29 January 2010

Gegar Generasiku

Actually ni projek last year. Nk posting jugak sbb byk kenangan mase buat job ni bersama En. Wanbah. Best giler!~ First job kt Padang Semarak, Angkasapuri. Slalu kne kluar je.

Program Gegar Generasiku ni sbenarnye dibuat khas untuk golongan remaja. Yela, skang ni kte tgk kat suratkhabar, berita, majalah ade je kes-kes jenayah yang melibatkan golongan remaja. Terutamanye rempit.

So, ini salah satu pendekatan yang RTM amik utk ajak budak² remaja nih join aktiviti yang berfaedah. Yang menarik mase program tu berlangsung ialah pertandingan tarian shuffle. Hadiah pun kire lumayan gak. Byk peserta yg bertanding aritu. Xsangke budak²M'sia kite ni pun ade bakat dan itulah yg perlu diketengahkan.

Krew aritu 2 orang je. Cameraman: Abg Ajib & Audioman: Abg Syamsul. Shooting ari Ahad klau xsilap. Sempat aku daftar jd ahli Facebook 1Malaysia. Huhu. Patriotik sungguh. Ok, jom tgk gmbar!









27 January 2010

Anak Permata Negara

Last week abes dh projek shooting kat Pusat Anak Permata Negara, Dengkil. Terima kasih xterhingga pd Cikgu Salmeera (Ketua Pendidik PAPN, Dengkil) atas kerjasama yg diberikan. Moga kite berjumpe lagi dlm projek akan datang.

Arini sebuk plak buat V/O untuk kapsul Anak Permata Negara nih. Lps tu mintak tlg editor En. Kojie utk memulakan proses editing. Aku dh siap buat offline editing. Tang online tu aku serahkan pada kreativiti editor.

En. Wanbah bertindak sbg penerbit dan penulis skrip. Tp dia kursus plak 2 bulan setgh. So, aku buat yg mane mampu. Huhu. Sbb aku xpandai pun sangat. Teringat plak mase pegi Dengkil tuh. Majoriti penduduk kt ctu sume kaum india & berpendapatan rendah. Kebanyakan dari mereka kje sbg cleaner, jaga dll.

Tp xkesahla selagi rezeki tu dtg dr sumber yg halal. Semua kanak-kanak kt PAPN tu pun sume berbangsa india. Very intersting. Cikgunye sume Melayu. Tp aku tgk cikgu² kat ctu sumenye hebat. Bleh sabar layan kerenah budak² tu tetiap hari. Aku yg kt sane halfday pun dh rase giveup. Huhu.

Tp xpe, krew best! Thanks to Cameraman: Abg Azrul, Asstn Cameraman: Hafizul, Audioman: Abg Hasaan. Byk bende aku blaja pasal camera angle nih. Best! Okla, kne smbung kje. Ni aku dh update gmbar. Jom, layan.. Daa!~


















25 January 2010

Merisik

Alhamdulillah. Xde perkataan yang mampu gmbarkan perasaan aku saat ini. Cheewaahh. Sabtu lepas aku telah dirisik oleh family Azarul. Berdebar dari pagi. Tp pagi sempat g opis setel keje² yg patut. Lps tu sempat singgah Semua House, Jln. Tar beli sampin & butang baju melayu.

Setel everything trus gerak balik umah. Sampai umah lebih kurang kol 1.30 tgh hari. Makan, solat, rest kejap lps tu dh kne kerahan tenaga. Ibu suh lap meja, kerusi, frames. Tgh mengelap, tetibe aku pecahkan sesuatu. Jatuh mase aku tgh sebuk mengelap. Haha. Nervous kot.

Siap sume, tolong ibu masak plak. Laksa. Yummmyy!! Penat giler. Family Azarul dtg lepas maghrib, lebih kurang 8.15 camtu. Dtg ber4. Mama, baba, poksu & moksu. Nervous lagi. Hehehe. Derang smpai, aku salam pastu trus masuk dapur. Malu, segan, nervous. Sume ade. Adehh..

Pastu derang start borak & diskas. Aku xdgr ape pun. Huhu. Aku layan tgk tv, American idol plak kt astro time tu. Pastu Azarul 3,4 kali call. Aku pelik, dia lagi nervous. Hahaha.

Lepas borak², sesi makan plak. Lepas makan, sesi sarung cincin risik. Sejuk giler tangan aku. Siap menggeletar. Sampai lupe ckp terima kasih lepas mama sarung cincin. Hahaha.

Apepun, alhamdulillah semuanye berjln lancar. Terima kasih ibu & ayah. U're my world, my heaven. Mama, baba, poksu & moksu, terima kasih kerana sudi terima sy dlm family. To my luv, I love u so much!~


cincin merisik


Never ending journey..
Bismillahirrahmanirrahim...

2009, tertulis seribu kenangan.. 2010, pasti lebih cabaran & aku mendoakan yang terbaik buat keluarga, kwn² & orang tersayang.

Insya Allah pd 20/2/2010, sabtu aku bakal melangsungkan majlis pertunangan dengan Azarul 'Ariff bin Hj. Asa'ari di rumah family kt Klang, Selangor.

Klau xde aral, majlis akan berlangsung pukul 11.00 pagi & jemputan hanye pihak keluarga & rakan² terdekat. Byk persiapan yang perlu dirancang. Perasaan nervous tu xbole nk ckpla. Huhu. Warna tema: putih + peach.

Last month, sempat pegi nilai ngan ibu, ayah & adik carik dulang hantaran, karpet, bed sheet & mcm2 lagi la. Xsempat nk post sume gmbar barang² kt sini. Semuanye dh bungkus masuk dlm lemari. Takut berabuk. Ok, ni aku kongsi sket list barang²nye.

Checklist utk barang² persiapan tunang:
1. Dulang hantaran - ibu sponsor
2. Baju tunang (lace) - by Kak Siti
3. Make up - by Eyra Rizal
4. Pelamin mini - by Kak Lyn, Butik Zielyn
5. Aksesori - sendiri punye: done
6. Barang² hantaran:
- persalinan nikah
- coklat
- kek fondant
- sirih junjung
- sejadah
- alquran fruits
- potpuri
7. Katering - ayah sponsor: done
8. Bed sheet - epul sponsor: done
9. Hiasan bilik - adik sponsor
10. Doorgift (cupcakes 200 pcs) - by Nezeha
11. Karpet - ayah sponsor: done
12. Paperbag - on the way done
13. Fotografi - by Takky

Okla, klau rajin esok aku post gmbar barang² yg aku dh bli so far. Maybe yang bakal bertunang mcm aku nih bleh dpt sket idea or bleh bertukar pendapat kan. Hingga ketemu lagi.. Daaa~

19 January 2010

Checklist Majlis Tunang

Alhamdulillah. Sumenye mengikut perancangan. Insya Allah, sabtu ni 23/1 mak ayah Azarul akan dtg merisik. Tp start minggu ni aku dh nervous. Hehe. Tgh pk nk pakai baju ape. Haha. Poyo sket. Klau xde aral, lps maghrib derang smpai.

Aritu ibu ade bgtau nk jamu laksa & puding kt family Azarul. Xpela, i just leave it to my mum & dad then. Pale otak aku pun dh dekat nk jem. Byk sgt pk nih.

Bju tunang dh siap. Tunggu veil je. Jumaat next week baru nkg amik kt Kak Siti. Minggu ni sebuk plak nkg shooting ngan Wanbah kt Dengkil. Promo Anak Permata Negara. So, setelkn dulu kje² ni sbelum final focus utk majlis tunang.

Ade 2,3 barang lg blum beli. Insya Allah sempat. Ade sebln je lagi. So far, semua preparation berjalan dgn lancar. Terima kasih pd sume yg membantu, especially family & dear friends.

Lps tunang nk fokus utk wedding preparation plak. Huhu. Byk duit nk pakai nih. Knela blaja berjimat lps nih. Okla, nk share checklist..

Checklist Persiapan Tunang:
Barang hantaran
Baju tunang/veil/aksesori/kasut
Katering
Doorgift
Makeup
Mini pelamin
Deco bilik/bedsheet
Photographer

18 January 2010

Happy Birthday Ayah

18 Jan 2010. Genap ulang tahun kelahiran ayah ke 56. Haha. Tp smalam dia kate dia baru 26. Huhu. Xkisahla kan. Apepun, selamat hari jadi ayah. Along sentiasa doakan yang terbaik utk kita sekeluarga. Semoga keluarga kita sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.

Terima kasih utk semua yg ayah dh bagi pd kteorg. Such a happy life. Xmungkin kteorg akan dpt ayah yg lebih baik dari yg kteorg ade skarang. Kami hargai pengorbanan yang telah ayah berikan. Terima kasih. Kteorg harap kteorg dpt jadi anak yang terbaik utk ayah & ibu.

Happy birthday ayah! We luv u to da max!







15 January 2010

Gerhana Matahari

Hari ini nk cite pasal gerhana matahari. Dijangka dpt dilihat di seluruh semenangjung M'sia, Sabah & Sarawak mulai 2.55 ptg hingga 5.45 ptg ni. Ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.

Bkn selalu dpt tgk fenomena gerhana nih. Sesungguhnya Allah itu Maha Agung.

Oleh itu, jom saksikanlah siaran langsung Gerhana Matahari Separa mulai 3.00 ptg hingga 5.40 ptg, 15 Januari 2010 (Jumaat) di laman web http://www.angkasa.gov.my/.

Solat sunat pun akan dilaksanakan di beberapa masjid di seluruh negara. Jgn ketinggalan ye kwn²!

Niat solat sunat gerhana matahari - "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat (makmum) kerana Allah Ta’ala”.

Semua kita semua dlm lindungan Allah yg Maha Esa. Amin...

13 January 2010

Tips Sebelum Bertunang

Apa yang anda perlu tahu sebelum anda membuat keputusan untuk bertunang?

Banyak perkara anda perlu pastikan sebelum menetapkan tarikh majlis pertunangan anda. Majlis pertunanangan merupakan majlis yang selalunya dibuat secara sederhana dengan menjemput sanak saudara yang terdekat serta rakan- rakan sekerja anda. Walaupun dibuat secara sederhana, tapi anda perlu pastikan ianya berjalan dengan sempurna

Terdapat pelbagai perkara yang boleh berlaku ketika majlis pertunangan. Jadi anda perlu ambil kira beberapa perkara seperti di bawah sebelum membuat keputusan mengenai tarikh majlis pertunangan anda.

1. Mendapat persetujuan kedua-dua keluarga
Pastikan majlis pertunangan yang akan diadakan telah pun mendapat persetujuan dari kedua-dua belah keluarga. Tarikh dan tempat perlu disetujui oleh keluarga masing-masing supaya lebih mudah untuk merancang perkara yang lain dengan mudah.

2. Pemilihan tarikh dan masa yang bersesuaian
Anda perlu mengambil kira tempat, jarak dan masa tetamu yang anda jemput di majlis pertunangan anda terutamanya dari keluarga tunang anda. Kebiasaannya, hari Sabtu dan Ahad menjadi pilihan, namun ia bergantung kepada keluarga anda.

3. Membuat Perbincangan ringkas sebelum majlis pertunangan
Seelok-eloknya, pastikan keluarga anda telah pun berbincang mengenai pertunangan yang akan diadakan, seperti berapa banyak hantaran, wang hantaran yang dipersetujui, tarikh perkahwinan dan tempoh pertunangan yang dipersetujui, dan perkara-perkara yang lain yang perlu dibincangkan. Keadaan ini boleh mengelakkan kekeliruan disamping meringkaskan majlis daripada perbincangan yang panjang dan lama.

4. Tema majlis pertunangan anda
Pilihlah tema warna yang sesuai dan terkini mengikut citarasa anda. Tak semestinya hiasan warna tema perlu sama dari hiasan bilik, mini pelamin, barang hantaran serta baju bertunang, tapi jika disesuaikan bersama, ianya pasti nampak lebih meriah dan cantik. Jika anda tidak memilih tema yang tertentu, pastikan nampak keserasian dari segi pemilihan warna , biarlah semuanya nampak serasi dan ceria.Pilihlah juga warna yang sesuai dengan kulit anda serta warna persekitaran yang lain sepert warna cat rumah dan bilik anda.

4. Bajet Pertunangan
Walaupun majlis pertunangan merupakan majlis yang sederhana, tapi jika tidak dirancang dengan betul, pembaziran boleh berlaku. Rancang dengan teliti berdasarkan bajet anda. Buat penilaian dan cuba bandingkan harga setiap perkhidmatan dan barang yang ingin dibeli. Jika anda mempunyai bajet yang besar, pastikan ia disalurkan kepada perkara yang penting seperti cincin, make up (mak andam), baju pertunangan, perhiasan bilik, barang hantaran dan jurugambar. Anda juga boleh berjimat jika anda pandai membuat perhiasan sendiri terutama barang hantaran serta hiasan biik. Barang hantaran tak semestinya mahal, yang penting hiasan dan kreativiti anda.

5. Perkhidmatan Andaman
Mak andam atau jurusolek memainkan peranan yang penting untuk penampilan anda pada hari pertunangan itu nanti. Selalunya mereka menyediakan pakej termasuk perhiasan pelamin, bilik dan baju pertunangan. Carilah seorang mak andam setelah anda melihat contoh hasil kerja mereka. Pastinya anda ingin kelihatan ayu pada majlis pertunangan anda nanti.

6. Jurugambar pertunangan/ Video
Lantiklah seorang jurugambar untuk majlis pertunangan anda, kerana setelah selesai majlis itu nanti, yang ada hanyalah kenangan dari gambar yang diambil pada hari tersebut. Selalunya jurugambar ada menyediakan pakej pertunangan yang boleh anda pilih. Terdapat ramai jurugambar yang boleh anda pilih, jadi pastikan pilihan anda mengikut bajet, kualiti serta kreativiti jurugambar tersebut. Harga yang ditawarkan berbeza mengikut beberapa faktor terutamanya dari segi pemilihan album.

Jika anda telah pun merancang perkara-perkara seperti di atas, majlis anda pasti akan berjalan dengan lebih sempurna. Pastikan juga, jika anda menempah perkhidmatan dari pihak lain seperti barang hantaran, jurusolek, katering, dan jurugambar, anda menghubungi mereka sehari sebelum majlis pertunangan anda untuk mengingatkan mereka tentang majlis anda. Ini untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Anda juga boleh membuat pilihan sama ada untuk membuat sendiri atau pun menempah keperluan diatas dengan pihak lain. Ini bergantung kepada bajet anda. Pastikan ianya tidah melebihi bajet yang anda sediakan. Selalunya terdapat pakej pertunangan yang menyediakan perkhidmatan- perkhidmatan diatas. Buatlah pilihan yang bijak berdasarkan bajet anda.

12 January 2010

Kek Fondant

Asalnye nk bagi kek biase je utk hantaran. Tp takut plak cair. Xsempat mak mertua nk bwk balik umah. So kne la order kek yang semenggah sket. Lgpun, mmg dpt budget. So xkesah sgt.

Ptg smalam ibu tanye. 'Long, hantaran tunang ni nk bagi ape?'. Huhu. Aku rase dh dekat 5,6 kali aku bgtau dia sejak bulan Dis lps. Agaknye dia lg nervous dr aku. Sume bende aku ckp dia lupe. Haha. Ok, smbung psl kek. Ni contoh kek fondant yg aku survey kat internet. Harge & design mcm². Boleh pilih mengikut kehendak pelanggan. Jom, tgk!





Mini Pelamin

Skang trend bertunang pun ade pelamin. Huhu. Byk pelamin skang yg cun². I like. Ok, malas nk tulis pepanjang. Xde mood pepagi nih. Meh tgk antara gmbar mini pelamin yang aku suke. Hehe.





credit to kak lynn

11 January 2010

Sirih Junjung

Tgh memerah otak nih. Camne nk design sirih junjung. Mintak² adela makcik² yang sponsor. Haha. Mestila ade! Bile tanye ibu, dia kate xpyh sirih junjung. Membazir katenye. Last skali, buang je sume sirih ngan bunga² tuh. Klau pk balik, btul gak kan. Klau mcm tu, buat sirih junjung yang simple je sudah. Xla tinggi menggunung mcm stail org dulu². Nenek kate dulu org kahwin bagi 7 sirih junjung. Biar btul?!

Skang ni, adat melayu ni makin dilupekan. Sedangkan kite generasi skarang ni la pewarisnye. Orang dulu² ckp: biar mati anak, jgn mati adat. Huhu. Dalam tu maksud. Apepun, sape² yg nak bagi pendapat silakan ye. Kite tgk dulu sirih junjung kt bwh ni..







credit to effamgjourney



Bekas Cincin

Sabtu, 9/1/10 sempat keluar dengan Azarul. Nak carik bekas cincin. Pegi survey dulu design & harga. Sempat beli paper bag utk letak cupcakes nanti. Bli kt Mydin Subang Jaya je. Murah. 1 pcs paper bag aku dpt dlm 35sen. Muat utk letak cupcakes. 2 colors, peach/blue & pink/white. Okla kot. Lgpun majlis tunang ni aku buat sederhana je. Xnak terover budget. Mane² kos yg dpt aku kurang kan, aku try kurangkan.

Sambil² cari bekas cincin, aku sempat singgah kedai aksesori kahwin SayangYou kt Ole-Ole Shopping Mall, Seksyen 18, Shah Alam. Bli 1 bungkus potpuri. Huhu. Pastu sempat singgah umah Aunty Awi, makan mee kari sedaps! Ok, nk kongsi gambr bekas cincin ngan korang. Ne tau sesuai utk tema korang. Jom, tgk!!




credit to little-gift.com



credit to cantiquemanis







credit to sayangyou
Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts