27 April 2010

Nyawaku, MyVi kuu - Telah Sedar Dari Komaa!!~

Yeaayyy, i'm back. We are backkk!!!~~
I miss my MyVii.. Alhamdulillah, telah sedar dari koma..

Ok, tu je nk tulisss.. Lalalala~


p/s: Tgh bengang, marah, benci seseorangg!!!~~~

26 April 2010

Sorakan 1Malaysia 1Dunia

RTM Penyiar berlesen Piala Dunia 2010. Piala Dunia akan bermula 11 Jun ini hingga 11 Julai 2010. So, last Saturday aku ngan geng² pemasaran & promosi berada di Sek. Keb. Sg. Buaya, Rawang utk memeriahkan mini karnival Piala Dunia kt sana. Antara aktiviti termasuk pertandingan mewarna, kuiz, sukaneka dan sesi karaoke.

Hari mmg panas terik. Pastu plak buat kt tengah padang. Kiteorg hampir tersesat sbb xbrape sure jalan masuk kampung tu. Huhu. Dari Angkasapuri naik kete En. Ahmad Suhairy. Janji kol 10pg, alih² kol 11pg baru kiteorg gerak. Siap print map takut sesat. Huhu.

Wakil Seksyen Promo kteorg bertiga je. Suhairy, Wanbah & aku. Sepjg jalan puasla kteorg melantak goreng pisang, cekodok yg sempat kteorg beli kat tepi jalan. Kebetulan area situ org tgh berkempen. Parlimen Hulu Selangor P.94. So, byk gerai² tepi jalan jual makanan & minuman. Perang poster ngan bendera cukup hebat!~

Okla, taknak komen pasal politik nih. Bkn area aku.. Huhu.. Apepun, tahniah kepada pemenang. Dan pastikan rakyat tidak tercicir dr agenda negara. Ingat, rakyat adalah amanah anda!~

Haa, tu je laa.. Daaa~

19 April 2010

Yeaayy Balik Umrah!~

Yeaayy.. Ibu & Ayah dh balik dr umrah. Besstt!!~ Pegi rasenye 2 beg je. Balik ni aku kire ade 8 beg!~ Huhuhu..

Apepun, kami gembiraa ibu & ayah dh balik. Dan yg penting sumenye selamat & sehat!~ Muuuaaahhhssss!~






Nyawaku, MyVikuu!!~

Sedeyy!~ Ni pertama kali dlm tempoh 5 tahun aku pakai kereta, keretaku meragam. Hari Jumaat lepas, time balik dr opis kereta xbleh start. Xtau ape masalah. Seb baik ade kawan² yg membantu. Thanks a million tu Farah, Wanbah & Fad!~ Korang mmg beshhh!~ Xsia² g jogging kan?. Ade gak stamina nk tolak kete aku tuh!~ Hahahaha..

So, keteku selama 2 minggu berada di rumah sakit@workshop!~ Sedeyyy.. Aku hilang nyawaku. Skang ni pegi opis pinjam kete ibu. Huhu. Xblehla nk merempit mcm slalu. Sbb kete orang xmcm kete sendri. Btul x? Huhu..

Rinduuu Nyawaku, MyViku... UUwwwwaaaaaaaaa!!~ Cepatla sehat ye. Nanti kite merempit lagi. Kan byk plan ni. Nilai la, Ulu Yam la.. Lalalala~ Rehat cukup² kt rumah sakit tuh! Jgn lupe makan ubaattt!! Huhu.. Ok babehhh!~ Chow!~

I-City

Besh jalan² kat I-City. First time pegi dgn adik & en. tunang. Pegi hari Sabtu malam Minggu. Kluar umah dlm pkul 9.00 mlm. Sampai je kat sane, byk dh kete yg parking tepi jalan. Manusia dh mcm semut. Huhu. Ramai giler. Siap ade yg berkelah bawak bekal!~ Hehe.

Member aku yg kt KL pun dh sampai 3,4 kali. Aku yang kt Klang ni barula ade kesempatan dtg cni. Tu pun, sbb on da way nk ke Uptown, Shah Alam.

Ape yg ade kat I-City ni? Dari Federal Highway, korang akan nampak lampu warna-warni kat tepi jalan. Tapi bile korang masuk btol² kt I-City tu, baru korang tau. Bukan setakat lampu, mcm² replika haiwan di hiasi ngan lampu ade kt situ. Snowman, tanglung, limau sume adelaa dlm tu.

I-City dh masuk are Shah Alam, kt Seksyen 7. I-City ni salah satu dari projek MSC. Kalau nk pegi dinasihatkan petang² dh lepak citu. Sbb klau lambt, jem giler. I-City dibuka pada setiap hari. Mulai pkul 8.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Ni antara gmbar² yg sempat kteorg amik time bersuka ria kat sane!~










15 April 2010

Benci

Aku benci bile ade org sebuk amik tau hal aku.
Klau aku xnak cerita, suke hati aku la kan. Hal aku.
Sape dia berani nk tanye itu ini kat aku. Lagi² melibatkan
personal life aku. Bkn stakat tanye, siap bagi pendapat tu.
Sori ye, aku tak mintak pun opinion kau!~

Arrghh.. Fed up!~

12 April 2010

Pertukaran Jalur Frekuensi TV1

Penat. Satu hari. Shooting merata. Pkul 7.30pg dari umah ke opis. Dari opis gerak ke RTM Kajang pkul 10pg. Di Kajang, shooting 2jam. Pkul 12tgh hari gerak ke Stesen Pemancar Ulu Kali, Genting Highlands. Lame xnaik genting. Kali ni naik van RTM ye. Huhu.. Krew sgt² best!~

Pkul 3ptg, gerak turun dr Genting & brenti solat dan mkn kat R&R Genting Sempah. Penat! Dari Genting, dlm pkul 4ptg trus ke lokasi seterusnya Klang (cari rumah kampung). Dr Klang, dlm pkul 6.20ptg trus gerak balik ke opis. Sampai opis pkul 7mlm. Lepas tu prepare skrip & sambung lagi shooting dgn talent Cik Aina, dlm pkul 8.30mlm.

Lepas shooting, pkul 10mlm prebiu bahan shooting. Sketch storyboard, senang sket nk bagi editor & designer paham. Pkul 11.30mlm, En. Tunang amik trus balik klang. Sempat tdo jap dlm kete time balik tuh. Serius dah lebam dh aku time tuh.

Hari ni Isnin, pkul 5.45pg aku dh bangun. Kne pegi kje gak. Byk bende blom setel!~ Arrghh.. Tgh hari nkg pj jap amik cincin. Can't wait!~

Ok, brenti cni dulu. Esok upload gambar.. Daa~ (aku masih ngantuk & mamai yeee...)

08 April 2010

I'm on a Diet

Xtaula knape. Sejak 2 menjak ni craving coklat plak. Asal nmpak coklat mesti nk beli. My fav - kinder bueno! Huhu. Tapi disebabkan tgh dlm proses mendietkan diri, terpaksela berhenti mkn bende² yg boleh menambah berat badan dlm 6 bulan nih.

Kne struggle sket ye utk nmpak cantik & langsing di hari persandingan. Chewwaahhh! Harap² usaha aku akan berbaloi. Start bln ni kne control mkn, jogging & swimming! Yeeahh! Ini bukan cobaan tapi betul² kejadian! Hehe..

Ok, nk kongsi tips untuk kurus, cantik & yg penting sihat!

1. Cuba belajar makan dengan kuantiti yang lebih sedikit tetapi kerap dalam 4-5 kali sehari (untuk meningkatkan tahap metabolisme).

2. Jangan makan makanan yang berlemak seperti coklat, ais krim, atau junk food.

3. Makan lebih banyak buah dan sayuran.

4. Jangan makan selepas pukul 8.00 malam. Jika lapar, minum segelas susu dan dua keping biskut atau buah-buahan.

6. Jangan lupa bersenam. Sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

7. Tidur yang cukup. Kita perlu tidur sekurang-kurangnya 8 jam untuk mempunyai tubuh yang sihat.

8. Biasakan diri untuk sarapan pagi. Sarapan boleh mencegah kita untuk makan banyak pada waktu tengah hari.

9. Minum sekurang kurangnya 8 gelas sehari. Jauhkan dari minum minuman bergas atau minuman yang banyak gula.

10. Doa, tawakal & usaha!

04 April 2010

Ada Cerita Tentang Aku & Dia

Aku Bertemu Dia
Aku masih ingat hari pertama menjejakkan kaki ke Bahagian Sistem Maklumat, Majlis Perbandaran Klang. 4 bulan aku praktikal di situ. Mei 2004 hingga Ogos 2004. Hari pertama aku diperkenalkan oleh Kak Ila kepada staff bilik teknikal (semuanya lelaki). Mereka kata aku JULING!~ Aku benci mereka! Termasuk dia, Azarul 'Ariff Asa'ari!

Aku Kawan Dia
Bermulalah episod kami sbg kawan sepraktikal di BSM. Aku tak berapa suka dia. Ego. Baran. Macam bagus. Dia pernah kata. "Aku malas nk pk pasal perempuan ni. Aku nak travel satu dunia dulu baru pk pasal perempuan, psl cinta!" Itu ayat dia yang aku igt sampai skang. Tp, sbg kwn aku tetap respect dia sbb dia ada pendirian. Pelajar praktikal ketika itu 6 orang. Azwa, Naem, Ipin, Fairus, Azarul & aku. Ke mana sj kami bersama. Dari breakfast sampai ke dinner. Dari pagi sampai ke mlm.

Aku Sahabat Dia
Satu sifatnya aku suka, dia berterus terang. Dia pnah complain aku pakai minyak wangi byk sgt. "Perfume tumpah ke kt baju ko nih?!" Semua pun la dia complain. Dari kepala smpai kaki aku. Kami janji akan jadi kwn smpai bila². Dari kwn, kami jd sahabat. Kami kongsi cheritera hidup kami.

Aku Hormat Dia
Aku hormat dia krn dia hormat aku sbg seorang perempuan. Aku hormat dia krn dia jujur sepjg kami berkwn. Dia kwn terbaik.

Aku Suka Dia
Hari Keluarga BSM di Melaka. Aku suka dia. Dlm ego, dia lembut. Dlm baran, dia penyabar. Aku suka dia. Sgt suka. Sgt suka.

Aku Sayang Dia
Bila dia selesai praktikal, aku masih ada baki 2 bulan lagi di BSM. Aku mula rindu dia. Rindu dia sakat aku. Kutuk aku. Aku tau aku dh mula syg dia.

Aku Cinta Dia
Hari ini, aku cinta dia. Cinta dia mcm aku pertama kali jatuh cinta. Esok, lusa & selamanya aku cinta dia. Terima kasih Allah, kerana kau hadirkan dia dlm hidupku!

01 April 2010

Umrah

Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar semalam. Penerbangan xdelay. Aku adek bradek ambil cuti hantar ibu & ayah ke KLIA. Flight pukul 3.00 petang ke Jeddah. Naik Saudi Airline SV 0831. Ni kali ketiga ibu & ayah menjejakkan kaki ke Mekah & Madinah. Sekali menunaikan haji & 2 kali umrah. Kali pertama, kami menunaikan umrah bersama 1 keluarga. Perasaan ketika itu? Tak dpt ku gambarkan dengan kata². Hanya.. "Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah!"

Persiapan dibuat seawal 2 minggu bagi memastikan xde brg yg tertinggal. Ibu & ayah pergi mengikuti rombongan Boustead Travel & Andalusia Travel selama 14 hari.

Hati sayu tatkala melihat ibu & ayah melambai turun ke balai perlepasan. Sedih bercampur terharu juga gembira. Bila la lagi aku ngan adek² akan ke sana. Aku doakan yg terbaik utk ibu & ayah. Semoga perjalanan mereka sebagai tetamu Allah mendapat keredhaan di sisiNYA. Amin...

Tugas² di rumah kini terletak di bahuku. Kire okla kan. Bleh praktis. Tak lama lagi nak jadi isteri orang pulak. Isteri solehah. Insya Allah. Sebagaimana layanan & cinta Fatimah kepada Ali. Aku xmampu sehebat puteri Rasulullah. Tapi, Fatimah inspirasiku!

"Ibuu, kirim salam pada Rasulullah ye kt Madinah nanti..", itu sms ku sbelum aku terlelap tdo mlm tadi..




Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts