan nih.

Kne struggle sket ye utk nmpak cantik & langsing di hari persandingan. Chewwaahhh! Harap² usaha aku akan berbaloi. Start bln ni kne control mkn, jogging & swimming! Yeeahh! Ini bukan cobaan tapi betul² kejadian! Hehe..

Ok, nk kongsi tips untuk kurus, cantik & yg penting sihat!

1. Cuba belajar makan dengan kuantiti yang lebih sedikit tetapi kerap dalam 4-5 kali sehari (untuk meningkatkan tahap metabolisme).

2. Jangan makan makanan yang berlemak seperti coklat, ais krim, atau junk food.

3. Makan lebih banyak buah dan sayuran.

4. Jangan makan selepas pukul 8.00 malam. Jika lapar, minum segelas susu dan dua keping biskut atau buah-buahan.

6. Jangan lupa bersenam. Sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

7. Tidur yang cukup. Kita perlu tidur sekurang-kurangnya 8 jam untuk mempunyai tubuh yang sihat.

8. Biasakan diri untuk sarapan pagi. Sarapan boleh mencegah kita untuk makan banyak pada waktu tengah hari.

9. Minum sekurang kurangnya 8 gelas sehari. Jauhkan dari minum minuman bergas atau minuman yang banyak gula.

10. Doa, tawakal & usaha!

0 comments:

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts