04 April 2010

Ada Cerita Tentang Aku & Dia

Aku Bertemu Dia
Aku masih ingat hari pertama menjejakkan kaki ke Bahagian Sistem Maklumat, Majlis Perbandaran Klang. 4 bulan aku praktikal di situ. Mei 2004 hingga Ogos 2004. Hari pertama aku diperkenalkan oleh Kak Ila kepada staff bilik teknikal (semuanya lelaki). Mereka kata aku JULING!~ Aku benci mereka! Termasuk dia, Azarul 'Ariff Asa'ari!

Aku Kawan Dia
Bermulalah episod kami sbg kawan sepraktikal di BSM. Aku tak berapa suka dia. Ego. Baran. Macam bagus. Dia pernah kata. "Aku malas nk pk pasal perempuan ni. Aku nak travel satu dunia dulu baru pk pasal perempuan, psl cinta!" Itu ayat dia yang aku igt sampai skang. Tp, sbg kwn aku tetap respect dia sbb dia ada pendirian. Pelajar praktikal ketika itu 6 orang. Azwa, Naem, Ipin, Fairus, Azarul & aku. Ke mana sj kami bersama. Dari breakfast sampai ke dinner. Dari pagi sampai ke mlm.

Aku Sahabat Dia
Satu sifatnya aku suka, dia berterus terang. Dia pnah complain aku pakai minyak wangi byk sgt. "Perfume tumpah ke kt baju ko nih?!" Semua pun la dia complain. Dari kepala smpai kaki aku. Kami janji akan jadi kwn smpai bila². Dari kwn, kami jd sahabat. Kami kongsi cheritera hidup kami.

Aku Hormat Dia
Aku hormat dia krn dia hormat aku sbg seorang perempuan. Aku hormat dia krn dia jujur sepjg kami berkwn. Dia kwn terbaik.

Aku Suka Dia
Hari Keluarga BSM di Melaka. Aku suka dia. Dlm ego, dia lembut. Dlm baran, dia penyabar. Aku suka dia. Sgt suka. Sgt suka.

Aku Sayang Dia
Bila dia selesai praktikal, aku masih ada baki 2 bulan lagi di BSM. Aku mula rindu dia. Rindu dia sakat aku. Kutuk aku. Aku tau aku dh mula syg dia.

Aku Cinta Dia
Hari ini, aku cinta dia. Cinta dia mcm aku pertama kali jatuh cinta. Esok, lusa & selamanya aku cinta dia. Terima kasih Allah, kerana kau hadirkan dia dlm hidupku!

0 comments:

Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts