17 February 2015

Tahun Baru.. Semuanya Baru!!

Salam 2015!

Lama rasenye tak update blog ni.. Huhu.. Rasanye blum terlambat nak wish Happy New Year 2015 walaupun dah masuk bulan Feb ni..

Alhamdulillah, tahun ni Afeef dah masuk tadika. Seronok dia skarang dah ramai tawan-tawan kawan-kawan (Afeef pelat huruk K).. Huhu.. Tapi kesian gak tgk sbb penat balik tadika trus tertido dlm kereta time aku ambil dia.. Pagi, pukul 6 pagi dah kne bangun mandi. Masuk tadika pukul 8 pagi. Tp sebab aku pun rush nak pegi keje, terpaksala hantar dia awal. Pkul 7 dah sampai tadika & tetiap hari dia org pertama sampai. Tapi, dia tak pernah menangis or merungut. Dia tau mummy dia terpaksa berkejar masuk ofis. Good boy! Luv u abg..

Owh, by the way.. InsyaAllah Afeef akan jadi abang bulan 7 ni.. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki kat keluarga kami lagi.. Bulan 7 (raya ke-3) insyaAllah aku dijangka bersalin.. Afeef seronok. Hari-hari dia tanya, "Mummy, adik dlm perut mummy asik tido je, bila nak bangun?".. Hehe..

Okla, tu je nak cerita kali ni.. And nak share gambar Afeef gi school.. Daa~











04 August 2014

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum..

Baru sempat nak update cerita pasal raya. Bz sgt2. Byk sgt jemputan open house, kenduri kawen dan sewaktu dengannya. So, xmo cerita bnyk2. Tgk gambar je la. Jom~








14 July 2014

Pray for GAZA

Ya Allah,
Kau lindungilah mereka,
Kau lindungilah anak-anak mereka.

Sekiranya mereka syahid,
Kau damailah mereka di syurgaMu.

Kau tabahlah hati-hati mereka,
Perjuangan mereka dijalanMu.

Dan kau zionist,
Matilah kau dalam keadaan PALING HINA.

Ingatlah,
Janji Allah itu pasti!

Maafkan aku,
Aku tak mampu sampai ke sana,
Tapi doaku sentiasa untuk kamu para pejuang Palestin.

11 July 2014

1 Ramadan Yang Barakah..

Alhamdulillah, 1 Ramadan 1435H bersamaan 29 Jun 2014 merupakan hari ulangtahun kelahiran yg ke-3 putera hati kami, Afeef Irham bin Azarul 'Ariff.

Semoga menjadi anak yg soleh, harta terhebat buat kami di dunia & akhirat. InsyaAllah.

Semoga Allah merahmati & melindungimu wahai anak. Syg kamu selalu.

Homemade Yee Mee Sizzling

Salam Ramadan 2014..

Baru sempat nak update blog. Tp harini taknak cerita pjg2.. Just nak share resepi yee mee sizzling yang aku masak buka puasa with hubby Selasa lepas.. Jom tgk!



YEE MEE SIZZLING

Bahan-bahannya:

2 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - dicincang halus
1/4 ekor ayam - dipotong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 2
6 batang sayur pak choy (baby sawi)
4 biji cili kering - dipotong 2
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan cili boh
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak zaitun
3 sudu makan tepung jagung + secawan air (bancuh)
3 sudu minyak untuk menumis
4 cawan air
2 biji telur

Cara-caranya:

1. Tumis bawang putih, cili kering, halia dan cili boh hingga wangi dalam periuk.
2. Masukkan ayam dan goreng hingga ayam agak masak.
3. Kemudian masukkan 4 cawan air. Tambah sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
4. Masukkan cendawan dan biarkan 2-3 minit.
5. Masukkan bancuhan air tepung jagung. Gaul perlahan-lahan hingga kuah pekat.
6. Masukkan minyak zaitun, gaul dan tutup api.
7. Panaskan hot plate atas api. Susun 1 gulung yee mee, sayur pak choy dan pecahkan sebiji telur atas hot plate.
8. Masukkan 2 senduk kuah sizzling tadi atas mee. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api.

Selamat mencuba dan selamat buka puasa!~

19 May 2014

Lawatan ke Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz dan Istana Alam Shah, Klang

Pada 6 Mei 2014 lepas, aku berpeluang melawat Galeri Diraja Klang & Istana Alam Shah Klang. Lawatan dianjurkan oleh Jabatan Korporat & Kemasyarakatan, MPK. Lawatan disertai oleh ahli Majlis, wakil-wakil Jabatan MPK, jemputan daripada PBT Selangor dan agensi kerajaan lain.

First time menjejakkan kaki dalam Galeri dan Istana Diraja ok! Sangat kagum. Untungnye jadi anak raja. Hehe. Jom tgk gambar!

Ni gambar di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Klang.










Ni pulak gambar di Istana Alam Shah, Klang.













Kari Ikan Jenahak

Semalam, my dear hasben bawak balik ikan Jenahak yang di pancing sendiri kat Port Klang. Almaklumla, keje kat port. Senangla nak mancing ikan. Besar gak ikan dia, aku anggar dalam 1.5kg. Dengan berbekalkan umpan sotong kurita rm8, en. hasben berjaya memancing 2 ekor ikan Jenahak laut.

Balik umah je dia pujuk aku masak kari. Ikan fresh & kari! Yummy.. So skang nak share resepi kari ikan Jenahak, mummyAfeef's style.

Bahan:
1 ekor ikan Jenahak (potong 2)

Bahan tumis/kuah:
2 ulas bawang merah (racik halus)
1 ulas bawang putih (racik halus)
1/2 inci halia (racik halus)
1 tangkai daun kari
1/2 cawan santan
1 cawan air
3 sudu rempah kari (dicampur sedikit air)
2 sudu cili boh

Bahan hiasan/sayur:
5 batang bendi
1 biji tomato (potong 4)
1 batang cili merah (dipotong 2)

Lain-lain:
Minyak
Gula dan garam

Cara-cara:
1. Panaskan api, masukkan minyak.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari dan cili boh. Tumis hingga garing.
4. Kemudian, masukkan santan dan air. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau dan tunggu hingga mendidih.
5. Selepas kuah mendidih, masukkan ikan. Tutup kuali/periuk. Kecilkan api. Biarkan lebih kurang 10 minit.
6. Bila ikan telah masak, masukkan bendi, tomato dan cili merah.
7. Hidangkan.




Daisypath Anniversary tickers

LilySlim Weight charts